aku islam ke aku Islam? |
Situasi 1. (Di Stesen Bas Puduraya)
Ahmadkhairulrasyidi: (Mak ai bro ni pakai baju askar. Ni mesti askar
macam dalam cerite Black Hawk Down tu…)
Assalamualaikum abang…
Abangsaifulazhar: Waalaikumussalam. Hah kenapa dik? Adik cari sape?
Ahmadkhairulrasyidi: Xde la bang, saje je tegur, tengok abang ni segak bergaya
berpakaian perajurit ni, abang ni mesti askar kan?
Abangsaifulazhar: Eh mestilah! Tak percaya tengok kad pengenalan tentera
abang ni!
Ahmadkhairulrasyidi: Wah, bertuah betul saye harini. Saya memang respek
dengan kerjaya askar ni. Macho, bergaya, segak,
tampan,
maskulin dan macam-macam pujian lagilah! X sangka
betul dapat berkenalan dengan seorang askar
berkaliber
macam abang hari ini…
Abangsaifulazhar: Hehe mestila… askar kot… Kalau tak macho orang tak panggil
askar la dik…
Ahmadkhairulrasyidi: Wah, kagum lagi sekali saya. Abang ni mesti terer
giler kan?
Pandai menembak, boleh survive dalam hutan,
bunuh beruang, tembak komunis, bla bla bla….
Abangsaifulazhar: Err… jangan cakap macam tu dik… sebenarnya abang
tak tahu nak buat semua tu…
Ahmadkhairulrasyidi: Aik? Menembak? Bawak kete kebal?
Abangsaifulazhar: Abang tak reti.
Ahmadkhairulrasyidi: What??? Berenang?
Abangsaifulazhar: Lagilah tak tau. Abang jatuh longkang taman rumah
abang pun nyaris lemas. Nasib baik ada Nek Lijah
Rambo selamatkan. Isk isk isk (touching)
Ahmadkhairulrasyidi : Aik?? Abis tu macam mane abang boleh jadi askar? Bek
takyah panggil askar macamtu…
Abangsaifulazhar: Abang ni name je askar, tapi semua yang askar buat abang
tak tau, tugas dan tanggungjawab askar lagila abang tak
amek port… hehe..
Ahmadkhairulrasyidi: $^*^&*)()*^$#@!#&**!!!!!
Aneh? Rasa Terkejut?
Sekarang mari kita jenguk situasi kedua…
Situasi 2 (Di sebuah shopping kompleks, jauh di selatan tanah air)
Nuramina: Assalamualaikum akak…
Akak Juliana Iban: Yes. May I help you? Err… Waalaikummussalam…
Nuramina: Akak sorang je? Buat apa kat sini?
Akak Juliana Iban: Tak, tengah tunggu orang ni…
Nuramina: Husband?
Akak Juliana Iban: Tak. My boypren, janji nak date harini…
Nuramina: Ow… saya lihat (I see…) Em akak, saya nak tanya sesuatu boleh
tak? Err.. kalau akak tak marah la…
Akak Juliana Iban: La tanyalah, buat ape akak nak marah pulak? Tanya je
kan, bukan nak pau duit akak kan? Akak bawak 2 ringgit
setengah je ni…
Nuramina: Eh takdelah, saya nak tanye je, akak ni Islam kan?
Akak Juliana Iban: WHAT??? Mesti la akak Islam, kenapa tengok muka akak ni
ada iras-iras European ke? Maaf la akak ni berdarah
pan-asia sikit…
Nuramina: Oww jadi akak ni Islam la…
Akak Juliana Iban: Of course la…
Nuramina: Nak tanya, Akak solat fardhu tak?
Akak Juliana Iban: err… once a year, solat raye…
Nuramina: Akak puasa?
Akak Juliana Iban: Err… masa tingkatan 3….?
Nuramina: Pandai baca Quran?
Akak Juliana Iban: Err… Pusing mata akak tengok huruf-huruf Arab tu…
Nuramina: Akak bercouple dengan lelaki bukan mahram sebelum kawin?
Akak Juliana: With my bf only okey….!
Nuramina: Akak tutup aurat?
Akak Juliana Iban: Rambut akak ni rebonding kot… (sambil mengusap-usap rambut)
Nuramina: So part mane yang akak cakap akak Islam nye???
Akak Juliana Iban: Err… emmm…. Erkkk… Ni kat sini (sambil menunjukkan kad pengenalan)
Nuramina:………….. akak, saya nak pengsan sekarang boleh tak?
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
So sekarang ada perbezaan tak antara situasi 1 dan situasi 2?
Adakah kita akan iktiraf seseorang tu askar yang sebenar, jika mamat tu tak pandai menembak, tak pernah masuk hutan, takut
Adakah kita setuju jika mamat ni nanti bersara dan diberi anugerah pingat keberanian apa suma, dan diberi pencen yang banyak, dapat gelaran Mejar Bersara segala bagai?
Tak kan?
So adakah kita akan iktiraf seseorang itu Muslim yang sebenar sedangkan dia tak solat, tak puasa, tak menutup aurat, senang cerita yang tak ikut perintah dan suruhan Allah S.W.T la… Hanya sekadar tercatat Islam ni kad pengenalan.
Dan adakah kita redha jika di akhir nanti, sewaktu dia ni bersara (mati la…) dia akan mendapat kesudahan yang baik? Diberi pangkat yang baik sebagai ahli syurga? Diberi tempat tinggal yang baik di syurga? Dan diselamatkan dari azab api neraka?
Sesiapa yang rasa dia redha sila ikut langkah-langkah berikut:
1. Ambil sebaldi air panas.
2. Angkat separas kepala.
3. Jirus atas kepala anda.
4. Ulang langkah 1-3 sehingga anda insaf.
Akhirul Kalam, saya Islam @ saya islam?
Islam itu kata nama.
islam itu kata kerja/perbuatan.
Kita Islam dengan kata nama atau kata kerja?
Kita islam atau sekadar Islam?
owh...memang xde beza 2 situasi di atas...
ReplyDeleteISLAM atau ASKAR bukan pada nama/kad !!!
tapi itu lah realiti kehidupan masyarakat kita hari ini...wal iyazubillah...
betul tu akh....
DeleteINSYA ALLAH sama2 kita menjadi islam... bantu ya akh....
ReplyDeletesyukran untuk artikel nie..