alamak, saya ada dua telinga!!! |
....Ah, pendek katanya semua penduduk dari setiap pelusuk
berkumpul di perkarangan istana, menanti perihal apakah yang akan diumumkan
sebentar lagi. Apakah skim bantuan 1 pulau? Baucer membeli santan? Kenaikan
elaun bomoh? Semua masih tertanya-tanya.
Kemudian gendang besar dipalu berkali-kali seperti di negeri Cina sahaja gayanya tanda aka nada pengumuman yang amat penting sebentar lagi. Serta-merta senyap sunyi seluruh perkarangan istana. Yang kedengaran hanyalah suara tangisan kanak-kanak yang tidak sempat ditutup mulut oleh ibunya.
Keluarlah penyimpan mohor besar raja-raja untuk memberi pengumuman. Semua mata tertumpu fokus kepadanya dan menanti-nanti dengan penuh debar, seakan menunggu pengumuman tarikh hari raya Aidilfitri sahaja.
Jeng Jeng jeng Jeng…
Kemudian gendang besar dipalu berkali-kali seperti di negeri Cina sahaja gayanya tanda aka nada pengumuman yang amat penting sebentar lagi. Serta-merta senyap sunyi seluruh perkarangan istana. Yang kedengaran hanyalah suara tangisan kanak-kanak yang tidak sempat ditutup mulut oleh ibunya.
Keluarlah penyimpan mohor besar raja-raja untuk memberi pengumuman. Semua mata tertumpu fokus kepadanya dan menanti-nanti dengan penuh debar, seakan menunggu pengumuman tarikh hari raya Aidilfitri sahaja.
Jeng Jeng jeng Jeng…
Rupa-rupanya semua rakyat diminta beratur dalam beberapa buah barisan panjang untuk bergilir-gilir masuk ke sebuah ruangan tertutup. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah yang sedang menanti mereka semua di dalamnya ialah beberapa orang pengawal lengkap bersama pisau tajam yang akan digunakan untuk memotong sebelah telinga mereka.
Maka beraturlah mereka berpanjang-panjangan, hingga ada hikayat yang mengatakan barisan mereka memanjang sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dari Perlis ke Johor. Makaih memang panjang la… Mereka menunggu sabar, seorang demi seorang masuk ke ruangan tertutup itu, namun tiadalah mereka itu keluar semula melainkan yang kedengaran hanya bunyi raungan dan jeritan seperti orang dalam kesakitan sahaja.
Masing-masing mengemukakan andaian sendiri, ada yang mengatakan mereka akan diberi suntikan BCG seperti pelajar darjah 6 di negara lain, ada juga yang mengandaikan pihak istana membuat rawatan menampal gigi berlubang secara percuma pada hari itu, dan tidak kurang juga yang berandaian bahawa mereka akan diagih-agihkan dengan wang emas dan perak, sebagai tanda kesyukuran Raja Golan atas kelahiran cahaya matanya…
Tiadalah seseorang pun mengetahui bahawa sebaik sahaja mereka masuk ke dalam ruangan itu, telinga mereka akan dihiris dengan pisau tajam oleh pengawal istana dan sejurus selepas itu mereka akan diperintah pulang terus ke rumah masing-masing melalui sebuah jalan keluar yang lain pula. Hingga tiadalah mereka yang telah dipotong telinga itu sempat berjumpa dangan yang lain untuk menyampaikan amaran.
Maka bersahut-sahutanlah jeritan dan raungan sepanjang hari itu, sehingga membawa ke sesi petang. Menjelang senja, tiadalah seorang pun rakyat yang berbaki melainkan telah kehilangan sebelah telinga mereka. Bahkan para pengawal istana yang memotong telinga rakyat dikerahkan pula umtuk memotong telingan satu sama lain. Selepas Maghrib pula, tibalah giliran barisan menteri-menteri kabinet termasuklah Raja Golan dan isterinya untuk dipotong telinganya oleh doktor pakar yang terlatih.
Jadi menjelang subuh hari berikutnya, tiadalah sesiapa pun yang mempunyai dua telinga di negara itu.
Hari berganti hari, usbu’ berganti usbu’, hingga berlalulah masa puluhan tahun. Raja Golan dan isteri telah lama mangkat akibat terlibat dalam sebuah kemalangan kereta lembu.
Maka telah menjadi tradisi dan kebiasaan bagi penduduk negara tersebut untuk bertelinga satu. Setiap anak kecil yang baru dilahirkan akan terus dipotong sebelah telinganya, seolah-olah perbuatan itu seperti perbuatan berkhitan. Hingga menjadi normal untuk seorang manusia untuk mempunyai sebelah telinga sahaja. Tiadalah di antara mereka yang masih hidup untuk mengingatkan bahawa mereka suatu masa dahulu sebenarnya mempunyai sepasang telinga yang cantik.
Hinggalah pada suatu hari, kecoh seisi pelusuk negeri, sebuah bangkai kapal pecah ditemui terdampar di pantai pulau tersebut. Kapal itu sebenarnya milik sekumpulan nelayan dari tanah besar yang telah dipukul ombak besar yang menyebabkan ianya karam lalu terdampar di pesisiran pantai itu.
Dan apa yang lebih menggemparkan seisi negara ialah; didalamnya ditemui tiga orang pemuda, yang sedang pengsan, yang MEMPUNYAI DUA TELINGA!!!
Gemparlah semua penduduk melihat ketiga-tiga pemuda tersebut, yang mempunyai telinga di kedua-dua belah kepalanya. Tiadalah masuk akal dan dapat digambarkan dalam fikiran mereka, bagaimana mungkin manusia mempunyai dua belah telinga.
Beraraklah mereka sambil mengusung ketiga-tiga pemuda tersebut untuk dibawa ke istana bagi dibawa bertemu dengan raja mereka. Bersesaklah manusia di perkarangan istana, ada yang sanggup datang dari jauh untuk menyaksikan fenomena pelik itu;
MANUSIA BERTELINGA DUA!
Tidaklah terkecuali semua siaran-siaran televisyen; Melidi, 997, ekspose kosmetik, dan lain-lain bagi membuat liputan tentang kejadian aneh yang julung-julung kali ditemui itu.
Raja Libas, raja baru negeri itu, sangatlah terkejut mendengar berita itu sehingga baginda tidak sedar baginda keluar ke khalayak ramai hanya dengan memakai kain pelikat cap gajah duduk tanpa berbaju. Apabila menyedari dirinya dalam keadaan mengaibkan sebegitu, berlarilah baginda terkedek-kedek masuk ke dalam kamarnya sebelum keluar semula dengan sehelai selimut yang menyelimuti bahagian atas tubuhnya.
Semua yang hadir pada ketika itu terpaku terpegun melihat beberapa kujur (betul ke penjodoh bilangan ni?) tubuh yang sedang terbaring lesu tidak sedarkan diri, dengan dua telinga di kepala.
Ada yang memandang dengan pandangan simpati, ada yang seolah mengeji…
“Eiii, kesian dia ni mak, cacat. Ada dua telinga….” Kata seorang kanak-kanak kepada ibunya.
“Ish, ini manusia ke makhluk asing ni? boleh pulak ada dua telinga!!!” Getus hati seorang pemuda.
“Bagaimanakah fenomena ini boleh berlaku? Adakah ini tandanya dunia menuju ke pengghujungnya”
“Adakah kejadian aneh ini satu lagi agenda ketua pembangkang, bagi menjatuhkan imej kerajaan menjelang Pilihan Raya Pulau yang ke 24 ini?”
Lapor wartawan buletin utama, tv4.
Tidak semena-mena, pemuda nelayan tadi tersedak-sedak lantas terbangun sambil terbatuk-batuk. Semua yang ada di situ melompat terkejut dan cuak kerana makhluk pelik itu telah sedarkan diri. Pasukan keselamatan istana bersiap siaga dengan senjata kemas di tangan, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dari berlaku.
Manakala ketiga-tiga nelayan yang baru tersedar itu melompat lantas berpeluk ketakutan satu sama lain, sebaik sahaja menyedari mereka sedang dikelilingi oleh sekumpulan manusia aneh, yang bertelinga sebelah sahaja.
Setelah sesi pandang memandang, renung merenung, serentak penduduk pulau itu bersuara:
“SIAPA KAMU, KENAPA KAMU ADA DUA TELINGA??? KAMU CACAT KE?”
Serentak itu juga, ketiga-tiga pemuda nelayan itu menjerit ketakutan:
“SIAPA KAMU SEMUA? KENAPA KORANG ADA SATU JE TELINGA??? KORANG CACAT EYY?”
Serentak jua, semua yang berada di situ menjerit:
“SIAPA YANG CACAT???”
----tammmat----
eh nanti-nanti-nanti!
takkan habis macam tu je?
Bapak anti klimaks nye….
What the points of this story actually?
Okey, okey, FINE!
Akhi Nawawi takkan tinggalkan korang blur macam tu la…. (Dalam nada bergaya sambil memintal-mintal janggut)
WTP? (Whats The Point?)
Pertama, saya nak tanya, rase-rasenye kita di golongan cacat yang mana?
Yang Pertama? (penduduk negara)
atau yang Kedua? (brother nelayan)
Kita cacat yang mana?
Cacat dengan satu telinga, atau cacat dengan dua telinga?
Tujuan cerita ini sebenarnya ialah untuk mengaitkan Islam, masyarakat dan jahiliyah.
Islam yang lengkap dapatlah kita umpamakan seperti keadaan penduduk negara tersebut pada awal-awal kisah ini (Rujuk bahagian 1), normal, lengkap bertelinga dua. Pendek kata ianya fitrah manusia.
Namun, entah mengapa, tiba-tiba jahiliyah datang menyerang. Telinga semua rakyat habis dicantas putus. Tiada yang tinggal, melainkan telah dipotong telinganya.
Mula-mula kompom la dyorg takkan rasa selesa dengan keadaan tersebut.
“Eh mana telinga kau mamat?”
“Ish, rasa pelik la telinga takde sebelah ni. Macam tak berapa nak hensem je…”
Namun, hari berganti hari, tahun silih berganti, akhirnya masyarakat terpaksa menyesuaikan diri mereka, menerima hakikat yang telinga mereka takkan tumbuh kembali.
Dan yang lebih parah lagi, apabila generasi berganti generasi, generasi yang seterusnya mula menganggap bahawa sudah menjadi fitrah mereka untuk bertelinga sebelah. Malah, mereka mula mengajar generasi berikutnya untuk kekal bertelinga sebelah.
Hinggalah apabila datang nelayan luar, yang dalam keadaan normal, mempunyai dua telinga, mereka sudah tidak mengenalinya lagi. Bahkan lebih teruk, mereka yang sebaliknya menganggap nelayan-nelayan itu yang pelik, aneh, cacat kerana masih kekal dengan fitrah kejadiannya.
Begitulah jua masyarakat kita pada zaman ini. Hari ini. Jahiliyah telah mula dirasakan sebagai normal. Couple, pergaulan bebas lelaki perempuan, mendedahkan aurat, arak, zina, judi dan lain-lain telah terlihat biasa oleh mata-mata kita. Walaupun mungkin kita tidak turut serta melakukannya, tetapi kita seolah-olah merelakannya, mengakuinya sebagai fitrah hidup kita.
Sehinggalah datang pada suatu hari, Islam pada bentuk asalnya, yang bukan dikurung di masjid-masjid dan maahad-haahad tahfiz, kita memandang mereka dengan pandangan aneh, seakan-akan ianya makhluk asing yang kita tak pernah kenali.
Kita memandang serong kepada muda-mudi yang tidak berpacaran, menjaga perhubungan antara lelaki dan perempuan, mengenakan tudung labuh, berpurdah, menjaga solat dan membaca al-quran di tempat-tempat awam.
Tetapi sebaliknya kita tidak memberikan renungan sedemikian rupa; kepada couple yang berpegangan tangan di khalayak, berdating, mengupdate status fb mereka
“thanks syangat-syangat syayunk, best syangat kuar ngan awak tadi…”
a few seconds ago
132 people’s like this
“Sahabat-sahabat, dah masuk maghrib ni, jom
siap-siap, solat di masjid”
12hours ago
Nobody like this
“Bla la woi, bajet baik!!!”
“Saya walaupun tak solat, hati saya baik, awak sapa nak judge saya? Allah tak
tengok luaran sume tuh, Allah tengok hati je tau”
12hours ago
Nobody like this
“Bla la woi, bajet baik!!!”
“Saya walaupun tak solat, hati saya baik, awak sapa nak judge saya? Allah tak
tengok luaran sume tuh, Allah tengok hati je tau”
mengupload gambar berdua-duaan mereka di fb; yang ni malah dapat pujian lagi daripada kita.
“weh sweet sangat! Memang secocok la korang!!!”
“wah… tahniah, tahniah!!!”
“bile la turn aku plak ek?”
JADI, KITA MANUSIA CACAT YANG BAGAIMANA?
Yang dikatakan orang ramai sebagai cacat, sedangkan ianya normal???
ataupun
Yang benar-benar cacat namun tidak menyedarinya???
“Islam itu asing, dan akan kembali menjadi asing, beruntunglah mereka yang asing”
*nota penulis: marilah kembali bertelinga dua….
Part 1
best gile.....tp x berape nk ekstrem la...
ReplyDeletehaha xyah nak ekstrem sgt la...
Delete=) cam shadatul haq...teruskan menulis...
ReplyDeletesyukran...
ReplyDeletemantap & terbaik...
ReplyDeletetambah cerita baru lagi akh...:)
ya akh,,sy bangga dgn kamu.. =)
ReplyDeleteanda siapakah? haha
Deletewell said,
ReplyDelete(^^)
ReplyDeleteAkhi,, cerita ni macam kali pertama kita ketemu kan?
ReplyDeletepersis sekali ;D huhu
Gambar pembuka bicara tu menarik perhatian betul.
ReplyDeletePetua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah