*credit to akh M, who kindly shared with me this theory.
Ha korang semua pernah tak tersekat di kesesakan lalu lintas akibat traffic light rosak?
Di simpang empat?
Di tengah panas terik?
Dalam keadaan perut yang sedang rancak berdemonstrasi, minta ditunaikan
haknya untuk diisi dengan barang seketul dua ayam KFC, dan segelas air kelapa?
Dalam masa yang sama, anda ada tutorial yang WAJIB dihadiri
(err… saya kata wajib, mungkin kerana;
1.Anda memang seorang pencinta ilmu tegar.
2.Anda dah pernah ponteng kelas 2 kali, so kali ni no excuses! Haha)
Juga, dalam masa yang sama, anda sedang mengejar waktu solat, sedangkan
bayang-bayang semakin menghampiri panjang sebenar objek (nak masuk Asar la
tu maknanya)
Juga, juga, juga…. (the list goes on…)
Namun, korang perasan tak kewujudan seorang superman, namun tanpa saiz baju S dipampang di hadapan dada, muncul menyelamatkan keadaan!
Berbaju putih suci, bersarung tangan, dengan langkah penuh bergaya, sambil ditemani sebiji wisel di bibir, tampil tenang mengawal situasi!
superman! |
Sang superman melangkah gagah, menenangkan suasana,
sang superman juga harus tegas, jika hitam katanya, maka hitamlah. Jalan
katanya, maka jalanlah. Jika berhenti katanya, makan semua harus berhenti,
meskipun sebuah lori kontena, bulldozer, mahupun sebuah produa Kancil putih
yang sedang meniti hari-hari tuanya.
Tanpa mengenal lelah, sang superman cekal meneruskan tugasnya, meskipun perutnya juga mungkin kosong seperti perut kita, tubuhnya lebih terik dipanah matahari daripada kita, berjemurnya jauh lebih lama dari kita.
Akhirnya, sedikit demi sedikit, kesesakan mulai reda, akhirnya kita selamat pulang ke kolej sebelum berlari-lari anak menuju ke surau.
Tidak lama selepas itu, TAPP!!! Alhamdulillah, lampu isyarat kembali menyala seperti sediakala.
Manakala sang superman, berdiri di sebelah motosikalnya, sambil mengeluarkan sehelai sapu tangan, lalu mengelap manik- manik peluh di dahi dan di bawah dagu, tersenyum puas, usai sudah tanggungjawabnya pada umat hari itu. Semoga diambil kira amal solehnya pada hari itu.
Ha itulah dia cerita superman. Yang korang takkan jumpa di mana-mana kedai buku pun yang menerima baucer 1 Malaysia.
Namun pernah tak korang terfikir, apa yang mampu membuatkan sang superman tadi berani melakukan tugasnya.
Berdiri di tengah-tengah jalan raya.
Berhadapan dengan deretan kereta.
Dan bas juga.
Lori treller juga ada.
Apa jaminan arahannya akan diterima?
Semua akan akur padanya?
Tiada yang akan laju-laju merempuhnya?
Nah jawapannya ada pada siapa yang mengarahkannya.
Superman ada ‘backup’ besar.
Polis Diraja Malaysia. Atas lagi, Kerajaan Malaysia.
Sape yang berani mengingkari, ready la dengan beberapa keping not biru untk bertukar tangan.
Ataupun, siap sedialah untuk bersalam-salaman dengan ahli keluarga, tanda bakal menghabiskan beberapa ketika di dalam penjara.
Hahaha itulah teorinya.
Kaitannya dengan kita?
Ha teori ini khusus untuk sesiapa yang berminat.
Untuk menyertai angkatan Superman sedunia.
Kita sebarkan kebaikan kepada dunia.
Kita terangkan kepada semua, rupa bentuk Islam yang asalnya.
Kita selesaikan kekusutan umat manusia.
Kita cubit pipi-pipi mereka, ajak mereka jauhi jahiliyah dan kembali pada-Nya.
Ya memang susah, memang panas, memang lapar, tapi insya Allah gajinya lumayan. Amat lumayan.
Tengoklah siapa yang menggaji kita. Bukan kerajaan. Tapi raja kepada semua raja. Allah S.W.T.
Makanya kita tidak harus takut, jika ada yang menentang.
Kita ada ‘backup’ yang lagi besar.
Sape-sape yang berani lawan, berani ingkar, maka siaplah!!!
Jadi, jangan takut sebarkan kebaikan, kebenaran.

Masalah utama, kebanyakan dari kita pada hari ini (termasuklah saya), ialah kita takut untuk menyampaikan kebenaran.
Seolah-olah kebenaran yang kita pegang itu bukan kebenaran, maka kita malu untuk berpegang dengannya, untuk menyampaikannya.
Jika kita berjumpa dengan orang lain yang sedang melakukan kemungkaran, kita jadi segan-silu untuk menegurnya, seakan-akan apa yang dia buat itu benar, dan kita yang salah.
Jadi, marilah kita, sama-sama, hari ini berubah kearah kebaikan. Menjadi orang yang berani menegakkan kebenaran.
Jangan takut, Allah sentiasa ada membackup kita.
Jom jadi Superman!
No comments:
Post a Comment