Mahu jadi Pemain? |
Atau hanya Penyokong??? |
Ya, saya sedang bertanya anda sekarang.
Jika diberi pilihan, sama ada anda ingin menjadi seorang pemain dalam kelab
Barcelona (atau mana-mana kelab lain pilihan anda), atau sekadar menjadi
penyokong, mana yang akan anda pilih?
Jika anda boleh memilih, sama ada;
-
ingin sama-sama beraksi dengan Lionel Messi, Carlos Puyol, Victor Valdes,
Gerard Pique dan sahabat-sahabatnya yang lain di atas padang yang sama,
bersatu-dua (baca:one-two) dengan David Villa, meraikan gol dan hempap-menghempap
dengan Lionel Messi dan Carlos Puyol, tackle-menackle dengan Christiano Ronaldo
dalam perlawanan El-Classico, dan digosok kepala oleh Pep Guardiola;
-Atau
sekadar berada di luar padang, menjerit-jerit hingga hilang suara, mengecat
muka, dan sekadar menggayakan jersi kelab,
-Atau hanya sekadar bersengkang mata lewat pagi, sekadar menyaksikan pertandingan dari televisyen asrama/rumah/kolej kediaman?
-Atau hanya sekadar bersengkang mata lewat pagi, sekadar menyaksikan pertandingan dari televisyen asrama/rumah/kolej kediaman?
Mana
Yang Akan Anda Pilih???
***(obviously la soalan ini hanya akan dijawab dengan
betul oleh kaki-kaki bola tegar di luar sana, namun bagi Kak-kak Lijah, Mak-mak
Minah dan yang sewaktu dengannya, sila buat-buat faham dengan mesej yang ingin
disampaikan.
Untuk mendapatkan pemahaman yang terbaik, sila gantikan kelab Barcelona tadi dengan Filem Korea/Hindustan/Drama Melayu /Sinetron kegemaran anda itu.
Adakah anda mahu sama-sama berlakon dengan heronya yang hensem hitam manis itu, bahkan menjadi heroin lagi,
atau hanya sekadar menontonnya di kaca televisyen, dengan sekotak tisu dan sebungkus twisties di tangan???)
Untuk mendapatkan pemahaman yang terbaik, sila gantikan kelab Barcelona tadi dengan Filem Korea/Hindustan/Drama Melayu /Sinetron kegemaran anda itu.
Adakah anda mahu sama-sama berlakon dengan heronya yang hensem hitam manis itu, bahkan menjadi heroin lagi,
atau hanya sekadar menontonnya di kaca televisyen, dengan sekotak tisu dan sebungkus twisties di tangan???)
Sudah
semestinya bagi yang waras akalnya, terang hatinya, pintar mindanya, akan
menjawab pilihan jawapan yang pertama. Ya mereka mahu ikut sama beraksi di
dalam gelanggang, memainkan peranan penting dalam permainan, turut sama
menyumbang kepada kemenangan kelab Barcelona itu.
Jika boleh, mereka sendiri
yang mahu menggelecek lawan, melepasi pertahanan lawan, lantas merembat bola
sepantas kilat kea rah gawang gol lawan untuk menyumbangkan kemenangan kepada
kelabnya.
Mereka juga faham bahawa hanya dengan mempamerkan permainan cantik
seperti itu, mereka akan layak untuk dipuji dan digosok kepala tanda
penghargaan oleh Pep Guardiola, pengurus kelab Barcelona yang masyhur itu.
Mereka
tidak mahu hanya sekadar memainkan peranan dari luar, sekadar menjerit-jerit
dan terlompat-lompat hanya di bangku penyokong sahaja. Apatah lagi hanya
sekadar menyaksikannya dari rumah. Mereka tidak akan mahu hanya sekadar
memainkan peranan sebagai penyokong!
Begitu jugalah halnya dengan Kak-kak Lijah dan
Makcik-makcik Minah itu, mereka kalau boleh, teringin untuk turut bersama
memainkan peranan dalam lakonan tersebut.
Kak Lijah pastinya lebih memilih untuk sama-sama berlakon dengan pelakon-pelakon Korea kegemarannya, bermain baling-baling bola salji, di tengah-tengah Kota Seoul, daripada sekadar menontonnya jauh di pelusuk Kuala Ketil, Kedah.
Makcik Minah pula semestinya lebih memilih untuk berada bersama-sama dengan Amitabh Bachan yang sedang membelasah 40 orang samseng dengan effect bunyi tumbukan yang keterlaluan di tepi stesen keretapi Mumbai, berbanding sekadar duduk menhadap televisyen, sambil tangan cekatan menumbuk bawang dan ikan bilis di dalam lesung batu. Haha.
Begitulah, pastinya semua orang ingin menjadi
hero/heroin dalam kisah masing-masing.
Islam, Mahu Jadi Pendokong, Atau Sekadar
Penyokong???
Jadi macamana pula dengan yang ini. Mana satu yang akan anda pilih?
Mahu jadi pendokong Islam yang berjuang di barisan hadapan, atau cukup berpuas hati sekadar ber’title’kan penyokong sahaja?
Atau pun sekadar penonton dari jauh sahaja?
Mana yang lebih anda suka,
Menjadi pendokong Islam, yang sama-sama berjuang, berkorban semata-mata untuk menegakkan kalimah tauhid di bumi ini, berganding bahu bersama para mujahidin yang lain di medan jihad, dakwah, ilmu dan amal, menyebarkan kebenaran dan kebaikan ke seluruh pelusuk dunia,
Atau anda hanya ingin menjadi seorang penyokong tegar Islam, yang menyokong dan mendorong para-para pejuang Islam, tapi dalam masa yang sama, anda sendiri tidak melakukan apa-apa, hanya sekadar menyokong di luar gelanggang perjuangan sahaja,
Atau anda merasa cukuplah anda sekadar menjadi penyokong dari jauh sahaja. Kadang-kadang menyokong, kadang-kadang terlepas pandang; seumpama seorang peminat bolasepak yang kadang-kadangnya bangun untuk menyaksikan pasukan kegemarannya beraksi, kadang-kadang tidur mati hingga terlepas perlawanan. Dan menyokong hanya sekadar ikut mood. Jika ada mood, anda sokong, jika tiada, anda biarkan sahaja.
Mana satu yang akan kita pilih???
Jika untuk soalan yang mula-mula tadi, pastinya kita tidak teragak-agak akan menjawab,
“mestila nak jadi pemain, ape punya soalan daa…sape taknak beraksi sama-sama dengan Messi, David Villa,…!”
Namun, kenapa untuk soalan ini, ada yang akan teragak-agak untuk menjawabnya?
“Err… jadi penyokong je dah ok kot… dari tak sokong Islam langsung…”
“Err… x sedia lagi kot… jadi penyokong dulu la…”
Kenapa?
Para Sahabat Telah Menunjukkan Jalan
Jika kita teliti semula sirah nabawiyah, kita akan dapati, bagaimana golongan yang mula-mula menerima Islam bertindak.
Adakah mereka memilih untuk menjadi sekadar penyokong Rasulullah?
“Baiklah wahai Muhammad, teruskan perjuangan dakwahmu, kami sokong dari belakang…”
Atau mereka tanpa teragak-agak, terus bersedia untuk sama-sama berdiri di sisi baginda Rasulullah S.A.W?
“Kami sentiasa berada disisi mu wahai Rasulullah dalam perjuangan ini.”
Lihatlah Abu Bakar, Umar dan lain-lain.
Abu Bakar, setelah menerima cahaya Islam, adakah beliau sekadar duduk riang-gembira di rumahnya, sekadar menyokong perjuangan Rasulullah S.A.W dari jauh. Tidak!
Sebaliknya Abu Bakar tanpa ragu-ragu bergerak menjadi pendokong kepada Islam, menyampaikan Islam kepada sahabat-sahabat beliau yang lain, walaupun beliau sendiri ketika itu masih baru memeluk Islam.
Hasilnya, lihatlah, bagaimana Abu Bakar Berjaya merekrutkan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain, antaranya Usman B. Affan, Zubair B. Al-Awwam, Abdul Rahman Bin Auf, Saad Bin Abi Waqas, Talhah B. Ubaidillah, Abu Ubaidah Al Jarrah, dan Al- Arqam bin Abi Al-Arqam.
Dan mereka ini pula, golongan As-saabiquunal Awwaluun ( orang yang terdahulu dan ulung ), juga tidak memilih untuk sekadar menjadi para penyokong dan peminat Islam, mereka bertindak sebagai pendokong dalam menyebarluaskan lagi Islam kepada penduduk Mekah yang lain.
Dan kitaran seperti ini terus berkitar, pendokong melahirkan lebih ramai pendokong, sehinggalah Islam menguasai seluruh semenanjung Arab, dan hingga sampai kepada kita di Nusantara ini.
Menjadi
Pendokong, Memang Banyak Cabaran Dan Kesusahan.
Ya, siapa kata tidak? Menjadi pendokong memang bukan mudah. Perbandingannya sama seperti antara menjadi pemain Barcelona atau sekadar menjadi penyokong Barcelona. Pastilah jauh lebih susah untuk menjadi seorang pemain, perlu menjalani latihan setiap hari, menjaga pemakanan, bahkan terdedah kepada kecederaan-kecederaan serius akibat bentesan keras dari pihak lawan.
Menjadi seorang penyokong, hanya perlu menyokong.
Ya, siapa kata tidak? Menjadi pendokong memang bukan mudah. Perbandingannya sama seperti antara menjadi pemain Barcelona atau sekadar menjadi penyokong Barcelona. Pastilah jauh lebih susah untuk menjadi seorang pemain, perlu menjalani latihan setiap hari, menjaga pemakanan, bahkan terdedah kepada kecederaan-kecederaan serius akibat bentesan keras dari pihak lawan.
Menjadi seorang penyokong, hanya perlu menyokong.
Begitu juga dengan menjadi seorang pendokong Islam. Cabarannya amat keras dan berat. Mujahadahnya perlu setiap hari, perlu menjaga hati, dicaci, dimaki, bahkan nyawanya juga terdedah kepada ancaman bahaya dari musuh-musuh Islam.
Namun, hasilnya berbaloi. Seorang pemain Barcelona, walaupun terpaksa bersusah-payah berjuang, berbanding menjadi seorang penyokong, namun ganjarannya amat lumayan. Berpeluang beraksi bersama-sama pemain ternama yang lain, memperoleh gaji yang amat lumayan, memenangi anugerah-anugerah bola sepak, dan pelbagai lagi ganjaran-ganjaran yang diperolehi.
Begitu juga dengan seorang pendokong Islam, walaupun terpaksa berkorban segala-galanya di dunia ini demi Islam, namun dia akan memperolehi segala-galanya di akhirat kelak. Berpeluang bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat serta mujahidin-mujahidin Islam yang lain, memperolehi ganjaran syurga yang tidak ada tolak bandingnya, serta pelbagai lagi ganjaran, yang tidak mampu anda gambarkan dengan akal fikiran.
Menjadi penyokong, mungkin akan ada juga ganjarannya. Namun tidaklah sebanyak ganjaran kepada para pendokong. Apakah sama kedudukan orang yang sama-sama berjuang menegakkan Islam, ketika orang lain tidak menerimanya, dengan sekadar menjadi penyokong dari jauh, dan hanya bersama-sama Islam di saat Islam telah tertegak dan mempunyai ramai pengikut.
Adakah sama?
Bagaimana
Kita Boleh Tidak Mampu, Saidina Bilal Juga Boleh.
Jika dibandingkan dengan kita, Bilal b. Rabah berjuta-juta tera kali lebih berat ditimpa cabaran dan dugaan. Namun adakah beliau hanya sekadar berpuas-hati sebagai penyokong?
Tidak!
Dan lihatlah bagaimana akhirnya beliau dimuliakan oleh Islam, sehingga dilantik menjadi muazzin pertama dalam Islam. Yang azannya sehingga berkumandang ke arasy. Yang bunyi tapak kakinya sudah kedengaran di syurga.
Jadi, anda mahu jadi PENDOKONG, atau sekadar PENYOKONG???
err.....???
pergh....mantap...
ReplyDeleteaku share kt group family aku ea...
akhi memang tersangat kreatif.
ReplyDelete