AMARAN: Artikel ini memerlukan tahap
khayalan/gambaran/penghayatan beresolusi tinggi (HD). Pihak kami sama sekali
tidak akan bertanggungjawab di atas segala kehilangan nyawa, harta benda, kunci
loker dan lain-lain. Dah sapa suruh korang baca. Haha. Layan…
Tips: Untuk mendapatkan penghayatan terbaik,
diharapkan dapat menyelami cerita ini dengan bersungguh-sungguh. Kalau boleh
sambil pejam mata. Eh, tapi kalau pejam mata macam mana nak baca pulak? Haha
jadi buat-buat macam pejam mata je la okey?...
Bangunan ini bangunan lama. Sudah lama ditinggalkan
tidak berpenghuni. Menurut datuk anda, bangunan ini merupakan tinggalan sejarah
pra-kemerdekaan dahulu. Suatu ketika dahulu, ianya pernah dijadikan bangunan
pentadbiran British di pekan ini. Namun, akibat tidak dijaga dengan baik, yang
tinggal bukan lagi sekadar tinggalan sejarah, malah lebih menjurus kepada
tinggalan sarang-sarang kelawar dan burung walit, dan tinggalan najis-najis
mereka, yang baunya macam harem itu. Anda sendiri hairan mengapa bangunan ini
masih segan-segan untuk dirobohkan oleh pihak berkuasa. Hanya menyakitkan mata
memandang. Apatah lagi di tengah malam-malam begini. Menyakitkan mata dan bulu
roma.
Kira-kira beberapa
langkah sahaja lagi untuk anda dan Malik sampai ke lorong tersebut, tiba-tiba,
dan tanpa disangka-sangka….
“BANG! BANG!!!”…..
Kedengaran bunyi dua das tembakan dilepaskan. Bunyinya menggema ke seisi ruang
angkasa.