Social Icons

Pages

Saturday, 12 May 2012

Aku Saksi? Ko Seriyes? (Epilog)




   Baiklah. Untuk siri terakhir ini, tiba-tiba pakcik penulis rasa berbesau/besaq/besor/besar hati untuk memberikan anda pilihan. Pilihan untuk apa? Isy sila bawak bersabar anda-anda semua ni. Iaitu pilihan untuk memilih pengakhiran sendiri bagi kisah ini.
 
  Yela, dah memang watak utama dalam kisah ni anda, jadi biar anda la yang buat pilihan sendiri bagaimana untuk menamatkannya.Ye dok?? Anda boleh memilih salah satu daripada dua ending di bawah ini. Enjoy.
(*pesanan: sila baca sehingga habis kedua-kedua ending tersebut)


Ending 1

“MAAALLLLIIIIIIIKKKKKK!!!”

   Jerit anda sekuat hati setengah saat sebelum kepala anda terasa terhentak dengan sesuatu benda keras. Seperti besi. Anda masih berada dalam keadaan mamai dan separuh sedar.  Setelah beberapa saat kemudian, barulah pandangan anda menjadi lebih jelas.
 
   Anda kini berada di tempat asing. Suasana sekeliling terasa amat berbeza dengan bilik anda, melainkan sebuah katil bujang tempat anda sedang berbaring kini. Anda menggosok-gosok kepala anda yang kesakitan akibat terlanggar besi katil sewaktu terbangun dari tidur tadi. Ataupun pengsan? Anda kurang pasti.
 
   Beberapa ketika kemudian barulah otak anda dapat berfungsi secara normal. Segala kejadian yang berlaku, menonton wayang, terlepas bas, lorong, Malik, dan… Ya! Malik!!! Semuanya mengasak-asak untuk masuk dalam kepala anda. Kepala anda terasa berdenyut-denyut seolah-olah ditumbuk-tumbuk dari dalam. Anda kembali terbaring di atas katil. Di dalam bilik yang asing itu.

“ Kat mane aku ni???” satu persoalan menerjah fikiran.

   Pada masa yang sama kedengaran bunyi berkeriut dari pintu bilik itu. Selang beberapa saat kemudian, muncul seseorang yang anda rasa seperti sangat-sangat anda kenali diekori rapat oleh seorang gadis manis yang lengkap berseragam putih. Yang ini anda tak kenal.

Setelah puas memikir-mikir, barulah realiti sebenar menjengah ke minda anda.

“Ya Allah, mak aku da… macam mana boleh tak kenal da… tapi sape pulak sebelah mak aku tu? Ai takkan bangun-bangun tidur dah anda calon bidadari syurga kot? Haha” sempat lagi otak anda memproses perkara-perkara pelik seperti itu. Sungguh unik.

   Jelas terpapar kerisauan dari air muka emak anda semasa menghampiri anda. Tapi gadis sebelah tu buat tak peduli je. Terus sahaja dia melangkah ke sisi sebelah lagi katil anda untuk…

“ Kau tak apa-apa ke nak? Risau mak dibuatnye…” suara ibu anda kembali mengalihkan perhatian anda.

 “Err, kita kat mana ni sebenarnye mak? Mak ada buat banglo baru ke untuk saya?” persoalan tadi yang masih belum terjawab.

“Ish, kamu ni. Kamu ni kat hospital ni. Kamu tu pengsan semalam.”

“Pengsan? Kenapa? Wah banyak pulak duit mak ek, sampai dapat bayar duit nak bagi saya duduk dalam bilik ni sorang-sorang. Wad kelas satu ni ek mak? Terima kasih m….”

Belum sempat anda menghabiskan ayat anda satu penumbuk padu hinggap di tengkuk kiri anda.

“Wad kelas satu abah kau!!! Tu polis tengah jaga kat luar tu, tak nak bagi kamu tu lari! Tu kamu duduk dalam bilik ni. Baik kamu bagitau mak apa yang dah kamu buat semalam ha??”

Anda tersentak. Persoalan yang belum terungkai tadi kembali menjengah ke dalam kotak fikiran.  Semalam?

“ Tuan, dia dah takde ape-ape. Degup jantung semua normal, kepala dia pun takde ape-ape konkusi ataupun kesan hentakan. Selain itu, dia dah takde ape-ape, hanya mengalami beberapa luka kecil. Itu sahaja.”
   Gadis berseragam putih tadi melaporkan kepada seorang lelaki pertengahan usia, berketurunan India, yang lengkap berseragam biru tua.

“Baiklah, terima kasih….” Balas lelaki itu.

Sejurus selepas itu, lelaki itu melangkah menghampiri anda. Lantas menghulurkan tangan.

“Saya inspektor gadjet. Eh silap, inspektor Ranjet dari IPD New York Selatan .Saya yang akan kendalikan kes awak ni. Harap awak sudi bagi kerjasama penuh kepada pihak polis.”

“Kes, kes apa?”

   Anda tertanya-tanya. Hanya beberapa ketika kemudian barulah segala-galanya menjadi jelas dan terang dalam minda anda. Satu demi satu urutan peristiwa yang berlaku semalam kembali diputarkan dalam minda.

“Baiklah. Saya sudi bagi kerjasama. Saya tahu sape yang bunuh Malik…”

**************************************************************************

   Hari itu pekan tempat kediaman anda menetap, gempar dengan berita Sameon diberkas polis ketika sedang menikmati cendol pulut tapai di warung Haji Dorani di bawah pokok ketapang itu. Belum sempat habis cendol itu, apatah lagi membayarnya, Sameon ditangkap dan dipaksa masuk ke dalam kereta waja polis itu. Hampir-hampir Haji Dorani mengalami kerugian dua ringgit hari itu, jika tidak disebabkan oleh budi baik Inspektor Ranjet yang sudi membayarkannya.

 Beberapa lama selepas itu, Sameon dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Malik dan seorang lagi lelaki lain yang dipercayai warga asing. Di bawah seksyen dan kanun yang anda sendiri pun kurang pasti, tetapi apa yang anda pasti, jika sabit Sameon dengan kesalahan tersebut, dia bakal berhadapan dengan hukuman mati mandatori. Itulah yang selalu anda dengar dalam buletin utama jam 8 malam itu.

   Manakala anda pula sudi tampil menjadi saksi utama kes tersebut. Hasil persaksian anda tersebut, setelah beberapa kali turun naik mahkamah, akhirnya ternyata Sameon disabitkan atas kesalahan tersebut. Bersujud syukur anda di dalam mahkamah ala-ala Fahri dalam cerita Ayat-ayat Cinta itu.

  Balik dari mahkamah petang itu, hati anda tergerak untuk menziarahi pusara Malik. Usai mencabut beberapa anak-anak rumput yang sudah mula tumbuh di atas pusara itu, anda menyedekahkan pahala bacaan Al-fatihah kepada roh Malik yang kini sudah meneruskan perjalanan hidupnya di alam yang seterusnya, alam yang anda juga bakal menyusul selepasnya, entah esok, entah lusa, anda juga tak pasti.

   Sebelum bergerak pulang. Anda merenung pusara Malik, mengharapkan perjalanan Malik di Sana dipermudahkan, lantas berbisik perlahan:

“Malik, kebenaran akhirnya tertegak jua…”




Ending 2

 “MAAALLLLIIIIIIIKKKKKK!!!”

   Jerit anda sekuat hati setengah saat sebelum kepala anda terasa terhentak dengan sesuatu benda keras. Seperti besi. Anda masih berada dalam keadaan mamai dan separuh sedar.  Setelah beberapa saat kemudian, barulah pandangan anda menjadi lebih jelas. 

   Anda kini berada di tempat asing. Suasana sekeliling terasa amat berbeza dengan bilik anda, melainkan sebuah katil bujang tempat anda sedang berbaring kini. Anda menggosok-gosok kepala anda yang kesakitan akibat terlanggar besi katil sewaktu terbangun dari tidur tadi. Ataupun pengsan? Anda kurang pasti.

  Beberapa ketika kemudian barulah otak anda dapat berfungsi secara normal. Segala kejadian yang berlaku, menonton wayang, terlepas bas, lorong, Malik, dan… Ya! Malik!!! Semuanya mengasak-asak untuk masuk dalam kepala anda. Kepala anda terasa berdenyut-denyut seolah-olah ditumbuk-tumbuk dari dalam. Anda kembali terbaring di atas katil. Di dalam bilik yang asing itu.

“ Kat mane aku ni???” satu persoalan menerjah fikiran.

   Pada masa yang sama kedengaran bunyi berkeriut dari pintu bilik itu. Selang beberapa saat kemudian, muncul seseorang yang anda rasa seperti sangat-sangat anda kenali diekori rapat oleh seorang gadis manis yang lengkap berseragam putih. Yang ini anda tak kenal.

Setelah puas memikir-mikir, barulah realiti sebenar menjengah ke minda anda.

“Ya Allah, mak aku da… macam mana boleh tak kenal da… tapi sape pulak sebelah mak aku tu? Ai takkan bangun-bangun tidur dah anda calon bidadari syurga kot? Haha” sempat lagi otak anda memproses perkara-perkara pelik seperti itu. Sungguh unik.

   Jelas terpapar kerisauan dari air muka emak anda semasa menghampiri anda. Tapi gadis sebelah tu buat tak peduli je. Terus sahaja dia melangkah ke sisi sebelah lagi katil anda untuk…

“ Kau tak apa-apa ke nak? Risau mak dibuatnye…” suara ibu anda kembali mengalihkan perhatian anda.

 “Err, kita kat mana ni sebenarnye mak? Mak ada buat banglo baru ke untuk saya?” persoalan tadi yang masih belum terjawab.

“Ish, kamu ni. Kamu ni kat hospital ni. Kamu tu pengsan semalam.”

“Pengsan? Kenapa? Wah banyak pulak duit mak ek, sampai dapat bayar duit nak bagi saya duduk dalam bilik ni sorang-sorang. Wad kelas satu ni ek mak? Terima kasih m….”

Belum sempat anda menghabiskan ayat anda satu penumbuk padu hinggap di tengkuk kiri anda.

“Wad kelas satu abah kau!!! Tu polis tengah jaga kat luar tu, tak nak bagi kamu tu lari! Tu kamu duduk dalam bilik ni. Baik kamu bagitau mak apa yang dah kamu buat semalam ha??”

   Anda tersentak. Persoalan yang belum terungkai tadi kembali menjengah ke dalam kotak fikiran.  Semalam?

   Beberapa ketika kemudian barulah memori kejadian semalam menjengah jendela minda anda. Malik kena bunuh. Polis. Ha! POLISS???

“Mak, cepat mak! Jom!!!” anda tergesa-gesa bangun sambil menarik tangan emak anda.

“Kenapa dengan kamu ni ha?” tanya emak anda dengan muka cuak.

“Cepat mak! Kita kena lari dari sini! Polis kat luar tu!!!”

   Sepantas kilat anda meluru keluar dari bilik wad itu bersama-sama mak anda. Gadis berseragam putih itu tidak sempat berkata apa-apa, apatah lagi untuk menghentikan anda. Dengan pantas gadis itu bergegas keluar lari bilik itu, menuju ke arah seorang  lelaki India pertengahan umur, lengkap berseragam biru tua, yang sedang duduk berbual-bual dengan beberapa orang lelaki berseragam lain. Kelihatan seperti orang bawahannya.

“Tuan tolong!!! ‘dia’ dah lari!!!” Jerit gadis itu kecuakan.

“Apa!!! Cepat! Kejar! Saksi utama kita cuba melarikan diri!” arah lelaki itu kepada beberapa orang bawahannya.

   Dengan pantas anda menarik emak anda ke tempat letak kereta hospital. Kelihatannya seperti pihak polis sudah tidak sempat untuk mengejar anda. Anda sudah hampir sampai ke kereta Proton Iswara hijau metallic milik ibu anda tersebut. Selepas mengambil kunci daripada ibu anda, anda segera menghidupkan enjin kereta tersebut, sebelum ianya menderum laju meninggalkan perkarangan hospital.

   Fuhh… anda kelegaan setelah mendapati anda sudah agak jauh meninggalkan hospital. Tidak kelihatan sebarang kereta polis yang mengejar anda dari belakang. Gila. Mereka mahu anda menjadi saksi utama dalam kes tersebut. Kes pembunuhan Malik. Walaupun anda cukup tahu siapa pembunuh sebenarnya, anda tak akan bekerjasama menjadi saksi.

   Bukan anda tidak tahu, betapa susahnya menjadi saksi di mahkamah. Turun naik mahkamah entah berapa kali, terpaksa memberi keterangan di hadapan hakim dan juri-juri. Selain itu, keselamatan anda juga dalam bahaya. Bila-bila masa sahaja Sameon dan konco-konconya boleh mengapa-apakan anda. Bukan anda tidak tahu, sudah banyak kejadian saksi utama yang diugut malahan dibunuh bagi mengelakkannya daripada member keterangan di mahkamah.






   Beberapa hari kemudian, anda sedang duduk berehat-rehat di ruang tamu rumah ibu saudara anda yang terletak di pedalaman Ulu Tembeling, Pahang. Menyembunyikan diri buat seketika. Sambil minum-minum kopi panas bersama-sama dengan sukun goreng, anda menghidupkan televisyen Sony Bravia 42 inchi milik ibu saudara anda.

   Setelah beberapa kali menukar-nukar siaran, mencari rancangan televisyen yang menarik, anda terhenti pada satu siaran yang sedang memaparkan berita terkini. Apa yang menarik perhatian anda ialah gambar Malik terpampang di situ. Nyata berita itu sedang memaparkan berita kes pembunuhan Malik dan seorang lelaki lain. Anda hanya mampu terdiam.

“Maafkan aku Malik. Aku tak sanggup untuk menjadi saksi bagi kes kau….”


 Tidak berapa lama kemudian, secara tiba-tiba, terpampang pula gambar anda di skrin rata televisyen tersebut.

DIKEHENDAKI!!!

Nyata anda sekarang sedang diburu pihak polis akibat melarikan diri tempoh hari. Anda dikehendaki sebagai saksi penting kes ini.

APA? AKU SAKSI? KAU SERIYES???








 Ha, jadi amacam? Pilihan mana satu yang korang akan pilih?

“Ko series akhi nawawi? Mana ada orang pilih ending kedua tu. Mesti la yang first… apa da…” mungkin itu yang sedang berlegar-legar dalam kepala anda.

Haha ketahuilah anda. Anda sekali lagi telah terkena ‘jerat’. Huhu


Syahadatul Haq

Sebenarnya inilah tujuan sebenar cerita ini dikarang panjang-panjang bermuka-muka ini. Syahadatul Haq.

    Mungkin ramai antara korang yang pernah dengar kalimah berbelit lidah ni. Dan mungkin ada yang dah dapat kesan ke mana cerita ni akan bawak korang pada penghujungnya.

   Jadi bagi yang belum tahu, meh sini saya nak bagi tau. Yang dah tahu pon nak baca gak lagi pon tak ape.

Ok terima kasih sebab baca lagi. (^,*)

Penyaksian yang benar. Itulah makna kepada perkataan berbelit lidah tadi.

“Ok, jadi apa kaitan pulak dengan cerita panjang-panjang tadi. Penat tau gua baca!”
 kata anda dengan tiada bersabar-sabar mendengar penerangan daripada saya ini, seakan-akan menempah satu penampar Jepun untuk hinggap di pipi kiri anda.

   Sedar tak anda, betul di sini, betul sekarang (baca: right here, right now), kita semua sedang berada dalam situasi di atas. Kita semua merupakan seorang saksi, bahkan apa yang kita sedang saksikan jauh lebih besar daripada satu kes pembunuhan. Ha nak tau ape?

Ala, tu, yang korang baca masa jari terjongket naik time tahiyyat tu.

“Asyhadu an la ilaha illAllah, wa asyhadu anna Muhammadan rasulullah.”

Tau tak ape maksudnya?

“Aku naik SAKSI bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku naik SAKSI bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.”

Ya, kita dah menjadi saksi bahawa hanya Allah itulah tuhan yang sebenar-benarnya, dan Nabi Muhammad itu merupakan pesuruh Allah.

Kenapa digunakan kalimah ‘Asyhadu’ (aku naik saksi)?

Boleh tak kalau kita tukar jadi perkataan lain?

Saya SANGKA tiada tuhan melainkan Allah.

Saya RASA tiada tuhan melainkan Allah.

Saya TAHU tiada tuhan melainkan Allah.

Ataupun,

Saya YAKIN tiada tuhan melainkan Allah.

“Pang!!” eh. Kenapa ostaz anda lempang pipi anda?

Ha. Jadi dah tau la tak boleh kan.

Jadi kita ni mesti la jadi orang yang MENJADI SAKSI bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah.
Tak boleh hanya sekadar jadi

Orang yang sangka
Orang yang rasa
Orang yang tahu
Orang yang yakin.

JADI APA TUGAS SAKSI?

Come on la, obviously sangat la tugas saksi tu ialah member keterangan. Tutur anda dengan penuh karisma.

Benar. Macam dalam cerita kat atas. Anda dah jadi saksi Meon bunuh Malik. Jadi anda perlu beri keterangan kat mahkamah.

Ha, jadi macam tu la jugak dalam kes anda sekarang ni. Anda sekarang ni saksi penting bahawa tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad benar-benar merupakan pesuruh Allah. Hanya Islam lah agama dan cara hidup yang benar.

Jadi sekarang anda perlulah memberi keterangan.

Kat mahkamah mana? Tak tak, bukan setakat mahkamah.

Tapi pada DUNIA.

Pada Lee Chong Hwa yang sedang main badminton petang-petang itu.

Pada Samy Value tukang gunting rambut itu.

Pada Barack Omaba presiden kelab catur itu.

Bahkan pada Ahmad, Pak Agusto dan Minah, yang Islam sekadar pada keturunan itu.


ERR… MEMANG KENA KE? TAK BOLEH KE SAYA SIMPAN SORANG-SORANG JE?

Anda rasa dalam kisah tadi, anda bersalah tak kalau anda simpan sorang-sorang je hakikat bahawa Sameon yang membunuh Malik. Anda enggan menjadi saksi di mahkamah.

Dah tentulah salah kan?

Tak mustahil anda akan ditangkap oleh Inspektor Rajet, di jentik telinga lantas disumbat masuk ke dalam lokap, akibat enggan memberi kerjasama sebagai saksi.

Atau mungkin Malik akan bertukar menjadi hantu Kak Limah, mengetuk tingkap bilik anda saban malam, mengganggu tidur anda kerana anda enggan menuntut bela atas kematiannya.

Jadi bagaimana anda boleh terlepas daripada didakwa di mahkamah akhirat nanti akibat enggan menjadi saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah?

“Ya Allah, mamat ni dulu satu team futsal dengan aku, tapi dia tak pernah pon beri keterangan bahawa cara hidup Islam adalah yang paling betul.”

“Ya Allah, minah ni dulu satu kelas dengan aku, tapi tak pernah pon dia cerita apa-apa pasal Islam.”

“Ya Allah, bro ni dulu member aku kat facebook, tapi dia tak pernah pon tegur aku letak gambar kapel-kapel, tak tutup aurat, usahkan nak tegur, dia siap like lagi lepas tu komen, “eii sweet cangat korang…(^^)” hukum la dia sekali Ya Allah."

Ahaha amacam? Nak simpan sorang tak? Nak jadi baik sorang-sorang je ke?
Baik jangan.


INILAH SYAHADATUL HAQ (Penyaksian yang benar)

Sebagaimana masyarakat tak redha dengan kesudahan yang kedua, iaitu anda melarikan diri dari menjadi saksi kes pembunuhan Malik,
Seperti itulah Allah tak redha dengan keputusan kita untuk melarikan diri daripada menjadi saksi kepada umat manusia.

Jadi anda boleh pilih kesudahan hidup anda, untuk menurut ending yang pertama atau yang kedua???

Atau anda sekadar mahu terkejut “Aku Saksi? Ko series???”


“Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan agar kamu menjadi SAKSI atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu….”
-Al-baqarah:143

tonton video gempak ini untuk menambahkan kefahaman tentang syahadatul haq

atau yang ini...



Part 1
Part 2


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...