Social Icons

Pages

Friday, 4 May 2012

Aku Saksi? Ko Seriyes? (HD version)



AMARAN: Artikel ini memerlukan tahap khayalan/gambaran/penghayatan beresolusi tinggi (HD). Pihak kami sama sekali tidak akan bertanggungjawab di atas segala kehilangan nyawa, harta benda, kunci loker dan lain-lain. Dah sapa suruh korang baca. Haha. Layan…

Tips: Untuk mendapatkan penghayatan terbaik, diharapkan dapat menyelami cerita ini dengan bersungguh-sungguh. Kalau boleh sambil pejam mata. Eh, tapi kalau pejam mata macam mana nak baca pulak? Haha jadi buat-buat macam pejam mata je la okey?... huhu




1
    Malam ini aneh. Lebih aneh daripada malam-malam aneh yang sebelum-sebelumnya.

Bulan sedang mekar berkembang penuh di dada langit, setia menghiasi langit malam meskipun sudah tidak ada pungguk yang merinduinya. Angin berdesir-desir perlahan, menggoyang perlahan pepohonan angsana yang hidup subur di tepi-tepi jalanraya.
  
   Anda dan Malik baru sahaja menapak keluar dari Grand Screen Cinema, seusai menonton tayangan lewat malam, Harry Potter and The Deathly Hallow 2, tayangan terakhir hari ini, sebelum panggung wayang tersebut kembali beroperasi jam 10 pagi, keesokan harinya.

   Malam ini, seperti malam-malam aneh yang sebelumnya, sekali lagi anda dan Malik gagal untuk menyudahkan tontonan anda berdua. Hal ini gara-gara anda berdua akhirnya sekali lagi tertewas dengan desakan mata untuk memejamkan diri seketika, yang akhirnya berlarutan hinggalah ke penghujun jalan cerita. Bukan sekali-dua peristiwa ini berlaku. Jika tidak termasuk kali ini, sudah enam kali peristiwa tersebut berulang. Jika termasuk kali ini, sudah genap seminggu berturut-turut anda dan Malik tertidur di penghujung filem tersebut, kira-kira 23 minit sebelum filem tersebut berakhir.

 
   Namun kali ini lebih teruk. Anda dan Malik hanya tersedar selepas kira-kira setengah jam filem berakhir. Itupun setelah berkali-kali ditepuk-tampar-terajang oleh pekerja panggung itu, yang sudah mahu berkemas-kemas dan menutup premis. Malu, memang malu. Namun perasaan aneh lebih menguasai diri ketika itu, ketika anda berpura-pura berbincang dengan Malik kesudahan filem itu, seolah-olah anda berdua tidak tertidur dan menonton filem tersebut hingga ke penghujungnya.

“ Aduh, tak sangka betul ek Malik, akhirnya mati jugak Harry Potter tu di tangan Ron tu ek! Eh, eh, silap, Voldemort. Ish, ish..” Tutur anda dengan penuh komfiden.

“ Haah la, aku pon tak sangka gak yang tetibe Dumbledore boleh hidup balik, pastu bunuh Voldemort dengan pedang Gryffindor tu… Memang tragis betul r ending dye….” Malik turut tidak mahu mengalah mengkover situasi.

   Dengan pantas anda berdua angkat kaki meninggalkan panggung wayang itu, hanya diekori oleh pandangan mata lelaki petugas panggung itu dengan senyuman sinis.

  “ Kurang sivik punya budak dua ekor ni. Dia ingat aku tak tau ke ending cerita tu…. Ade ke pulak Harry Potter mati…” Lelaki itu membebel sendirian.



 
2
 “ Aiseyman… Macamane kite boleh terlelap lagi kali ni Malik? Lame pulak tu… dah berapa kali kita berdua berulang ke pekan ni semata-mata nak tengok ending Harry Potter.” Keluh anda kepada Malik.

“ Tu la pasal. Padahal sebelum pergi tadi aku dah pekena dua cawan tongkat Ali. Alik-alik tertidur gak.” Tutur Malik sambil menggaru-garu ketiak yang kurang gatal.

   Begitulah nasib anda berdua saban hari. Sehingga ke hari ini anda berdua belum mengetahui kesudahan sebenar filem tersebut.

“ Takpe, takpe, esok kita datang lagi, kali ni kita kasi tidur puas-puas dulu sebelum gerak. Pastu dalam panggung nanti kita siap-siap set alarm hanset, biar berbunyi sepuluh minit sebelum movie abis. Amacam? Geliga tak otak aku?” Kata anda sambil mengurut-urut dagu. Berlagak seperti seorang saintis yang baru menemukan formula saitifik terkini.

“Kau ni memang brilliant r… sebab tu la SPM ko lagi kurang fail dari aku… haha” Malik menepuk-nepuk ubun-ubun anda. Tanda bangga mungkin.
  
   Gelak-gembira anda berdua nampaknya tidak berpanjangan. Muka anda tiba-tiba bertukar pucat lesi. Seperti baru lepas terkantoi mencuri getah buku Pak Abu di pinggir desa.

“ Alamak!!! Dah pukul berapa ni??? Ade lagi ke tak bas nak balik rumah tengah-tengah malam macam ni Malik???”
  
  Rupa-rupanya anda baru menyedari bahawa anda berdua baru sahaja terlepas untuk menaiki bas terakhir ke kampung anda, kira-kira setengah jam yang lalu.

“ Haah la! Abislah kita macam ni!!!” Malik gabra habis…

“ Malam ni malam ape ek?” tambah Malik lagi.

“Keletuk!” satu pukulan hinggap di dahi Malik.

“Malam ni malam minggu la, takkan malam mencerap bintang pulak!” herdik anda.

  Akhirnya anda mengambil keputusan untuk mencuba nasib. Ya, mencuba nasib di malam yang pelik ini untuk berjalan kaki ke stesen teksi yang terletak kira-kira 400 meter daripada tempat anda dan Malik sedang berdiri sekarang. Mana tahu jikalau nasib anda berdua baik, masih ada seorang dua pakcik pemandu teksi yang masih menunggu di situ, berhajat untuk mendapat duit lebih dengan bekerja ‘overtime’.

“ Tapi jauh la… aku dah tak larat nak jalan ni…” rengek Malik. Manja tapi cukup menggelikan.

“ Ala, jauh apanya, dekat je. La, kita lalu la shortcut ikut lorong tu. Dekat je, tak sampai lima minit pon…” anda bertegas.

“ Tapi tak takut ke? Gelap tu…” Malik masih keberatan.

“ Ala, bulan cerah kan malam ni. Gelap apenye. Dah, dah ko ikut je aku. Takde tapi-tapi nye. Ke kau nak kena lagi sebijik?” ugut anda sambil mengacukan penumbuk.



 
3
 
   Mahu tidak mahu, terpaksa juga Malik mengekori anda. Sayup-sayup kedengaran bunyi salakan anjing, mungkin anjing milik tauke-tauke Cina dari taman perumahan berhampiran, yang masih belum mahu tidur. Malik yang ketakutan segera menghampiri anda, sambil memeluk erat lengan anda. Serta-merta ditepis oleh anda. Bimbang disalah-tafsir oleh orang ramai yang mungkin terlihat kelakuan mereka berdua itu.
 
  Pelik. Malam itu memang pelik. Walaupun tiada apa-apa yang berlaku; mungkin setakat ini, namun anda sendiri tidak dapat menyangkal bahawa ke’pelikan’ malam ini jelas terasa. Walaupun anda pura-pura berani dan gagah perkasa di hadapan Malik, jauh di dalam sum-sum tulang dan urat belikat, anda sendiri berasa seram-sejuk. Habis berdiri segala bulu-bulu tengkuk anda. Namun atas nama ego seorang lelaki, anda tetap melangkah macho di hadapan Malik, semakin menghampiri lorong suram yang akan membawa anda berdua ke stesen teksi kecil di seberang sana bangunan ini.

  Bangunan ini bangunan lama. Sudah lama ditinggalkan tidak berpenghuni. Menurut datuk anda, bangunan ini merupakan tinggalan sejarah pra-kemerdekaan dahulu. Suatu ketika dahulu, ianya pernah dijadikan bangunan pentadbiran British di pekan ini. Namun, akibat tidak dijaga dengan baik, yang tinggal bukan lagi sekadar tinggalan sejarah, malah lebih menjurus kepada tinggalan sarang-sarang kelawar dan burung walit, dan tinggalan najis-najis mereka, yang baunya macam harem itu. Anda sendiri hairan mengapa bangunan ini masih segan-segan untuk dirobohkan oleh pihak berkuasa. Hanya menyakitkan mata memandang. Apatah lagi di tengah malam-malam begini. Menyakitkan mata dan bulu roma.
 
  Kira-kira beberapa langkah sahaja lagi untuk anda dan Malik sampai ke lorong tersebut, tiba-tiba, dan tanpa disangka-sangka….



“BANG! BANG!!!”…..


(Bersambung sih… hehe)


Part 2
Part 3

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...