Wah, ujian apa pulaklah kali ini. Macam-macam
betullah anda ni.
Wahaha jangan risau, ini bukanlah ujian-ujian biasa seperti ujian “pasangan kamu dari negeri mana?” ataupun “kereta apakah yang kamu sesuai miliki” dan ujian-ujian lain yang berlambak-lambak di dalam laman sosial itu, haha.
Juga bukan ujian statik memandu, apatah lagi ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Ini, err, ujian yang lain.
Sebelum itu, Alhamdulillah, 28/6/2012 telah berlalu dengan selamat. Hahaha. Merujuk kepada post saya sebelum ini, ha yang ni Alhamdulillah, diorang dah tak cam muka brutal saya lagi, dan segala-galanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada “alat pemancar cahaya penghilang memori” yang saya pinjam daripada lelaki dalam hitam (baca: men in black) itu. Haha.
lupakanlah memori silam wahai abang klinik. lupakanlah... wahaha |
Baik, jangan buang masa.
UJIAN BERMULA
Wah, apa ni, orang tak sedia lagi!!! Jerit anda secara berjemaah.
Jangan bimbang, anda tak perlu bersedia apa-apa, tak perlu hafal apa-apa, malah, tak perlu pun bawa pensel 2b exam grade anda itu.
Cuma anda perlu jawab soalan-soalan ini dengan tulus hati. Ahaha.
UJIAN BERMULA (sekali lagi)
Baik, anda sudah bersedia??? (eh, tadi kata tak payah sedia apa-apa?? Err…)
4 jam 32 saat bermula….
[sulit, sila lihat muka surat sebelah]
Soalan 1.
Cuba bayangkan, anda sedang berada dalam situasi-situasi ini. Bayangkan betul-betul tau.
Cuba bayangkan, anda sedang berada dalam situasi-situasi ini. Bayangkan betul-betul tau.
1a)
Anda sedang menaiki sebuah KTM, dalam perjalanan daripada Kl Sentral menuju ke Bangi, apabila tiba-tiba anda terlihat, nun jauh di sana, err sebenarnya sebelah anda je pun, seorang lelaki, berbaju t-shirt hitam tiba-tiba mengeluarkan sesuatu daripada beg sandangnya.
Anda sedang menaiki sebuah KTM, dalam perjalanan daripada Kl Sentral menuju ke Bangi, apabila tiba-tiba anda terlihat, nun jauh di sana, err sebenarnya sebelah anda je pun, seorang lelaki, berbaju t-shirt hitam tiba-tiba mengeluarkan sesuatu daripada beg sandangnya.
3.4 saat yang mencemaskan kemudian, barulah anda tahu,
lelaki itu mengeluarkan senaskah Al-Quran berzipnya, lantas mula membacanya
dengan tenang dan tenteram.
1 b)
Di suatu
pagi yang cerah, anda dan rakan-rakan sedang berjalan riang gembira di
pesisiran pantai Hawaii Balok, menghabiskan cuti hujung minggu dengan
riang gembira, apabila kegembiraan anda itu tidak semena-mena padam.
Nun jauh di hadapan anda (kali ni jauh betul-betul), kelihatan sekumpulan lelaki muda lagi kacak bergaya sedang berdiri berbaris-baris membelakangkan pantai. Setelah diamati sungguh-sungguh, ternyata mereka sedang menunaikan solat.
Eh, solat?
1 c)
Anda
sedang membeli token LRT untuk pulang ke stesen Universiti, apabila tiba-tiba
anda terserempak dengan dua orang pemuda, sedang bersalaman. Anda mulanya
biasa-biasa sahaja, sehinggalah....
...tiba-tiba mereka berlaga-laga pipi pula, dan sambil tersenyum lebar, yang seorang lagi melambai tangan kepada rakannya lantas melangkah masuk ke dalam LRT. Yang seorang pula lagi, membalas lambaian tersebut, dan setia menunggu sehinggalah LRT terakhir untuk hari tersebut bergerak pergi meninggalkan stesen.
Kemudian barulah anda sedar anda itu adalah LRT terakhir hari itu, dan anda tidak menaikinya.
1 d)
Anda baru sahaja selesai meletakkan beg galas
anda di tempat penyimpanan barang di atas tempat duduk bas anda, ketika bas
mula bergerak. Tiba-tiba kelihatan seorang gadis, dalam lingkungan 20-an,
bertudung hijau muda, berlesung pi…(eh lebih-lebih pulak!) mula menadah tangan,
berdoa.
1e)
Anda sedang berjalan kaki di sebuah kaki lima deretan kedai di Bandar Y, ingin ke Restoran Pak Kasim Rantoya untuk makan tengah hari di sana. Dalam perjalanan tersebut, anda terserempak dengan seorang pemuda berkulit kuning langsat, ketika berselisih dengan anda tiba-tiba...
Anda sedang berjalan kaki di sebuah kaki lima deretan kedai di Bandar Y, ingin ke Restoran Pak Kasim Rantoya untuk makan tengah hari di sana. Dalam perjalanan tersebut, anda terserempak dengan seorang pemuda berkulit kuning langsat, ketika berselisih dengan anda tiba-tiba...
...telinga anda menangkap bunyi “assalamualaikum”
Ketika mata anda bertemu dengan matanya, ternyata pemuda tersebut sedang memandang tepat ke arah anda, dengan sebuah senyuman manis terukir di bibir, sebelum mula melangkah pergi meninggalkan anda.
Dan anda langsung tidak mengenalinya. Langsung tidak.
Soalannya: Dalam kesemua situasi-situasi tersebut, sila berlaku jujur, apakah perasaan anda ketika itu, ataupun apakah yang terdetik di hati anda ketika itu?
[Soalan tamat. Selamat menjawab]
Err….
Wahaha! Ini sungguh psikologis!
Jangan bimbang, saya tahu anda semua merupakan sejenis
spesies yang amat menyukai soalan berbentuk objektif.
Jadi ini pilihan jawapannya.
A. Tenang. Biasa la tu.
B. Hairan, pelik, terkejut, aneh, sesak dada
C. Pelik, terkejut, hairan, aneh, sesak nafas
D. Rasa lain macam.
********************************************************
Dah siap menjawab?
Apa jawapannya? Ingat. Jawapan haruslah tulus ikhlas dari sanubari. Tak boleh baling-baling dadu, tiru orang sebelah.
********************************************************
Baiklah, jika jawapan anda semua ialah B, C, D dan bukannya A….
Baiklah, jika jawapan anda semua ialah B, C, D dan bukannya A….
TAHNIAH! Anda semua telah berada di zaman “Ghuraba’”
Ghuraba’?
Ghuraba’?
Ghuraba’?
Ghuraba’???
Apa tu?
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
Maksud: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah))
Ya, zaman Asing.
Zaman Islam kembali menjadi asing, aneh, seperti ia mula-mula datang dahulu.
Zaman Islam dipandang asing oleh orang ramai, bahkan lebih asing daripada pendatang asing tanpa izin.
Membaca al-quran di tempat-tempat awam lebih menghairankan daripada membaca akhbar-akhbar dan majalah. Bahkan boleh jadi lebih menghairankan daripada membaca majalah-majalah tidak senonoh, yang menampilkan gambar artis-artis terselak sana sini, terdedah situ sana.
Ya, menunaikan solat Dhuha di tepi pantai, jauh lebih memeranjatkan mata yang memandang, berbanding melihat pasangan kekasih berjalan berpimpin tangan di gigi air.
Dan sudah tentulah melihat dua orang pemuda lelaki bersalam-salaman sambil berlaga-laga pipi sebelum berpisah, dapat menimbulkan pelbagai pandangan negatif masyarakat, berbanding melihat pasangan kekasih yang berbuat sedemikian.
Menadah tangan
membaca doa menaiki kenderaan jauh lebih aneh daripada melekatkan fon telinga
di telinga lantas merendahkan kerusi lalu memejamkan mata.
Dan untuk
bertemu seorang pemuda yang tidak dikenali tiba-tiba memberi salam kepada anda,
sambil melemparkan senyum manis, sudah cukup menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Ya, sekali lagi, Selamat datang ke zaman Ghuraba’.
beruntunglah mereka yang 'asing'. |
style gila
ReplyDeletemsg sampai :)
cubaan menulis post 'pendek'. tu pun panjang gak lagi. hahaha
ReplyDeleteasing juga seseorang yg solat dengan hanya memakai bju kurung dgn tudung labu drpd org yg tidak solat..=)sye mengalaminya sendiri
ReplyDeleteAnonymous: ya, memang asing, mungkin akibat kurangnya kefahaman masyarakat.
ReplyDeleteapa pon, beruntunglah mereka yang asing.
well done!
ReplyDeleteujian ni sungguh psikologis!!!!! hehe
ReplyDeleteSungguh! :-)
ReplyDeletewahhh , bagos lah artikel ni. buka minda !
ReplyDeletePerkongsian yang amat menarik. Teruskan usaha anda menulis artikel sebegini.
ReplyDeletePetua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah
aku pilih A... apa mknanya?
ReplyDeletesumpah style sehh *applause*
ReplyDeletePening nak paham kan..
ReplyDeleteJawapan saya A , Kalau A ape ?
ReplyDeleteJawapan saya A , Kalau A ape ?
ReplyDeleteJwpn A... tp x d nafikan skrg zaman Ghuraba...
ReplyDeletejawapan sye pon A. bg sye bnda biasa la org bce quran, solat tepi pntai.. ramai org buat..ape mksud bg mereka yg turut jwb A
ReplyDelete