Social Icons

Pages

Saturday, 9 June 2012

Tahukah Anda? Ini ada satu fakta menarik!

Psstt, nak tau tak?

“Pstt…Pssttt!”

(mencuit bahu)…

(membuat isyarat peace)…

(berbisik)…

“Syyhhhh!” (sambil membuat isyarat diam)

“Eh, anda nak tau satu rahsia tak? Nak?”

“Kalau nak ikut saya. Sini tak selamat…”
“Mari sini. Dekat lagi. Lagi. Dekat.”

Dah-dah la tu… kang terhantuk kat skrin komputer tu plak. Hape la korang ni, itu pon nak percaye… hahaha

(membuat isyarat peace sekali lagi)

Anda nak tahu satu rahsia tak???
Tapi, kita cakap sini habis sini la yek? Jangan kecoh-kecoh…

Betul nak tahu ni?

(mengusha ke kiri dan ke kanan, ke kiri semula, ok boleh lintas!)

Tahukah anda?

Kenapa orang yang bersedekah dan bayar zakat tak miskin-miskin?

“Eh, sape cakap? Ramai je yang bersedekah tapi tak mampu-mampu gak nak pakai Merc.” Sampuk anda kurang sopan.

   Takdela, bukan itu maksud saya. Maksud saya, tahu tak, kenapa dengan bersedekah tak pernah menyebabkan seseorang itu jadi semakin miskin? Kenapa tak pernah berlaku dalam sejarah seseorang itu muflis atau bankrap akibat terlalu suka bersedekah dan berzakat?

   Ye la, kan mengikut logik akal yang singkat kita ni, sudah semestinya lah sedekah tu akan mengurangkan duit dan harta kita.

    Contohnya anda anda seploh hinggit, lepas tu anda sedekah kat saya lima hinggit. Sekarang cuba teka berapa duit yang tinggal pada anda sekarang?

Cepat teka!

Ape, lima hinggit jawapannya?

Salah!

   Jawapannya ialah masih lagi seploh hinggit, sebab saya tahu anda takkan sedekah punya lima hinggit tu kat saya… hahaha
(istighfar atas keterkedekutan anda itu)

   Ok, jadi kesimpulannya, secara ilmiah dan falsafahnya, sedekah atau zakat ini akan mengurangkan duit anda, tidak kiralah sepuluh, dua puluh, mahu pun berpuluh-puluh ringgit duit anda. Ia tetap  akan berkurang, jika ianya bertambah, ianya tidak dinamakan sedekah, sebaliknya curi. Hahaha
(ok sekarang saya pula kena istighfar sebab terlalu banyak gelak)

   Jadi, kenapa saya, dengan berani dan bergayanya hari ini, tampil dengan dakwaan bahawa sedekah tidak akan pernah mengurangkan harta anda, bahkan bisa menambahkannya berkali-kali lipat lagi?

Sebelum tu, kalau nak tahu, anda kena dengar saya bercerita dulu… haha


   Pada suatu hari, sedang sang kancil berjalan-jalan dengan sahabatnya, sang myvi…. Eh silap-silap, bukan cerita ni.

    Once upon a time in China, tinggallah seorang lelaki yang bernama Encik Rasmusen Kuskus, beliau merupakan seorang yang amat kaya-raya. Harta dan asetnya yang terdapat di serata benua dianggarkan bernilai jutaan bahkan mungkin berbillion ringgit. Bayangkanlah, tukang sapu rumahnya sahaja menerima gaji bulanan yang sikit saja lagi nak sama dengan gaji si nazmi faiz tu, bayangkanlah!

   Oleh kerana Encik Rasmusen terlalu sibuk menguruskan syarikat dan harta kekayaannya di serata dunia, beliau tidak mempunyai banyak kesempatan untuk menguruskan salah sebuah rumah percutiannya di pinggiran Tibet. Jadi Ecik Rasmusen Kuskus pun mengamanahkan sejumlah wangnya kepada salah seorang pekerja kepercayaannya, Lin dan Lan, seorang lelaki keturunan Cina-Nepal.

   Wang yang diberi kepada Encik Lin dan Lan itu adalah untuk menguruskan segala keperluan dan belanja pengurusan di rumah percutiannya itu. Buat membayar bil elektrik, air, broadband, membeli keperluan dapur, bahkan untuk membayar gaji pekerja-pekarjanya yang lain di rumah itu. Namun bahagian untuk Encik Lin dan Lan juga tidak dilupakan, baki daripada wang tersebut diberikan kepadanya sebagai upah.

   Wang yang diamanahkannya itu kepada Encik Lin dan Lan itu bukannya sedikit, bahkan hanya kurang seringgit sahaja lagi daripada kos penganjuran himpunan billionan belia China. Byangkanlah! (sekali lagi)

   Oleh kerana Encik Lin dan Lan ini mudah gelap mata orangnya, maka wang yang diamanahkan kepadanya itu tidak digunakan sepertimana yang diarahkan oleh Encik Rasmusen, sebaliknya digunakan untuk kegunaan dirinya sendiri, untuk membuat modal bagi projek ternakan panda di Guangzhou.

   Bulan demi bulan berlalu, suatu hari Encik Rasmusen tiba-tiba terasa ingin bercuti ke rumah peranginannya di Tibet itu. Tidak perlu bersusah-payah menempah tiket penerbangan tambang murah Air Asia secara online, Encik Rasmusen hanya perlu menghubungi pemandu jet peribadinya untuk membawa beliau ke sana.

   Setibanya beliau ke rumah peranginannya itu, alangkah kaget dan paniknya beliau apabila mendapati keadaan rumahnya itu tidak seperti yang disangkanya, bahkan jauh lebih teruk daripada itu.

   Bagai Singapura dilanggar sardin. Mungkin peribahasa itu yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan sebenar di rumah itu. Rumput-rampai dibiar panjang tidak terurus, bekalan elektrik dan air telah lama dipotong, ruang dalaman rumah tunggang-langgang, dan dapur dipenuhi bau sisa makanan basi yang tidak dikemaskan.

   Bahkan lebih mengejutkan, di halaman rumahnya terdapat sekumpulan besar manusia, yang terdiri daripada pekerja-pekerjanya, yang sedang melakukan demonstrasi jalanan. Ada yang berbaju kuning, tidak kurang pula yang berbaju merah dan hijau. Seperti dalam filem bollywood pula lagaknya.

   Sebaik-sahaja berunding dengan pekerja-pekerjanya itu, alangkah terkejut dan berasapnya Encik Rasmusen Kuskus apabila mendapati ini semua terjadi adalah gara-gara Encik Lin dan Lan yang gagal menjalankan amanah dengan sebaiknya.

   Sudahlah bil-bil yang tertonggak tidak dijelaskannya, barang-barang dapur tidak dibelinya, bahkan gaji-gaji para pekerja juga turut habis disonglapnya.

“LIN DAN LIN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Encik Rasmusen Kuskus.

Kali ini beliau tidak lagi menghubungi pemandu jet peribadinya.

“Halo, ini pembunuh upahan peribadi Encik Rasmusen Kuskus bercakap. Saya di sini, siapa di sana?”
inilah wajah Encik Lin dan Lin yang disyaki telah menggelapkan wang Encik Rasmusen. Sila lapor jika terserempak dengan beliau di pasar-pasar malam.


Habis dah.
   Amacam, dapat tangkap pengajaran di sebalik cerita tadi? Bak kata orang putih read between the lines.
Bagus, saya dah agak dah anda memang cepat tangkap punya... Anda memang pembaca kesayangan saya… (mata bersinar-sinar)

Bagi yang masih tak faham, jangan nangis deh. Meh sini saya terangkan.

Sebenarnya, kita semua adalah Encik Lin dan Lan.

   Tidaklah saya nak mengata anda semua ni bermata sepet dan berkulit cerah. Bukan itu maksud saya. Sila jangan perasan.

   Maksud saya adalah, kita semua ini memikul amanah yang hampir sama dengan Encik Lin dan Lan.
Cuba anda ingat-ingat kembali, harta dan wang yang berada di tangan anda itu, adakah mutlak milik anda?

Tidak bukan?

   Benar, bahkan ia adalah kurniaan, bukan daripada Rasmusen Kuskus, tetapi daripada Tuhan kepada Rasmusen Kuskus.

Allah S.W.T

   Dan kita bukan di posisi apa-apa yang menyebabkan kita layak untuk mendapat kurniaan tersebut, kita hanya hamba kepada-Nya.

   Makanya, Allah S.W.T yang Maha Pemurah itu telah mengurniakan kepada setiap seorang daripada kita sejumlah harta tertentu. Ada yang dapat sedikit, ada yang dapat banyak seperti Encik Lin dan Lan.

   Namun harta yang ada pada kita itu, bukanlah milik mutlak kita. Allah S.W.T yang telah mengurniakannya kepada kita turut menetapkan amanah-amanah tertentu di atas harta yang kita miliki itu.


Ada bahagian untuk disedekahkan.

Ada bahagian untuk dizakatkan.

Untuk nafkah keluarga dan anak-anak juga ada.

Bahkan untuk kegunaan diri kita sendiri juga tak ketinggalan.

   Makanya, apa akan jadi jika kita tidak menunaikan amanah yang telah diberikan. Seperti Encik Lin dan Lan yang tidak menunaikan perintah Encik Rasmusen itu. Adakah selepas itu Encik Rasmusen akan terus memberikannya kepadnya, atau mungkin menambahkan lagi?

   Dan bayangkan pula jika dengan wang yang ada pada kita itu, kita jalankan sepenuhnya amanah yang diberikan itu. Apakah mungkin wang itu akan habis?

   Tidak. Pastilah Allah akan menggantikan dengan harta yang baru pula. Bahkan mungkin akan ditambahkan-Nya berkali-kali ganda lagi. Itu belum lagi dikira dengan pahala yang tidak terkira banyaknya itu.


Ya. Jika harta itu milik kita, mungkin kita akan bangkrap.

Tapi, itu harta Allah S.W.T.

Tuhan Yang Maha Kaya.


“Jom bersedekah dan berzakat! Harta kan x boleh bawak mati, so baik kita ‘post’ siap-siap ke akhirat!!!”



---------------------The End--------------------------

*Artikel bersempena dengan Minggu Sedekah Sudan Selatan.

*Ingat tau, ini rahsia kita berdua aje, cakap sini habis sini je tau.
haha takde la, gurau je la. Kongsikanlah bersama yang lain. Moga manfaat bersama.

3 comments:

  1. yg ni memang cool dan interesting! :D

    ReplyDelete
  2. usahlah begitu wahai abi noah terompah.. hahaha
    haza min fadhli rabbi...

    ReplyDelete
  3. kemas
    kreatif
    menatop
    bermotif

    ahh, terlalu...terlalu
    :))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...