Bukan diari sebenar,, harap maklum. |
Subuh itu damai. Sedamai jiwa-jiwa tulus yang tekun mencari redha Ilahi. Burung-burung sudah lama terbang meninggalkan sarang, mencari rezeki. Keluar pagi-pagi lagi. Itulah ibadat mereka, mencari rezeki dan bertasbih memuji Ilahi, tentu sahaja dengan bahasa yang kita tidak fahami.
Iman mengucup lembut mushaf Al-Quran beserta terjemahannya itu, lantas meletak sopan di atas rak di tepi meja belajarnya. Alhamdulillah, Allah izin, dia berjaya melakukan rutin paginya itu. Seperti biasa, usai solat Subuh berjemaah dengan teman-teman serumahnya, Iman akan diam sebentar di atas tikar sejadahnya. Membaca al-ma’thurat dan Al-Quran. Tentu sekali beserta menghayati maknanya.
Pagi ini, dia berjaya menambahkan bilangan muka surat Al-Quran yang dibacanya. Begitulah azam Iman, untuk mempertingkat bilangan muka surat Al-Quran yang dibacanya hari demi hari. Supaya ada peningkatan kepada dirinya, tidaklah terasa bosan dan malas, mengulangi rutin yang sama saban hari.
Dia sendiri tidak pasti sejak bila, namun membaca al-ma’thurat dan Al-Quran selepas Subuh seakan-akan sudah menjadi rutin hidupnya, telah menjadi darah dagingnya, membumi dalam dirinya. Jika tidak dilakukan, pasti terasa serba tidak kena.
Oh, baru dia teringat, hari ini hari Sabtu. Cuti. Tidak hairanlah dia punya banyak masa untuk mengelamun sebegitu. Iman jadi tersenyum sendiri.
***
Dia terkenang malam kelmarin, sewaktu dia dan teman-teman serumahnya berebut-rebut tempat duduk di atas sofa ruang tamu mereka. Masing-masing dengan muka penuh teruja menghadap televisyen.
“Ala, buat apa la nak eksaited sangat, Akak dah tau la dah puasa start lusa…” Leter Kak Intan yang melihatkan telatah mereka bertiga, sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Ala akak ni, buat spoil mood je la. Orang nak recall balik suasana nak sambut puasa masa kecik-kecik dulu…” sahut Iman sambil tersengih-sengih.
“Eleh cik Iman, awak tu masa kecik-kecik dulu bukan eksaited nak sambut Ramadhan, awak tu melompat-lompat nak sambut raya je… hahaha” Kak Sarah menyakat.
Tawa mengisi ruang dalam ruang tamu itu. Iman membuat muka rajuk.
“Shh… shhh…. Diam, dah nak mula dah!” wajah Wani kembali teruja.
Skrin di televisyen sudah memaparkan slaid pengumuman tarikh puasa. Selang beberapa saat kemudian televisyen mula memaparkan seorang lelaki lengkap berbaju Melayu dan bersampin sedang duduk di atas kerusi.
“Ala, tak best la dah, dah tukar orang lain…” Wani merungut.
“Syhhhh!” Iman menampar lembut tangan Wani.
“…. Saya selaku penyimpan mohor besar raja-raja dengan ini mengisytiharkan bahawa…”
Suasana di ruang tamu itu sunyi sepi. Kak Intan yang tadinya mengaku sudah mengetahui tarikh permulaan puasa turut terdiam. Memberi tumpuan penuh.
“… telah jatuh pada…”
“Ha, kan akak dah cakap tadi. Itulah korang semua taknak percaya…” Kak Intan tersenyum bangga.
Semua yang lain mencemik, menampakkan riak kecewa.
Sungguh, tiga empat tahun kebelakangan ini, pengumuman puasa dan raya sudah tidak semisteri dulu.
***
Bunyi deringan telefon mengejutkan Iman daripada
lamunan. Diamat-amati nama yang tertera. Senyum Iman manis melebar.
“Assalamualaikum Kak Ain!!!”
“Waalaikummussalam warahmatullah, wah semangat betul Iman pagi-pagi ni, tak puasa ke?” Kak Ain tergelak kecil.
“Sory sikit ye kak, sebab puasa la yang jadi semangat macam ni…”
“Ow… okay, I see… jadi kalau macam tu boleh la ikut akak sekejap lagi.”
“Pergi mana kak? Takkan shopping raya dah kot?” Iman tersengih nakal.
“Assalamualaikum Kak Ain!!!”
“Waalaikummussalam warahmatullah, wah semangat betul Iman pagi-pagi ni, tak puasa ke?” Kak Ain tergelak kecil.
“Sory sikit ye kak, sebab puasa la yang jadi semangat macam ni…”
“Ow… okay, I see… jadi kalau macam tu boleh la ikut akak sekejap lagi.”
“Pergi mana kak? Takkan shopping raya dah kot?” Iman tersengih nakal.
“Jogging.” Sepatah Kak Ain menjawab.
“Apa?? Jogging?” Terperanjat Iman.
“Yup!”
“Puasa-puasa ni? Ke Kak Ain yang tak puasa?”
“Aik, kata puasa semangat. Nabi ngan para sahabat dulu bulan Ramadhan siap berperang lagi tau… apa sangatlah nak banding dengan jogging dua tiga round keliling tasik tu…” Kak Ain cuba melakukan provokasi.
Iman rasa tercabar.
“Okay, sebab puasa, hari ni lima round. Set?”
“Makaih. Okay, takde hal. Tapi kalau Iman mengadu letih sekejap lagi, akak cubit Iman kuat-kuat!”
Dua-dua serentak ketawa.
“Dah dah! Baik Iman cepat siap. Kang kena tinggal dengan Kak Intan, Kak Sarah ngan Wani.” Kak Ain meredakan tawa.
“Aik? Diorang pun join sekali?”
“Mestilah, ingat Iman sorang je ke adik akak?”
“Wek!” Iman buat muka.
Dua-dua kembali ketawa.
***
Iman mencapai tuala tangan yang tersidai di lehernya. Manik-manik peluh di dahi dan dagu dikesat. Mengahnya masih tersisa. Seperti yang dijanjikan tadi, benar-benar Kak Ain membawa mereka semua berjogging mengelilingi tasik universiti lima pusingan. Hampir-hampir terduduk Iman dibuatnya.
Iman mencapai tuala tangan yang tersidai di lehernya. Manik-manik peluh di dahi dan dagu dikesat. Mengahnya masih tersisa. Seperti yang dijanjikan tadi, benar-benar Kak Ain membawa mereka semua berjogging mengelilingi tasik universiti lima pusingan. Hampir-hampir terduduk Iman dibuatnya.
“Ai, dah pancit ke Iman?” Kak Ain memerli melihatkan lariannya yang sudah semakin perlahan.
“Aish, takde la kak, Iman steady je ni…”
Usai, Kak Ain mengajak mereka berehat melepaskan lelah di bawah sebuah pohon rendang berhadapan dengan tasik. Sambil berehat-rehat, Kak Ain memberi sedikit pengisian. Isi penting pengisian Kak Ain ialah betapa mereka perlu lebih produktif dan bersemangat di sepanjang bulan yang mulia ini.
“Mari kita sama-sama ambil ibrah daripada peristiwa Badar. Daripada 313 jiwa pemberani yang cintakan Allah melebihi cinta kepada yang lainnya. Bagaimana mereka telahpun membeli syurga dan redha Allah dengan harga yang amat tinggi…”
Tersentak hati Iman. Dia memuhasabah kembali dirinya.
“Layakkah aku bercita-cita untuk membeli syurga hanya dengan amal yang bermalas-malasan begini? Sedangkan para sahabat menebusnya dengan harta dan jiwa mereka.”
Umpama seorang yang bercita-cita membeli sebuah istana mewah, namun hanya membawa sekeping syiling lima puluh sen, tentulah tidak logik bukan?
Hatinya menangis.
Selesai sesi pengisian jiwa tersebut, Kak Ain meminta diri terlebih dahulu. Dia ada hal lain. Dia perlu menemani suaminya menghadiri sebuah konvensyen di ibukota. Memang sejak Kak Ain berkahwin, Kak Ain telah berpindah keluar dari rumah sewa mereka.
Namun mereka masih kerap bertemu.
Seminggu sekali seperti ini, pastinya Kak Ain akan mengaturkan aktiviti
bersama-sama mereka. Terubatlah rasa rindu mereka terhadap Kak Ain yang sudah
tidak lagi tinggal bersama mereka.
“Ala, Kak Ain dah balik la, so kita nak buat apa? Nak sarapan pun puasa.” Kak Sarah bersuara.
“Balik la jom… Boleh solat Dhuha.” Sampuk Kak Intan.
“Kejap-kejap. Sebelum balik tu singgah Bank Islam kejap boleh?” Iman pula bersuara.
“Nak buat apa Iman?”
“ Ada la… rahsia… hehe”
***
Iman mengira-ngira not-not wang kertas merah di tangannya. Lima belas keping. Cukup. Cekatan dia menekan nombor akaun di mesin deposit tunai di hadapannya. Seleng beberapa lama kemudian, slot untuk memasukkan wang di mesin tersebut terbuka. Tanpa berlengah, Iman meletakkan wang yang telah disusunnya itu. Slot tertutup.
Krekk… krekkk…
Tidak lama kemudian, mesin deposit tunai tersebut selesai mengira jumlah wang yang baru Iman masukkan.
Islamic Relief Foundation
Jumlah: RM150
Tambah Teruskan Batal
Jumlah: RM150
Tambah Teruskan Batal
Iman menekan butang ‘Teruskan’. Tidak lama kemudian resit transaksi keluar perlahan-lahan.
Selesai.
Iman tersenyum. Syukur.
“Bank-in duit kat sapa tu Iman?” tanya Wani hairan.
“Pos duit” Iman tersenyum.
“Pos ke mana?”
“Akhirat.” Iman senyum seribu satu makna.
Begitulah Iman. Saban hari, dia akan cuba menabung sedikit demi sedikit. Namun, dia menabung bukan seperti orang lain yang sanggup berlapar perut semata-mata untuk mendapatkan gajet elektronik terkini. Sebaliknya tabungan Iman digunakan untuk menderma kepada yang memerlukan.
Apabila dirasakan wang tabungannya sudah mencukupi, Iman akan segera menyalurkannya kepada badan-badan kebajikan yang diyakininya. Kali ini, Islamic Relief Foundation yang menjadi pilihannya. Tabungannya kali ini akan disalurkan untuk membantu saudara-mara Muslim di Somalia dan beberapa negara Afrika berdekatan.
Dia rasa senang begitu. Seperti dia turut hidup di tengah perit jerih masyarakat di sana. Dia rasa lega. Dia tidak memejamkan mata begitu sahaja melihatkan kesusahan hidup mereka. Walaupun mungkin jumlah yang disumbangkannya kecil, dia dapat merasakan sekurang-kurangnya dia melakukan sesuatu.
Setiap kesenangan yang diperolehinya, dia tidak akan lupa untuk berkongsinya dengan saudara seakidahnya yang lain. Malah jika dia mendapat rezeki lebih, dia turut akan melebihkan tabungannya itu. Dia jadi lebih menghargai kehidupan begitu. Bersyukur dengan setiap nikmat yang diberikan kepadanya.
“Ala, harta bukannya boleh bawak mati pun… jadi, baik pos siap-siap ke tabungan akhirat…” begitulah Iman akan meyakinkan dirinya, setiap kali rasa keberatan dan sayang untuk menderma.
***
Beberapa jam lagi, waktu Maghrib akan menjengah, tanda tamatnya sudah tanggal 1 Ramadhan pada tahun ini. Iman yang baru usai membaca Al-Quran selepas solat Asar tadi, memilih untuk berteleku di tingkap biliknya. Pandangannya dilontar jauh-jauh. Mentari petang yang mula menguning menyinari wajahnya.
Iman mengimbau kembali kehidupannya beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam tidak disedarinya, betapa banyak perubahan yang telah berlaku dalam hidupnya. Dia terkenangkan Ramadhannya tahun-tahun yang lalu. Alangkah ruginya dia membiarkan Ramadhan-ramadhan yang lepas berlalu begitu sahaja.
Dahulu, Ramadhan baginya hanyalah sekadar berlapar dahaga bermula daripada waktu Subuh hinggalah waktu Maghrib. Jadi, tidak hairanlah dia akan melakukan apa sahaja untuk menghabiskan waktu sementara menunggu waktu berbuka puasa itu.
Membuat marathon menonton drama-drama bersiri Korea sudah menjadi rutinnya saban Ramadhan. Cara yang paling efektif menurutnya ketika itu untuk mengisi masa lapang, dan mengurangkan rasa lapar dan dahaga. Manakan tidak, habis satu episod, dia akan menonton pula episod yang seterusnya. Dalam tidak sedar, senja sudah menjelma. Dan juga dalam tidak sedar, amal solehnya hari itu tidak bertambah apa-apa.
Ataupun boleh sahaja dia menghabiskan waktu selama berjam-jam dengan tidur. Dia akan mengenakan fon telinganya untuk mendengar lagu-lagu kegemarannya, kemudian dalam tidak disedarinya dia akan terlena. Manakala jika di rumah, adik-adik lelakinya pula akan duduk menghadap komputer rumah mereka , menghabiskan berjam-jam dengan bermain permainan video. Antara permainan video yang masih diingatinya ialah Pro Evolution Soccer dan Need For Speed.
Begitulah Iman. Iman yang dahulu. Iman sebelum diresapi cahaya iman dan hidayah. Iman yang belum beriman. Dengan sebenar-benar iman.
Kadang-kadang terasa seperti tidak percaya, bagaimana dia boleh berubah menjadi seperti sekarang. Berlumba-lumba mengerjakan kebaikan. Setiap harinya ditimbang-timbang adakah lebih baik atau lebih teruk dari hari sebelumnya. Dia menjadi seorang Iman yang memikirkan masalah-masalah umat. Menjadi Iman yang memandang dunia dengan kaca mata akhirat.
Mungkin jika Iman yang dahulu melihatnya, dia akan tergelak besar melihat keadaannya sekarang. Iman yang kolot. Iman yang jumud. Iman yang skema. Mungkin itu tanggapan Iman dahulu kepadanya.
Biarlah, dia sedar, Iman yang dahulu itu masih belum faham.
Bunyi getaran dari atas meja belajarnya menarik perhatiannya. Ada mesej masuk.
“Assalamualaikum Kak Iman…. Selamat berpuasa! Ramadhan
kareem… :-D”
-Fatin
Iman tersenyum senang.
-Fatin
Iman tersenyum senang.
“Waalaikummussalam warahmatullah Fatin… Terima kasih… Allahu Akram… :-D"
“Amacam esok Kak Iman? Jadi ke usrah kita macam biasa? Rindu la kat akak…”
“Insya Allah jadi. Tempat biasa. Fatin tolong bagitau yang lain sekali ye.”
“Okay… Kak Iman… Nak tau tak?”
“Erm?”
“Uhibbuki Fillah!”
Iman tersenyum lebar. Telatah adik-adik usrahnya yang bermacam ragam itu tak pernah gagal menghiburkan hatinya. Sekarang, Iman sudah mula membawa usrahnya sendiri. Walaupun pada mulanya terasa kurang berkeyakinan, namun Iman sedar bahawa segala ilmu yang diterimanya selama ini perlu disampaikan pula kepada orang lain.
Ramai lagi di luar sana yang masih terlena. Belum menerima cahaya hidayah. Maka zalimlah dia sekiranya sekadar menyimpan tarbiyah yang diterimanya selama ini untuk dirinya sahaja. Kejamlah dia jika mengabaikan tuntutan ‘Syahadatul haq’ nya itu.
“Oit! Iman! Mengelamun apa tu?” Wani sudah tercegat di depan pintu biliknya.
“Eh? sejak bila pula mengelamun diwartakan salah di sisi undang-undang negara? ada dibincangkan kat konvensyen Geneva ke? haha”
“Ish Iman ni... Jom la, kata nak tolong orang buat kek coklat tadi…” Wani seakan merungut.
“Hehe, okey okey, I’m coming. Wait a sec….”
***
“Wah, sedapnya kek coklat yang Wani buat ni… kalah secret recipe…” Puji Kak Intan sejurus selepas menikmati kek coklat yang dibuat oleh Wani.
“Ala akak ni, itu pun Iman yang tolong orang buat. Kalau tak tak tau la jadi kek coklat ke lempeng coklat. Haha” Wani tergelak kecil.
Kak Intan, Kak Sarah dan Iman ikut tertawa bersama. Mesra.
Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama Ramadhan mereka. Semoga segala amal soleh yang dilakukan mereka sepanjang hari ini diterima Allah. Semoga hari-hari akan datang akan berlalu dengan lebih baik lagi.
Sang burung kembali ke sarangnya lewat petang itu. Bawa pulang sesuap rezeki untuk anak-anaknya di sarang.
Hari pertama Ramadhan telah berlalu. Berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi.
‘Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.’
-Al-Baqarah:183
Kisah-kisah dalam siri ini:
moga2 Iman itu menjadi kekasih hatiku....haha
ReplyDelete