disklaimer: bukan tangan penulis. hahaha |
*post ini dijamin pendek. Tak perlulah susah-susah
membancuh segelas horlick panas atau membeli sebungkus ‘popcorn’, jauh sekali
merendam sebungkus megi kari. Tapi kalau dah terbuat tu usah gusar, saya kan
ada… hahahahalia.
Amboi tajuk, ala-ala bernafas dalam lumpur gitu… hehe
***
Malam itu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Suhu hanya berlegar sekitar 28 ke 29 darjah Celsius. Memang sesuai sekali untuk altitude 51 meter dari aras laut. Angin juga, seperti yang dikatakan tadi, hanya bertiup sepoi-sepoi bahasa dengan kelajuan tidak sampai 10 kilometer sejam.
Atau dengan bahasa mudahnya, malam itu normal. Seperti hari-hari lainnya.
Jika anda kebetulan sedang menyusuri tepi Blok B, Akademi Pengajian XYZ, sudah pastilah perhatian anda akan tertarik kepada sebuah bilik kuliah di tingkat 3 yang cerah, terang-benderang. Manakan tidak, jarang-jarang sekali kelas diadakan selewat ini.
Jika anda melihat kepada jam tangan G-Shock sepuluh ringgit anda itu, tentulah anda mengetahui bahawa jam ketika itu sudah menunjukkan angka 11 malam. Dan jika anda pernah menuntut di akademi tersebut, pastilah anda mengetahui bahawa pelajar tersebut tentu sahaja sedang mengadakan kelas ganti, untuk pulang beraya lebih awal daripada jadual yang telah ditetapkan... ahahaha.
Ustaz Hasyim sedang bersemangat mengajar di dalam bilik kuliah. Para pelajar pula, meski sudah mula menunjukkan tanda-tanda
9 orang pelajar perempuan, Minah, Munah, Senah, Peah, Jijah, Limah, Jenab, Sakinah dan Siti Nurul Afifi Sungkit sedang tekun menyalin apa yang Ustaz Hasyim tulis di papan putih. Faham atau tidak, wallahua’lam. Manakala Mail, Fahri, Qusairy dan Musalman leka bermain cuit-cuit sesama sendiri. Hanya Usamet yang kekal fokus dengan pengajaran Ustaz Hasyim.
Entah mengapa dalam waktu-waktu begini, bermain cuit-cuit pon boleh menjadi sangat seronok. Namun, tidak pernah pula ada sesiapa melihat mereka bermain cuit-cuit pada waktu petang di padang. Sebaliknya mereka lebih memilih untuk bermain futsal.
Sedang masing-masing sedang sibuk dengan urusan masing-masing, tiba-tiba…!!!
“Klik”
Suasana senyap sebentar. Sebelum bertukar cemas.
Senah tiba-tiba gagal untuk melihat tangannya yang sedang memegang pen itu. Munah juga. Sakinah cuba membuka matanya luas-luas, masih gagal untuk melihat. Semuanya gelap gelita. Siti Nurul Afifi Sungkit tiba-tiba menjerit ketakutan. Dalam masa kurang daripada 5.7 saat, jeritan itu mula berjangkit kepada teman-temannya yang lain.
Dalam masa yang singkat sahaja, bunyi jeritan mula gamat kedengaran. Malah, Mail, Fahri, Qusairy dan Bob juga mula menjerit kekagetan. Hampir kesemua pelajar di dalam kelas itu berkelakuan sedemikian.
Mengapa saya hanya mengatakan hampir semua, yela gelap kot, macammana nak kira…
Ustaz Hasyim kaget. Tidak tahu ingin berbuat apa.
Jeritan tersebut terus sambung-menyambung tidak berhenti-henti, malah masih berterusan hingga sepuluh minit lamanya. Anda yang mendengar dari bawah tadi tentu sekali menyangka ada kejadian histeria yang sedang berlaku ketika itu. Cepat-cepat sahaja anda beredar dari situ.
Bunyi-bunyi jeritan masih belum reda. Tiba-tiba kelihatan cahaya kecil yang keluar daripada sebuah handset torchlight, cahaya itu bergerak kearah sudut belakang bilik kuliah, tidak lama kemudian,…
“Klik”
Suasana kembali cerah semula, seperti sediakala. Mendadak jeritan tadi terhenti. Senah bernafas kelegaan kerana sudah dapat kembali melihat tangannya, meskipun penuh dengan kesan contengan, mungkin terconteng di dalam gelap tadi.
Semua mata yang ada di dalam kelas memandang Usamet yang kembali ke tempat duduknya dari belakang kelas.
“Aik, kenapa berhenti??? Terus la menjerit. Menjerit sampai lampu terbukak sendiri….” Seru Usamet selamba sebelum kembali duduk di kerusinya.
“Silakan ustaz, teruskan…”
***
Sedar tak, dalam kehidupan kita hari ini, ada berjuta-juta lagi watak seperti Minah, Munah, Senah, Peah, Jijah, Limah, Jenab, Sakinah dan Siti Nurul Afifi Sungkit. Juga seperti Mail, Fahri, Qusairy dan Musalman.
Menjerit dan menangisi kegelapan. Merintih betapa rosaknya moral manusia pada hari ini. Sekadar menghitung-hitung statistik gejala sosial di negara itu dan ini. Sekadar mengeluh betapa masyarakat sedang hidup dalam kejahilan. Dalam kerosakan. Sekadar itu dan ini. Sekadar dan sekadar.
Sekadar menjerit dan menangis kepada kegelapan. Seakan lampu akan menyala sendiri. Sekadar mencaci dan mengutuk kejahilan. Seakan masyarakat akan baik sendiri.
Di mana Usamet umat ini?
“Islam
telah mengajar kepada saya untuk menyalakan pelita dan tidak dengan asyik
mengutuk-ngutuk kegelapan, dengan menjelaskan kebenaran dan bukan dengan asyik
mencaci-maki kebatilan.”
- Prof. Syeik Dr. Yusuf al-Qaradhawi
- Prof. Syeik Dr. Yusuf al-Qaradhawi
di mana Usamet umat ini??? |
sn942 replica bags cl424
ReplyDelete