kredit |
“Akhi,
Tau tak, apa yang lagi sakit daripada jatuh?”
“Ya, untuk bangun semula.”

Ok, bukan itu sebenarnya yang kita nak bincangkan sangat kali ini, hahaha.
***
Oit.
Masa kecik-kecik dulu, pernah tak korang terjatuh?
Tak kisah la jatuh terduduk ke jatuh terbaring ke terlentang ke,
jatuh tangga ke jatuh basikal ke jatuh kerusi ke,
Mesti pernah kan…
(okey, 5 minit untuk senyum sorang-sorang mengenang memori silam, ^,^)
Tipu la tak pernah kan, ye la dah nama pun kanak-kanak ribena. Bohong la kalau korang lahir-lahir terus mahir berlari merentas desa peringkat sekolah kan?
Saya?
Sumpah banyak kali.
Mungkin dah hampir infiniti kot. Haha
Ada yang saya masih ingat sehingga hari ni, namun kebanyakannya hanya saya dengar daripada hikayat-hikayat yang disampaikan secara turun-temurun oleh mak ayah saya.
Saya pernah jatuh tingkap, jatuh basikal, jatuh motor, sedang sedang berjalan tiba-tiba jatuh, dan bermacam-macam lagi gaya jatuhan yang telah saya cuba dan nikmati sepanjang hidup ini. Fuhh…
Antara yang saya masih ingat-ingat lupa hingga hari ini, saya pernah terjatuh di depan sebuah kedai kek.
Bayangkan seorang kanak-kanak comel kiut miut sedang berjalan-jalan mengekori ibunya di depan sebuah kedai kek yang-terpaksa-dirahsiakan-namanya. Di bahunya tersandang selaras senapang mainan model AK-47 yang baru dibelikan ibunya.
Tiba-tiba, entah kenapa dan bagaimana, tersilap mengatur langkah, atau mungkin faktor lantai yang kurang daya cengkaman, lantas menyebabkan budak itu jatuh dan terduduk. Terduduk dan jatuh. Terjatuh dan terduduk. Eh.
Lantas beberapa orang yang menyaksikan kejadian tragis itu berkata:
“Ish, bawak senapang berat sangat tu kot, sebab tu la jatuh…”
Cait!!!
***
Benar, sewaktu kita kecil, sudah banyak kali saya, dan anda semua, terjatuh.
Namun, adakah ibu bapa kita melarang kita dari terus berjalan?
Adakah ibu bapa kita terus menutup peluang untuk kita mencuba kembali?
“Oh, nampaknya anakku ini memang tidak akan pandai berjalan…”
Tidak!
Walau berapa ratus kali sekalipun kita terjatuh, ibu bapa kita tetap sabar dan setia di sisi kita. Yakin dan pasti bahawa suatu hari nanti, anak ini akan kuat kakinya, mampu berjalan sendiri, malah berlari.
Walaupun kita tetap jatuh, dan terus terjatuh, mereka tetap tidak pernah menutup peluang itu untuk kita. Yakin anak mereka ini pasti akan belajar dari kesilapannya sendiri. Pasti akan bangkit kembali.
Apa akan terjadi jika ibu bapa kita terlalu cepat menghukum?
Jatuh, sekali, dua kali, berkali-kali, lantas terus menganggap anak mereka ini tidak akan mampu berjalan lagi, sudah cacat kakinya.
Lantas terus menghalang anak mereka dari mencuba lagi.
Ya, sudah tentulah kita semua hari ini tidak akan mampu berjalan sepantas ini.
***
Akhi, jangan mudah menghukum.
“Oh, dia itu sudah berapa kali berjanji mahu bertaubat, sudah insaf katanya. Tapi tetap buat lagi. Dasar taubat sambal belacan!”
“Aku rasa dia tu memang dah takde harapan lagi untuk berubah. Sudah berbuih mulut aku menasihatinya. Dah jenuh aku mengajaknya untuk solat... dah sakit tekak aku kejutkan dia bangun Subuh...”
“ …masuk kali ni dah empat puluh tujuh kali aku ajak dia pergi ke program *tut* itu. Tetap bagi macam-macam alasan jugak. Ish, memang dah takde harapan la. Kompom!”
Akhi, jangan berkata-kata seperti kitalah pemegang rasmi anak konci sorga. Layak untuk memberikannya kepada sesiapa yang kita suka.
Kita hanya penyeru, bukan penghukum.
Bukan semua orang dilahirkan terus berkepak bersayap persis malaikat. Bukan semua juga bertuah mendapat didikan Islam semenjak kecil, diasuh dan dididik dengan akhlak, budaya dan cara hidup Islam. Dengan tarbiah islam. Bukan semua orang bertuah sepertimu akhi.
Bahkan betapa ramai orang-orang baik hari ini yang belajar melalui dosa-dosa silamnya yang lalu. Yang terpaksa melalui zaman-zaman gelap terlebih dahulu, sebelum bertemu cahaya.
Akhi, peluang masih ada.
Sungguh, walau berapa banyak kali sekalipun kau pernah terjatuh sebelum ini, peluang masih ada.
Tidak kira sedalam mana sekalipun lubang dosa yang kau pernah tergelincir jatuh ke dalamnya, ketahuilah jalan pulang masih ada.
Walau berapa ribu kali kau terjatuh, bangun, terjatuh semula, yakinlah maghfirah Allah masih terbuka. Keampunan tetap ada.
Seluas langit dan bumi.
Jom?
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”
Ali ‘Imran:133

ana pon pernah jatuh & "jatuh"...semua nyer memalukan...
ReplyDeletetapi lagi malu kalau x bangun2 bila dah jatuh...:)))
Eh, tetibe plak kita cerita pasal 'jatuh' kan?
ReplyDeletehehehe
akhi,cane ea kte nk kumpul semangat utk bgn??
ReplyDeleteana seorang yg susah utk bgn dan memakan masa yg lama utk bgn...
subhanallah...
ReplyDeletemcmne ek nak jawab sedangkan ana sendiri pun selalu jatuh gunung...
mungkin kena tanya kat rancangan tanyalah ikhwah kot :-P
mungkin kita kena faham betul-betul kenapa kita nak bangun? faham, bukan sekadar semangat.
sama la macam nak bangun tidur, kalau kita tak faham sebab apa kita kena bangun tengah syok2 tidur atas tilam empuk, bantal dunlop pillow, memang sambung tidur r... cuba kalau kita faham kita dah terlewat utk final exam, heah!!!! melompat bangun...
*teguran utk diri sendiri juga, wallahua'lam...