[kredit] |
Dari jauh, mendengar bunyi deburan ombak
menghempas pantai, seakan-akan rasa sayu pula. Ombak yang setia melaksanakan
tugasnya, berukhuwah dengan pasir-pasir di sepanjang pesisir pantai. Nun di
kejauhan, kelihatan beberapa buah bot nelayan sederhana besar sedang membelah
permukaan air.
Awal-awal pagi begini, sudah ada nelayan-nelayan yang sanggup meninggalkan kehangatan rumah mereka, demi mencari sesuap (ok tipu sangat la sesuap kan) rezeki buat anak-anak dan isteri.
Namun dalam hening pagi begini, bukan hanya ada nelayan-nelayan yang mengisi panorama alam yang serba indah itu. Sayup-sayup di tepi pantai, kelihatan satu susuk tubuh sedang duduk di situ. Sendiri.
Bertemankan ‘sweater’ putih Adidas nya, Umar pagi-pagi lagi sudah ada di situ. Usai solat Subuh tadi, perlahan-lahan dia mengundur diri. Ketika teman-temannya menyambung dengan bacaan Al-Ma’thurat, dia senyap-senyap mengungsi diri ke tepi pantai itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas pasir-pasir keputihan yang halus itu. Lantas tanpa berlengah, membuang pandang ke tengah-tengah lautan yang luas terbentang itu. Termenung. Jauh.
Kenapa? Dia sendiri juga kurang pasti. Yang pasti, buat masa ini, dia perlu waktu untuk bersendiri. Setiap orang juga begitu. Pasti.
Lama dia termenung di situ. Bot-bot nelayan tadi juga sudah tidak kelihatan lagi. Mungkin sudah jauh di tengan lautan. Bumi kan berbentuk sfera, fikirnya. Eh, kesitu pula.
“Err… Assalamualaikum Umar, boleh ana duduk sini?”
Tersentak dia. Lamunannya mati. Seekor ibu ketam bersama anak-anaknya yang sedang berjalan perlahan di tepi pantai turut lari lintang pukang kembali ke gigi air. Tidak sempat mengajar anak-anaknya untuk berjalan lurus.
“Eh, Abang Lutfi, silalah, apa orang arab kata tu, ha tafadhal!”
Dia cuba memaniskan muka sambil beralih sedikit ke kanan, seakan memberi ruang. Senyumnya terkantoi. Plastik.
“Tadi habis baca Ma’thurat tadi, ana cari enta. Tengok-tengok enta takde.”
Umar sedikit gelisah. Jujurnya, dia kurang senang ber’ana’ ‘enta’ dalam berbahasa. Hipokrit. Barangkali.
“Kamu kenapa duduk sorang-sorang kat sini? Bosan?”
Gugup sungguh dia gugup. Apakah Abang Lutfi boleh membaca fikirannya?
“Err… Takde la, tadi lepas Subuh sakit perut, tu yang bla awal tu… err…” Memang dah takde alasan rasional lain ke. Dia menyumpah diri sendiri.
“Ow, sekarang macam mana, dah okey ke? Kalau sakit lagi abang pergi ambik ubat?” Bijak Abang Lutfi berpolitik.
“Eh, takpe-takpe. Dah sihat dah.” Terpaksa dia mengalah akhirnya.
Abang Lutfi turut membuang pandang ke tengah lautan. Pada air. Pada burung. Pada langit. Pada mentari pagi yang baru terbit. Juga pada sayup-sayup gugusan pulau di tengah laut yang hampir tak kelihatan. Tiba-tiba mulutnya terkumat-kamit seketika. Kagum.
“Subhanallah, cantik kan Umar?”
Kaget Umar kaget.
“Apa yang cantik?”
“Alam ni. Cantik sangat kan. Sungguh, Allah tak jadikan semua ni sia-sia je.”
Pandangan Abang Lutfi singgah ke wajahnya. Senyum.
“Maksud abang?” Argh… sekali lagi dia menyumpah dirinya. Gatal-gatal bertanya.
“Allah tak buat semua ni sekadar untuk main-main je. Tengok, langit yang membiru terbentang ni, burung yang mampu melayang di udara, deru ombak yang mampu menenangkan perasaan ni semua. Semua ada peranannya. Semua ada tujuannya. Manusia macam kita. Apa tujuannya?”
Abang Lutfi mula masuk jarum. Dia dapat rasakannya.
“Sebelum tu abang nak mintak maaf la sebab bawak kamu datang sini. Kalau buat kamu rasa tak selesa.”
“Eh. Takde hal la bang. Saya okey je. Cuma mula-mula tu terkejut la jugak.”
“Kenapa?”
“Ye la, sape sangka Lutfi Abu Bakar, abang senior paling hot kat sekolah saya dulu, tiba-tiba boleh transform seratus tujuh puluh sembilan darjah jadi macam ni. Hahaha.”
“Eh, sori sikit, apa abang sekarang dah tak macho ke? Walau sekelumit pun kemachoan abang tak pernah berkurang tau! Hahaha”
“Hahaha” Mereka berdua tertawa.
Lama-kelamaan tawa itu terbunuh sendiri. Suasana jadi hening seketika.
“Abang…”
“Emm?” Sungguh-sungguh Abang Lutfi menatap wajahnya.
“Abang dah tak rindu ke hari-hari semalam? Semalam yang manis.”
“Semalam yang manis?”
Abang Lutfi kurang mengerti. Atau sengaja kurang mengerti.
“Abang dah tak rindu ke kenangan-kenangan semalam? Kenangan-kenangan manis kita dulu-dulu. Lepak sama-sama, main-main, makan-makan, jalan-jalan, usha-usha awek.
Tak payah susah-susah macam sekarang. Tak perlu fikir masalah rumit-rumit macam sekarang. Tak susah-susah nak ubah umat, nak selamatkan dunia. Kita cuma enjoy dengan hidup kita.
Ala, bukan sampai tinggal kewajipan agama pon. Solat, solat jugak. Bulan puasa, kita puasa.
Abang tak rindu ke nak enjoy macam dulu-dulu?”
Akhirnya terluah juga apa yang membebani fikirannya sejak sekian lama.
Senyum. Abang Lutfi tersenyum. Lama-lama senyum berubah jadi ketawa kecil.
“Hahaha” Abang Lutfi kembali memandang tepat ke wajahnya.
“Kenapa abang gelak? Saya buat lawak ke?”
Senyum makin melebar.
“Takdelah, cuma kamu buat abang teringat semula diri abang yang dulu. Abang masa mula-mula dulu pun, berfikir sebijik macam kamu. Tu yang bila diingat-ingat semula, rasa macam lawak pun ada.”
“Maksudnya?” Berkerut dahi Umar. Kali ini memang dia tidak mengerti. Sungguh.
“Umar, suatu hari nanti, sama ada cepat ataupun lambat, kamu akan mula mengerti, bahawa tak semua yang manis-manis itu baik.”
Kerutan di dahi bertambah dengan drastik.
“Sama juga macam gula. Orang yang tengah sedap makan yang manis-manis pasti akan hairan, kenapa ada orang yang sanggup tahan diri, kurangkan gula. Sanggup minum secawan teh tawar, berbanding menghirup segelas teh tarik mamak yang manis meletop.
Namun, lama-kelamaan, bila tubuh dah mula dihinggap sakit-sakit, barulah mereka sedar, yang manis-manis itu, yang lazat-lazat itu sebenarnya bahaya untuk mereka. Kolestrol tinggi, kencing manis, darah tinggi, semuanya disebabkan yang manis-manis. Yang lazat-lazat.”
“Kadang-kadang, dalam hidup kita ini, kita perlu juga menghirup yang pahit-pahit. Air akar kayu, jadam, semua tu pahit. Namun itulah juga yang jadi ubat.”
Sungguh, fikirannya masih samar-samar. Tinggi sungguh Abang Lutfi berfalsafah. Tak mampu dia ikut mendakinya.
“Macam tu juga hidup kita ni Umar. Masa kita masih muda-mudi ni, masih tip-top ni, memang kita akan rasa untuk menghabiskan segenap masa kita dengan menghiburkan hati. Berhibur dan terus berhibur.
Namun suatu hari nanti, bila usia dah menganjak senja, tubuh dah lesu-lesu tak bermaya, mungkin saat itu kita baru tersedar, apa yang kita dah lakukan sepanjang hidup kita? Betapa selama ini kita hanya bergerak di atas muka bumi ini ibarat robot-robot tak berjiwa.
Bekalan masih belum disiapkan, sedangkan perjalanan kita masih jauh. Akan selamatkah kita nanti di sana?
Atau lebih malang lagi, kita tidak sempat langsung untuk sedar.
Umat kita sekarang memang sedang sakit Umar. Dan mereka tak akan mampu pulih sendiri. Kitalah yang perlu bangun untuk merawatnya. Susah? Memang susah. Perit? Sumpah perit.
Umar, para sahabat sendiri membeli syurga dengan harta dan nyawa mereka. Kita?
Semalam yang manis? Memang. Tapi ana lebih memilih untuk menikmatinya di sana.”
“Err….” Umar hilang kata-kata. Fikirannya kosong. Kosong… kosong…
“La kat sini rupanya korang berdua. Letih ana cari. Nasib baik tak telefon pengakap laut lagi report hilang kena culik lanun…”
Satu suara memotong perbualan mereka. Abang Fazwan.
“Maafkan kami tuan besar…”
“Dah dah. Jom balik. Sarapan dah siap. Talam ana tak cukup ahli lagi ni…”
“Bereh blako boh!” Abang Lutfi segera menyahut.
“Jom-jom, perut ana dah bershuffle ni.” Abang Fazwan berseloroh.
Mereka semua tertawa.
“Umar, mari abang nak tunjukkan sesuatu yang lebih manis. Tapi yang ni, kompom tak kena kencing manis.”
“Apa dia?”
“Ukhuwah.”

No comments:
Post a Comment