[kredit] |
“Grr… grr…. Grr….”
Getar.
Bergetar.
Lama-lama, getar bertukar jadi bunyi.
Getar.
Bergetar.
Lama-lama, getar bertukar jadi bunyi.
"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"
“Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man…”
Telefon pintarnya kembali bergetar.
Setelah hampir lima belas saat membuat muka blur, barulah saraf-saraf dan neuron-neuron di otaknya kembali bersambung, menghantar maklumat ke otaknya. Telefonnya sedang berbunyi, bermakna ada seseorang yang cuba menghubunginya. Alhamdulillah, berkat banyak meminum susu formula tinggi DHA sewaktu kecil barangkali. Eh.
Iman mengerutkan dahinya, aneh dan pelik. Dia tidak ingat bila dia telah menetapkan lagu Stand Up- Muadz sebagai nada dering telefon pintarnya. Seingat-ingatnya, nada dering rasminya selama ini ialah lagu Sunnah Orang Berjuang.

“Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier….”
Ah, ini tentu kerja adiknya, Muadz. Mentang-mentang la nama sama… Getus hatinya. Neuron-neuron otaknya kembali bersambung menghantar pesan kepada otak.
“Apa yang mengelamun panjang lagi tu Iman, cepat la angkat panggilan tu…”
Ah, baru dia bergegas mendapatkan telefon pintarnya yang masih menjerit dari atas meja belajarnya. Panggilan diangkat.
“Assalamualaikum kak…”
“Waalaikummussalam… ha Iman, tengah sibuk ke tu, akak ni ganggu ke?”
“Eh, takdela akak… hah kenapa telefon pagi-pagi ni? Nak ajak pergi jogging ke?”
“Iman free tak pagi ni? Jom ikut akak?”
“Isy Kak Ain, mana boleh free, kena bayar la… haha”
“Haha… jadi, free tak?”
“Insya Allah free. Ikut akak pergi mana?”
“Ada la… dah dah, pergi siap cepat. Akak tunggu kat stesen bas universiti.”
“Eh, naik bas?”
“Siap cepat. Assalamualaikum.”
Panggilan ditamatkan.
“Waalaikummussalam…” Dahi Iman tambah berkerut.

***
Dari jauh dia sudah nampak kelibat
Kak Ain yang mengenakan jubah hijau muda itu. Stesen bas lengang. Selain Kak
Ain, tiada kelibat siswa siswi yang sedang menunggu bas seperti hari-hari lain.
Namun, setelah semakin hampir, barulah dia menyedari kewujudan seorang lagi gadis yang sedang duduk di sebelah Kak Ain.
“Assalamualaikum…” Iman tersengih.
“Waalaikummussalam..” serentak kedua-duanya menjawab.
“Kak Ain dah lama tunggu ke? Iman lewat ke?”
“Eh, taklah. Baru je sampai. Iman sampai ngam-ngam je pukul sembilan. Bagus. Muwasofat menjaga waktu, lulus. Tahniah, sila tuntut hadiah di kedai. Haha”
Kak Ain tersengih. Teman yang duduk di sebelahnya hanya mengukir segaris senyuman.
“Eh, lupa pulak nak perkenalkan, Iman, ni Suryati, dari Indonesia. Satu kelas dengan akak. Suryati, ni Iman, adik saya. Ok, bukanlah adik betul-betul…”
“Gembira dapat berkenalan sama kamu sih.” Suryati tersenyum lebar.
Iman tersenyum lebih lebar lagi.
“Kita nak pergi mana ni?” Iman kembali menyuarakan persoalan yang tidak dijawab tadi.
“Eh, akak tak bagitau eh tadi?” Kak Ain garu kepala.

“Iman dengan Suryati tunggu sini sekejap, ana nak ke sana sekejap. Sekejap je…”
“Ok.”
Ah sudah. Iman sangat benci berada dalam situasi sebegini. Ditinggalkan berseorangan dengan seseorang yang dikenalinya. Atau baru dikenalinya. Sungguh janggal rasanya.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga…
Ah, lamanya!
“Er, siapa nama tadi ya, Suryati eh?” Iman sekadar berbasa-basi bertanya. Sekadar mahu menghilangkan rasa janggal.
“Iya.”
Sudah, perbualan terputus di situ.
Empat saat.
Lima saat…
Dia seakan mendengar bunyi cengkerik di situ. Sunyi.
“…come on Iman, idea, idea. Nak borak pasal apa? Bola sepak? Snooker? Makanan? Fesyen? Ah, mengarut sangat. Hah, cuaca, Iman. Borak pasal cuaca...” Otaknya ligat berputar.
“Err, panas hari ni kan, dah lama tak hujan…” Tutur Iman teragak-agak sambil mendongak-dongak ke langit. Mencari matahari.
Tiada.
“Bukan tadi Subuh sudah hujan?” Suryati menjawab kehairanan.
“Oh, ye ke? Err…” Iman memarahi dirinya sendiri. Takde idea lagi bernas ke?
Sepuluh saat.
Sebelas.
Dua belas…
Sumpah, dia dah mula dengar bunyi katak.
“Jadi, bagaimana belajar di sini?” Suryati pula memulakan bicara. Senyum.
Iman senyum.
***
“Pin Pin!”
Bunyi hon dari sebuah Myvi hitam mengejutkan Iman dan Suryati yang sedang rancak berbual. Tidak lama kemudian, cermin diturunkan.
“Ayuh Iman, itu Ain sudah sampai…” Tutur Suryati.
“Eh. Bukan naik bas?” Iman tambah kehairanan.
“Tunggunya aja di stesen bas. Tapi, naiknya mobil.” Suryati tergelak perlahan.
“Kak Ain, Kak Ain… macam-macam…”
Iman tersenyum sendiri.
“…Feel the heart of everyone
See through our differences
You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other…”
"Wahai umat manusia! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)"
(Al-Hujurat:13)
kenapa citer ko asyik nama pmpuan jer ak...ade ape2 ke...haha
ReplyDeleteana tau nape asyik name prmpuan je..
ReplyDeletetu tandenye *uhuk* dah *uhuk* nak errr..ermm..hurmm.. hahaa
eh, mana ada. enta kot yang tak baca artikel2 sebelum ni... ^^
ReplyDeletemasih tergantung..menunggu sambungan..;)
ReplyDelete