Social Icons

Pages

Wednesday 27 June 2012

Kita Ibarat Periuk Belanga Besi. Eh?

Kita Ibarat Periuk Belanga Besi. Eh?


 
   Kita, manusia, ibarat sebiji periuk belanga besi. Begitulah, antara percaya dengan tidak, kami sekelas mendengar ianya terlafaz dari mulut salah seorang ustaz kesayangan kami.


    Oh, sebelum tu maaf, lupa bagi salam, assalamualaikum. Peristiwa ini berlaku pada suatu hari yang, err saya sudah lupa keadaannya. Apakah hening, cerah, mendung ataupun berkabus. Serius, saya sudah lupa. Namun, yang masih segar di ingatan saya, kata-kata ustaz saya tersebut. Kita, manusia, ibarat sebiji periuk belanga besi. Haha misteri bukan.

   Oh, patutlah saya dah lupa, rupa-rupanya peristiwa tersebut berlaku, sewaktu kami-kami sekelas itu masih lagi menuntut di bangku sebuah universiti, nun jauh di pantai timur semenanjung Malaysia. Haha.

   Dalam kekaburan memori, masih terbayang lagi, bagaimana pada hari itu, tidak seperti kelas-kelas kami yang lain dengannya. Entah mengapa, tiba-tiba, berbanding kebiasaannya yang akan terus membincangkan topik pelajaran kami pada hari itu, beliau lebih memilih untuk membincangkan perkara ini. Kita, manusia, ibarat sebiji periuk belanga besi. Bertambah misteri bukan?

   Sebenarnya, biarlah saya berterus terang sahaja. Keadaan sebenar pada hari itu, tidaklah semisteri dan sehairan yang anda baca ini. Saje je saya edit lebih-lebih. Hahaha.

Ok back to story.

   Saya pasti anda semua kenal periuk besi kan? Walaupun rata-rata di antara kita belum pernah ber-taaruf secara langsung dengan periuk besi, namun saya yakin anda mampu membezakan yang mana periuk besi, yang mana mangkuk plastik. Jadi kira kenal la tu kan?

   Jadi apa yang istimewanya dengan periuk besi ini, sehingga ustaz kami mahu membandingkannya dengan kita, manusia? Saya tak nampak sebarang hubung kait. Anda? (garu garu garu)

   Baiklah kita berbalik semula kepada kisah ustaz kami tersebut. Ah, susah sangat nak berbalik ke sana, berbalik ke sini. Senang-senang biar saya tolong ceritakan la…


 
Kita, manusia, ibarat sebiji periuk belanga besi.

   Bagi anda, yang tadinya mengaku mengenali apa itu yang dinamakan periuk besi, pastinya turut mengetahui bahawa periuk besi itu didatangkan sekali dengan tudung periuk besi, kan? Dan kedua-duanya adalah sama cantik, sama padan. Apa kata orang tu, ha bagai pinang diblender hancur.

   Pendek katanya, jika periuk tersebut bersaiz 18, maka saiz 18 jugalah penutupnya itu. (maaf, saya main hentam saya saiz periuk tu. Periuk ada saiz ke?) kedua-duanya perlulah sama besar dan sama padan, agar penutup tadi dapat menutup dengan sempurna periuk tersebut, lalu kari ayam emak anda itu dapat masak dengan sempurna, dan wap-wap airnya tidak dapat menyelinap keluar dari periuk, lalu menyebabkan kuah kari tersebut menjadi kering, dan anda adik-beradik tidak dapat menikmatinya lagi. Ahah.

Saya rasa lapar la pulak.

   Okey, sekarang, anda dah kenal periuk, dan dah kenal penutup periuk. Baiklah, sekarang sila dengar (baca: baca) betul-betul. Kerana baris-baris kata saya selepas ini menuntut penghayatan mendalam dari anda semua. Ok? (isyarat ibu jari)

   Sekarang, cuba bayangkan periuk putih berkilat tadi, anda ambil secara senyap-senyap dari dapur emak anda. Kemudian… jeng..jeng..jeng…

    Kemudian anda bawa periuk tadi keluar rumah, lantas menuju kearah tapak pembinaan yang terletak di tepi simpang tiga itu. Anda serahkan periuk itu kepada salah seorang pekerja berbangsa Jawa di situ lantas berkata

lebih kurang beginilah Mat Indon yang dimaksudkan tersebut

*************************************************
“Ini, periuk ini gue hadiah untuk lho”

“Waduh-waduh, mau dibikinin apa ini pak? Bikin mee sedap perisa kari ya?”

“Enggak! Ini periuk besi ini gue ngasiin buat lho untuk membantu lho membuat kerja-kerja lho”

“Apa emang benar pak?”

“Ya. Udah! Cepat sambung kerja lho!”

“ Makasih ya pak!”

**************************************************

  Lalu, mulai saat itu, dan hari-hari seterusnya, periuk tersebut digunakan untuk mengangkut batu-batu, membancuh simen, memaku paku dan segala macam kerja berat yang lain.

   Selang seminggu kemudian, anda kembali kepadanya, dan meminta semula periuk itu. Dan anda kembali pulang ke rumah anda, bersama-sama dengan periuk tersebut, yang kini anda sendiri sudah malu untuk memanggilnya periuk, dan anda kembali semula ke dapur rumah anda itu.

  Lantas anda cuba kembali memadankannya dengan penutup asalnya dahulu. Anda cuba. Dan cuba. Cuba lagi. Anda gagal.

  Habislah anda. Sudahlah itu periuk kesayangan mak anda, dan lebih teruk lagi, petang ni mak anda nak gunakannya buat mereneh sup ayam pula. (saya kembali lapar)

  Ayook, tak tahu, tu la sape suruh buat betul-betul! Saya suruh bayangkan je tadi kan? Haahahaha.

tadaa! inilah hasilnya!

Baiklah, itulah tadi. Kita, seumpama sebuah periuk besi.


Eh? Macam takde kaitan langsung je, sumpah!


(isyarat peace)



Periuk besi, penutup, kita dan Islam.

Ya, begitulah kita dan Islam. Seumpama periuk besi dan penutupnya.

Pada asalnya, sama-sama padan. Sama-sama cocok.

   Hakikatnya, kita dan Islam ini, sebenarnya sama-sama sepadan. Segala sesuatu yang terdapat di dalam agama Islam ini, sebenarnya memang benar-benar menepati fitrah, naluri dan cita-rasa kita. Memang ngam-ngam, kata orang. Persis periuk besi emak anda itu dengan penutupnya. Bila bergabung, terhasillah kari ayam yang sungguh lazat lagi meliurkan.

   Jika Islam perintahkan kita, baik lelaki mahupun wanita untuk menutup aurat, ya memang itulah yang kita mahukan! Memang itulah fitrah asal jiwa dan hati kita. Ingin melindungi selurut aurat daripada dilihat orang.

  Begitu juga apabila Islam memerintahkan kita supaya menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita yang ajnabi, menjauhi zina dan perbuatan-perbuatan ke arahnya, hati kita seakan menjerit keriangan “That’s It!!! Memang itulah yang kami mahukan!”

   Memang fitrah asal anda tidak pernah dapat membayangkan betapa jika anda terpaksa melanggarinya. Jauh sekali berpegangan tangan dan bergayut di telefon saban lewat malam, ingin berbalas-balas mesej jiwang karat sahaja fitrah diri kita sudah membangkannya habis-habisan.

  Dan begitulah jua apabila Islam menyeru penganutnya supaya solat, sedekah, puasa, jihad dan sebagainya. Hati dan fitrah asal anda menyahutnya bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Segala suruhan dan larangan Islam itu memang benar-benar bagi melengkapi kebutuhan naluri anda ketika itu.

  Benar-benar sepadan antara keduanya. Sebijik seperti periuk besi dan penutup periuk emak anda itu.




Namun Sayang, Seribu Kali Empat Sayang.

  
Seperti periuk besi tadi yang terpaksa digunakan di tapak pembinaan, untuk melakukan kerja-kerja berat, yang tak sepatutnya ia lakukan, begitu jugalah hati dan fitrah kita.

   Tercampak di tengah-tengah dunia jahiliah, hati dan fitrah kita telah dibadai dengan teruk oleh badai jahiliah. Terpaksa melakukan perkara-perkara yang tak pantas ia lakukan.

Pergaulan bebas

Hiburan melampau


Mendedahkan aurat

Perkara-perkara lagha

Jauh daripada mengingati tuhan.


  Pada mulanya ya, memang terasa begitu janggal dan serba tidak sesuai sekali. Memang tidak sepadan sekali. Namun setelah sekian lama kekal begitu, sama juga seperti periuk besi tadi, ianya mula kemek dan kepek di sana sini. Bocor dan bengkok di sana sini.

Perlahan-lahan mula menjadi lali.

Lali dan lupa diri barangkali.


   Dan akhirnya, bila dihadapkan kembali kepada penutupnya, iaitu Islam, sama saja halnya dengan periuk besi tadi, ianya sudah tidak sepadan lagi. Penutupnya sudah tidak muat lagi.

   Bahkan, mungkin saja si periuk, sudah tidak mengaku lagi bahawa itu penutupnya dahulu.

   Sama jugalah dengan hati dan fitrah kita. Bila dihadapkan kembali kepada Islam, suruhan dan larangannya, sudah rasa tidak kena lagi. Semacam Islam itu bukan lagi ‘penutup’nya dahulu. Sudah tidak sesuai lagi.

Lalu jadilah apa yang telah terjadi,


“ Apa? Dalam Islam tak boleh nak couple-couple sebelum kawin? Ish macam tak kena je dengan jiwa kita”


" Tak panas ke kau Jah berselubung je dalam tudung tu sepanjang hari?" 

“Biar betul dalam Islam kena jaga pergaulan lelaki pompuan? Macam kolot je. Dah tak sesuai kot zaman sekarang ni.”

“Gila kau der, betul ke kalau mencuri kena potong tangan? Tak kesian ke? Ish”

“Hang biaq betui kena buat dakwah-dakwah ni? Ish bohong je la noe. Itu semua kerja ostat-ostat kopiah putih janggut sejemput tu! Hang tak caya hang tanya Li nu! Li sendighi habaq kat aku!!”
 

   Akhirnya, hati kita sendiri sudah tidak mahu mengaku lagi, bahawa ia pernah ditutupi dengan kemas dan sepadan oleh Islam dahulu.

Boleh Baiki Semula ke?

Ustaz kata, ya. Boleh.

   Sama seperti periuk tadi, yang masih boleh dibaiki dengan cara diketuk, dipanaskan dan ditempa semula. Begitu jugalah hati dan fitrah kita. Perlu diketuk, diwelding, dibakar, ditempa.


Dan proses itulah kita namakan
Tarbiah.

Memang sakit. Memang perit. Memang.


Namun nak tak nak, proses itulah yang harus kita lalui.


Agar hati kita kembali menjadi hati.

Bukan yang mati.



*************************************************


    Begitulah, rupa-rupanya itulah sebabnya ustaz kami memilih untuk bercerita tentang itu pada hari yang sudah kami lupa keadaannya.

Bercerita tentang periuk.

Tentang hati.


-Tamat- 



*seperti biasa, berdasarkan kisah benar, yang saya edit lebih kurang. huhu

3 comments:

  1. panjang weh
    tak penat kah type ? hehe

    penuh analogi
    dan terasa bahang nya :)

    ReplyDelete
  2. bengkak dah tangan ni. hehehe

    tengah belajar nak tulis post pendek. asalnye nak tulis ringkas je yg ni, tpi ble dh tambah unsur2 tahyul dan karut-marut tu yg jadi panjang. hehehe
    kne usaha lagi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...