Social Icons

Pages

Friday 22 June 2012

Pengalaman Dolu-dolu






  
Adoi, di tengah-tengah malam begini, dengan angin kipas yang masih sepoi-sepoi bahasa walaupun sudah mencecah ke angka 5, ditambah pula dengan segelas minuman coklat panas, memang suasana yang cukup kondusif untuk mengenangkan kisah dolu-dolu. Ala, zaman muda-muda dulu.

  Bersesuaian dengan minuman yang sudah tinggal separuh di dalam gelas, terasa seperti ingin mengimbau kembali memori-memori manis bersama ikhwah pula. (kamus kartel: Ikhwah=saudara-saudara lelaki. Korang jangan fikir macam-macam plak!)

  
Ya, kenangan bersama ikhwah sekampus selalunya manis-manis belaka,
jarang yang pahit.


Rehlah.


    Masih segar di ingatan saya ketika saya dan beberapa orang ikhwah yang lain mengadakan rehlah bertempat di sebuah pantai di pantai timur Malaysia, tidak terlalu jauh dari kampus kami. (kamus kartel: Rehlah = Err… kira macam jalan-jalan la, boleyh la…)

   Pagi-pagi lagi kami sudah siap siaga untuk bertolak ke lokasi pengambaran rehlah kami. Pengalaman kami pada malam sebelumnya itu, biarlah ianya kekal menjadi sejarah sahaja… hehehe

  
Setibanya kami di sana, pelbagai slot dan aktiviti yang kami lakukan di sana. Saya tidak berhajat untuk menceritakan keseluruhan aktiviti di sana, kerana jika mahu diceritakan kesemuanya, hujung bulan Syaaban tahun depan belum tentu habisnya. Haha.

  
Apa yang menarik perhatian saya untuk dikenang-kenang pada malam ini, dengan minuman yang masih tinggal suku tersisa ini, ialah salah satu slot dalam rehlah tersebut. Iaitu slot “Bina Pasir”. Atau nama saintifiknya ialah “Heykamusemuasetiapkumpulanhendaklahmembinasebuahbinaanyangberunsurkandakwahdantarbiah,binaansapepalingbestdielayangmenang!”

 
Ha, panjang bukan. Sebab tu la saya panggil slot “Bina Pasir” sahaja. Jadi tanpa berlengah-lengah lagi, setiap kumpulan pun mulailah menunjukkan skil-skil dan kemahiran masing-masing dalam seni pembinaan dan ukiran pasir.
  

  
Kumpulan kami apa lagi, tanpa teragak-agak dan terkesima, teruslah membina replika anak tangga tujuh tingkat yang sungguh tipikal itu.
klise. huhu

   Dan kumpulan-kumpulan lain dengan binaan masing-masing. Pelbagai bentuk dan rupa.

  
Dipendekkan cerita, setelah berlalu beberapa ketika, siaplah binaan pasiaq kumpulan masing-masing. Seterusnya kami dikehendaki membentangkan hasil binaan kami di hadapan juri tidak professional dan semua kumpulan-kumpulan lain. Kumpulan saya diminta untuk bermula dahulu. Setelah membebel menerangkan buat beberapa ketika tentang binaan kami, yang sememangnya sudah dapat diagak oleh kumpulan-kumpulan lain, kami beralih kepada kumpulan seterusnya.

  
Dan di sinilah cerita sebenarnya bermula. Binaan kumpulan kedua tersebut sungguh… ya, kami tidak tahu untuk menyifatkannya sebagai apa. Mungkin aneh, mungkin lucu, mungkin… ya segalanya mungkin.
gambar hiasan...

  
Apa yang kumpulan tersebut bina dalam tempoh yang telah diberikan hanya selonggok pasir, tidak kelihatan seperti apa-apa yang bermakna, jauh sekali bermesej dan berintikan dakwah dan tarbiah.

    Hanya selonggok pasir, yang dikelilingi oleh garis-garis berbentuk bulatan di atas pasir. Tak kurang antara kami yang tergelak melihatkan binaan tersebut. Mungkin dalam hati mereka berbisik “Kompem kalah dah team ni!”

  
Namun, binaan yang ganjil itulah yang diingat-ingat orang. Binaan yang genap jarang dikenang orang.

  
Ketika sesi soal-jawab, yang mana kami diberikan peluang untuk menanyakan apa-apa persoalan berkenaan binaan tersebut, apa lagi, pelbagai kritikan dan soalan dilemparkan terhadap hasil binaan kumpulan tersebut.

  
Tiba-tiba seorang pemuda berwajah tenang, yang merupakan ahli kumpulan tersebut melangkah ke hadapan, riak wajahnya cukup tenang dan meyakinkan, seolah-olah dia tahu apa yang telah dilakukannya.

“Baiklah, baiklah, kami akan terangkan binaan kami ini.” Begitulah lebih kurang isi pertuturannya, dengan loghat Kedah pekat.

“Sebelum itu hangpa semua perasan tak, dalam tak sedar hangpa semua dah ikut kami semua melangkah dalam bulatan ni, berkerumun dekat binaan ni?” ujarnya sambil menunjukkan garisan berbentuk bulatan, yang sekarang kami berada di dalamnya.

“Ha, yang inilah dakwah. Dalam tak sedar hangpa dah kena dakwah dengan kami, untuk duduk dalam bulatan ni. hahaha”

“Dan binaan ni pulak, kalau hangpa tanya kami, kami jawab ni kami nak buat istana.”

Kedengaran suara-suara tidak puas hati membangkang.

“Sabar, sabar. Memang sekarang masih tak nampak lagi, tapi ni kami nak buat istana. Tapi kami tak mampu nak buat sendiri-sendiri. Jadi, tu yang kami ajak hangpa semua sekali, mai tolong buat. Kami tak mampu nak buat kalau hangpa tak tolong sekali.” Akh tersebut tenang memberikan penjelasan.

“Dan, kami mungkin tak sempat nak tunggu istana ni siap. Jadi tugas ni serah kat hangpa semua la untuk terus sambung buat, sampai siap.”
Beliau menamatkan penerangannya.

Isk, isk, kenapa la pulak tetiba berpeluh kat mata ni? panas ke? Korang tak rasa?

Begitulah Islam.



  
Mungkin, jika dikira dari sudut kecantikan seni bina, kumpulan tersebut jauh daripada menang, malah fail.

  
Namun, dengan ringkas, padat dan terkesannya, mereka telah berjaya menerangkan tentang Islam, dakwah dan tarbiah.

  
Ya, begitulah seni dakwah. Dalam kita tidak sedari, kita telah tertarik ke arahnya. Terpancing. Seperti kumpulan tersebut, dalam diam telah memancing kami semua untuk datang mengelilinginya.

  
Dan, begitulah Islam. Atau lebih tepatnya realiti umat Islam hari ini. Seperti selonggok pasir, yang baru lepas musnah, terpecah-pecah. Sekali pandang, orang tidak akan mampu mengecamnya.

  
Dan dakwah dan tarbiah itu, seumpama kerja-kerja membina istana yang tersergam megah, daripada selonggok pasir tadi. Dalam pada melatih pekerja-pekerja yang sedia ada dengan kemahiran membinanya, harus terus menyeru orang lain, untuk datang menyertai mereka, kemudian dilatih dengan bersungguh-sungguh dengan kemahiran untuk membinanya. Kemudian menyeru yang lain lagi.

  
Dan proses ini berterusan. Kerana kerja-kerja berat ini tidak mampu dilakukan oleh sebahagian kecil umat Islam sahaja. Untuk membina semula mahligai Islam yang telah hancur binasa, pastinya hanya dapat dilakukan dengan jumlah pekerja-pekerja yang ramai, faham dan berkemahiran dengan tugas-tigas mereka.

  
Dan mungkin, proses pembinaan tersebut masih belum selesai sehinggalah ke akhir hayat kita, para pekerja tersebut. Bahkan mungkin, sepanjang hayat kita, kita tidak dapat melihat pun, rupa bentuk istana tersebut. Yang kita hanya lihat adalah, asas kepada binaan tersebut, yang tidak kelihatan seperti apa-apa. Bahkan mungkin menyakitkan mata memandang.

  
Dan sangat rugilah mereka, yang enggan menyertai kerja-kerja pembinaan ini, dengan alasan lapuk mereka,

“Ala, dah berpuluh-puluh tahun dan buat kerja-kerja ni, tak nampak hasil pun. Asik-asik dakwah, tarbiah, dakwah, tarbiah, apa nak dakwah tarbiah sampai mati???"

  Maka kasihanlah mereka, yang mengukur umur dakwah, tarbiah dan Islam ini, mengikut kepanjangan umur mereka.



  
Lihat, bagaimana sebuah percutian biasa, jika dipakaikan dengan ‘rayban’ Islami, menghasilkan sejuta satu macam ibrah dan iktibar.

  
Walaupun rehlah kami tersebut berakhir dengan tiba-tiba disebabkan hujan yang turun mencurah-curah lebatnya. Dan kami tidak sempat menyentuh air sama sekali. Namun kekal lah ianya sebagai salah satu pengalaman paling berharga dalam memori hidup saya.

Ya, pengalaman yang ganjil seperti itulah yang sering diingat-ingat,
pengalaman yang genap jarang dikenang orang.

Wassalam. Air sudah habis.

*ps: berdasarkan pengalaman sebenar, namun telah diedit serba sedikit demi kesesuaian pembaca.

6 comments:

  1. kemas !

    lain kali kalau ada rehlah sebegini dan arahan yg serupa, sy sudah ada idea. hehehehe

    ReplyDelete
  2. bagi yg tak pandai membina pasir. hahaha

    ReplyDelete
  3. agak2 macam boleh kona yor sapo yg syarah tue....hehe
    mantap !!!

    ReplyDelete
  4. ia bukan seperti yang anda jangkakan fit... hahaha

    ReplyDelete
  5. yeahahhh... grup sapa lah tu kann ;P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...