Social Icons

Pages

Sunday 16 December 2012

Saya semangat Vs Saya faham

[kredit]


“Ingat akhi, Islam ni, kalau berjuang kerana isu, isu akan sejuk. Berjuang kerana semangat, semangat akan hilang. Berjuanglah kerana faham.”

  
Begitulah kurang lebih, kata-kata yang saya dengar dulu. Dulu, lama dulu, waktu saya mula-mula belajar ber-akhi-akhi dengan orang. Lama, korang silap-silap tak lahir lagi. Ewah.

   Jujurnya, sedikit sebanyak terbuka kotak fikiran saya. Seakan saya baru sedar. Kami disuruh mencari kefahaman tentang Islam. Aik? Islam pun nak kena faham-faham jugak ke?

  
Selama ni saya ingat tugas saya kat dunia ni hanya untuk beribadat je. Sumpah tak ingat nak jadi khalifah. Sebab tu saya paling tak suka jadi ketua. Sebab saya tak suka nak ajak orang buat itu ini, suruh itu ini, larang itu ini. Seumur hidup saya, saya pernah jadi ketua kelas dua hari je. Ya, dua hari, bukan dua kali. Hahaha power tak?

  
Sebagai seorang ekstremis tegar (wahaha), saya memang sepenuhnya akan berjuang berbekalkan semangat. Bila ada semangat, kaw-kaw la saya. Bila semangat dah takde, ketuk pintu bilik saya la kalau-kalau anda bernasib baik saya nak bangun.

  
Saya juga seorang revolusionis mee segera. Bagi saya, kalau nak ubah apa-apa, revolusi la cara paling baik. Cepat, buat apa nak buang masa lama-lama. Ada isu, perjuangkan terus, revolusi, setel.

  
Tapi tu dulu la, lama dulu, silap-silap mak ayah korang pun tak kawin lagi. Haha. Sebelum saya dengar daripada kawan saya ni.

“Ingat akhi, Islam ni, kalau berjuang kerana isu, isu akan sejuk. Berjuang kerana semangat, semangat akan hilang. Berjuanglah kerana faham.”

  
Eh. Bukan saya dah tulis ke kat atas tadi. Takpelah, apa gunanya copy paste ye dok?
Apa yang menarik sangat dengan kata-kata ni?

Bila masa pulak saya cakap menarik?

Haha ok ok gurau. Jangan buat muka penyu macam tu. Penyu tengok pun menangis.

  
Menariknya, kawan saya ni, dia bagitau perbezaan antara semangat dengan faham. Antara kita perjuangkan sesuatu kerana semangat, kerana isu, dengan kerana kita faham. Betul-betul faham.

Korang tak faham?

  
Baiklah, rasanya dah tiba masanya saya kongsi dengan korang. Setelah sekian lama saya simpan sorang-sorang.

Jadi, apa bezanya semangat dengan faham? Penting sangat ke kena tau?

  
Baiklah, macam ni. Orang yang semangat, dia akan buat sesuatu kalau dia ada semangat, kalau ada isu.

  
Contohnya, ada pihak berkuasa nak runtuhkan surau kat kampong dia, nak buat projek pembangunan. Waktu tu, orang dah tak kenal masa satu dia, mana satu tok imam. 24 jam dia ada kat surau tu, dengan pakai kain pelikat cap Mangga, kadang-kadang Wadimor, sekali-sekala Atlas, siap pakai kopiah lagi. Bantah sana sini, anjur solat hajat perdana la, demonstrasi selamatkan surau kami la. Siang-siang berkeliling kampong bawak hailer, seru orang-orang kampong supaya turun membantah sekali. Malam tidur surau, qiamullail. Bila interview dalam berita, tegang urat leher dia menjerit membantah depan kamera, siap nangis-nangis lagi. Memang tersentuh la. Seolah-olah kalau surau tu kena runtuh, memang takde tempat nak solat la dia lepas ni.

  
Tapi, bila surau tu tak jadi runtuh, isu dah hilang, seminggu dua lepas tu, orang dah tak dapat beza dia dengan tokey sayur sebelah rumah dia. Duduk rumah, tengok cerita Hindustan. Solat pun kat dalam bilik je, tak pakai baju, Cuma pakai kain pelikat Gajah Duduk je.

Ha, macam tu la berjuang kerana isu.

  
Lagi satu contoh, waktu tengah hangat orang cerita pasal Gaza kena serang dengan Israel, dia la yang paling terkedepan. Naik bengkak jari-jari dia tekan butang share berita-berita Palestin. Tulis status kutuk Israel. Profil picture tukar habis. Kalau ada tabung derma mana-mana sampai, memang kembang kempis hidung dia. Boleh kata kalau ada sepuluh ringgit dalam dompet dia, memang dia akan bagi lima ringgit la, sebab lagi lima ringgit dia nak beli nasi paprik untuk makan malam. Baju dengan mafla Palestin memang tak tinggal la. Entah bila basuh tak tau, rasa macam tak tutup aurat pulak kalau tak pakai. Pendek kata kalaulah Tel Aviv tu sebelah rumah dia je, memang dah kalah dah Israel dia serang.

  
Tapi, bila berita dah kurang cerita pasal Israel. Orang dah start cerita pasal lain, pasal bola la, artis la, dia pun join sekaki la. Kalau sebelum ni tiap-tiap waktu solat buat qunut nazilah, sekarang ni waktu dhuha pun dia buat qunut, tapi qunut qadha’ solat Subuh la. Derma dah start balik semula 20 sen seminggu, sebab lagi RM9.80 dia nak makan chicken chop.

Ha, nampak permainan dia di situ?

  
Err… tapi hakikatnya, saya dulu macam tu la. Mungkin sampai sekarang pun tak hilang-hilang lagi perangai tu. (T T)

  
Kawan saya tu cakap, dulu (kali ni memang dulu sungguh) Rasulullah dengan para sahabat, mereka tak berjuang atas isu. Atau kerana semangat semata-mata. Sebab tu kita takde dengar sahabat-sahabat lawan pembesar Quraisy sebab isu penindasan hamba, isu Sumayyah kena bunuh. Diorang tak berjuang atas isu-isu yang khusus. Dan kalau ikut logiknya, waktu fasa Mekah tu la sepatutnya Rasulullah dengan sahabat bangkit menentang. Sebab waktu tu semangat tengah menggelegak panas lagi.

  
Tapi Rasulullah suruh bersabar dulu. Rasulullah terap akidah Islam dulu. Bagi faham kaw-kaw dulu kenapa perlu perjuangkan Islam. Hasilnya, tengoklah fasa Mekah, sorang munafik pun takde lagi. Semua tulang-tulang belakang Islam. Seorang kena bunuh, yang lain sabar. Seorang kena seksa, yang lain sabar. Sebab apa, sebab diorang FAHAM.

  
Kawan saya ada bagi beberapa contoh lagi dulu, tapi saya tak ingat dah berapa banyak. Maklumlah dah lama, waktu tu korang silap-silap…

PANG!!!

Err… ok ok. Straight to the point. Adeh…

Korang pernah dengar tak kisah Muaz dan Muawwiz dalam Perang Badar? Saya pun dulu tak pernah dengar jugak.

  
Muaz dan Muawwiz masih kanak-kanak ketika menyertai Perang Badar. Ada riwayat mengatakan mereka baru berusia 14 dan 13 tahun. (Korang agak-agak umur 13 tahun buat apa?) Hehe. Yang menariknya, misi Muaz dan Muawwiz ni bukan calang-calang. Mereka berdua ni bersaing untuk membunuh Abu Jahal, panglima tentera Quraisy, kerana mereka dengar cerita Abu Jahal dah banyak menyakiti Rasulullah S.A.W.

  
Dipendekkan cerita, sewaktu di tengah-tengah peperangan, dengan masing-masing membawa sebilah pedang, mereka berjumpa dengan Abdul Rahman Bin Auf untuk bertanya kedudukan Abu Jahal ketika itu. Setelah diberitahu, kedua-duanya serentak meluru menyerang kearah Abu Jahal. Dalam pergelutan yang sengit itu, Muaz ditetak oleh Ikrimah Bin Abu Jahal sehingga hampir putus tangannya. Namun mereka berdua telah berjaya membantai Abu Jahal sehingga nyawa-nyawa ikan. Muaz yang berasa tengganggu dengan tangannya yang masih tergantung pada bahunya akhirnya menarik tangan tersebut supaya benar-benar terpisah dari badan, agar tidak mengganggu pergerakannya. Abu Jahal akhirnya dipancung oleh Ibnu Mas’ud yang dihantar untuk membantu mereka.

Amacam?

  
Bayangkan, waktu tu tangan dah putus kot. Cuba kalau kita, agak-agak masih ada ke semangat yang berkobar-kobar nak teruskan jugak? Tapi kenapa Muaz tetap teruskan, sampai sanggup putuskan tangannya sendiri?

Sebab dia bukan semata-mata semangat hangat-hangat najis ayam.

Dia faham.

(Nangis sorang-sorang)

“Ingat akhi, Islam ni, kalau berjuang kerana isu, isu akan sejuk. Berjuang kerana semangat, semangat akan hilang. Berjuanglah kerana faham.”
Eh tercopy paste sekali lagi. 


* Fuh, akhirnya... berjaya juga kembali menaip...

8 comments:

  1. pnah dgr tak?

    "seorang yg fhm lbih kuat dr 100 org yg alim"
    -mafhum-

    ReplyDelete
  2. epic !

    nanges ramai ramai in sha Allah :)

    rindu ah :')

    ReplyDelete
  3. pergh...mantap !
    " FAHAM nak bawa islam lebih penting drpd SEMANGAT nak bawa islam "

    ReplyDelete
  4. Allahumma Ijalna Minal lazi yastiqumuna. Berjuang jangan bermusim ! ;)

    ReplyDelete
  5. Taisteal- Feh! Ni bru dgr... Huhu

    Inspektor-saya rindu anda juga tahu.... Hehe

    Feat- ya betoi!!! Couldn''t agree more.

    Anonymous- Er, ape tu?

    Asri-pabila syeikh kabir bersuara, ana diam saja.... Huhu

    ReplyDelete
  6. terima kasih....
    “Ingat akhi, Islam ni, kalau berjuang kerana isu, isu akan sejuk. Berjuang kerana semangat, semangat akan hilang. Berjuanglah kerana faham.”

    apa gunanya copy paste ye dok?

    iyaa,,benar...sangat menarik.. berjuang kerana faham...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...