Social Icons

Pages

Sunday 21 April 2013

Ikhwah. Humanity Last Stand.




Apa perasaan korang, bila tengok cerita Batman,
Sedang Joker, Penguin tengah syok-syok buat huru-hara tengah-tengah Gotham City,
Batman syok-syok tidur berbungkus selimut dalam bilik.


Apa korang rasa, bila tengok cerita Spiderman,
Sedang Dr. Octopus bermaharajalela mengamuk tengah bandar,
Spiderman tengah pegang joystick, baru jaring gol ketiga main PES.

Perasaan korang apa, bila tengah layan cerita Naruto,
Waktu Akatsuki tengah seronok bunuh penduduk-penduduk Kampung Daun,
Naruto tengah sibuk download movie baru dari internet.

Korang rasa apa, bila layan cerita X-Man,
Waktu Magneto tengah sibuk plan nak serang markaz X-Man,
Wolverine tengah sibuk bergayut kat telefon dengan awek, Cyclop tengah sibuk main Facebook.

Apa korang rasa?

Apa pulak yang korang rasa?

Bila umat-umat Islam sedang menangis menderita,
Musuh Islam tengah ketawa terbahak-bahak menyembelih umat Islam, memperkosa wanita-wanita Islam,
Sharp shooter dyorg tengah galak mengira berapa kepala kanak-kanak yang berjaya mereka head-shot hari itu,
Sedang umat Islam lainnya sedang sakit tenat, letih lelah mengejar kemewahan hidup acuan Barat, bermati-mati mengecap bahagia versi mereka,

Dan korang?

Sedang sibuk berbuat, seperti apa yang tertulis di atas.

Masihkah kita punya perasaan?

***

Ikhwah.

Doktor umat,

Jurutera umat,

Bomba umat,

Tentera umat,

Ustaz umat,

Posmen umat,

Peguam umat,

Wakil rakyat umat,

Da'ie umat,

Murabbi umat.

Tidakkah kita sedar, kita punyai terlalu banyak kerja, terlalu besar peranan?


"...Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukannya."
-Hassan al-Banna, Antara Semalam Dan Hari Ini.


Ikhwah.
Humanity last stand.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...