Social Icons

Pages

Monday 5 March 2012

Terrorist-Terrorist Dunia Akademik

terroristkah anda dalam dunia akademik?


Bagi aku, dalam dunia akademik ini, ada 3 jenis ekstremis:

1. Belajar Semata-mata Untuk Dunia


-Golongan ekstremis yang pertama ini amat mudah dikesan. Mereka inilah yang memeras kudrat dan keringat semata-mata untuk memperoleh ganjaran dunia.

-Pointer paling tinggi, pujian rakan taulan + respek awek-awek, masuk surat khabar, kerja bergaji besar, mengumpul harta merupakan hadaf utama.

-Ciri-ciri tambahan golongan ini ialah mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memperoleh kejayaan   dalam peperiksaan.
Membela ‘toyol’, meniru rakan sebelah, memecah bilik pensyarah/guru, berjumpa bomoh Siam, anda namakan saja, mereka ini sanggup melakukannya untuk berjaya.


2. Meninggalkan Terus Pelajaran, Kononnya Atas Nama Agama

- Kaum-kerabat ini juga mudah dikenalpasti dan dicam melalui hujah-hujah bernas mereka, antaranya;

 “ Ah ini semua dunia belaka! ”

 “ Buat apa belajar tinggi-tinggi ilmu dunia ni? Last-last ke kubur jugak.”

-Kebiasaannya akan memulaukan peperiksaan yang dijalankan, dengan alasan mereka belajar semata-mata kerana Allah, bukan kerana exam.

-Enggan study, memandang rendah ilmu-ilmu yang menurut mereka “ilmu dunia”, dan ada antara golongan ini yang memulaukan terus sistem pendidikan.


3. Golongan Yang Blurr…


- Rasanya golongan inilah yang memonopoli dunia pendidikan hari ini.

 -Tidak mempunyai pemahaman untuk apa mereka belajar, sekadar mengikut arus dunia hari ini, yang mana remaja-remaja akan ke sekolah, universiti dan seterusnya bekerja.

 -Golongan ini tidak mengambil peduli pembelajaran mereka, sekadar ke kelas, menduduki peperiksaan, namun dengan jiwa yang kosong. Hanya sekadar mahu lulus dengan cukup-cukup makan.


Inilah ekstremis-ekstremis dalam dunia akademik hari ini.

Pak Mat, anda golongan yang mana?



Islam, Adalah Yang Tertinggi.


   Ya, dalam segala bidang. Islam adalah yang tertinggi. Tidak ketinggalan juga dalam bidang pendidikan. Islam adalah yang terbaik, maka kita sebagai umat Islam juga harus menjadi yang terbaik, termasuk dalam pendidikan.


  Tahukan cik-cik adik sekalian, sewaktu Islam di zaman kegemilangannya dahulu, bagaimana budaya keilmuannya?

   Kota-kota Islam boleh dikatakan sebagai pusat-pusat ilmu dunia. Pusat-pusat pengajian Islam adalah pusat melahirkan ilmuan-ilmuan terbilang di dunia.

Ibnu Sina, Ibnu Firnas, Al-Khawarizmi, Al- Farabi. Anda namakan sahaja.

Kufah, Basrah, Madinah, Andalusia, Damsyik.
 Antara pusat-pusat ilmu. Mungkin pada zaman ini setaraf dengan Harvard, Oxford, Cambridge, bahakan LEBIH HEBAT LAGI!


Mungkin, inilah antara dialog-dialog yang pernah berlaku suatu masa dahulu:


 SItuasi 1


Albert Alfera: Mak, macamana nak buat rumus matematik ni. Susahnya, macam mustahil je nak jawab ni,… Isy… cmne ni….?

Mother: Ala apa susah-susah, kan sebelah rumah kita ni ada orang Islam. Pak Mat tu. Pi la tanya depa tu. Mesti depa tau camna nak jawab. 
Nak Style lagi, pi tanya pak imam kat masjid tu. Depa tu pandai baq hang!!!

Albert Alfera: Ok, sekarang gak saya pergi!  

Situasi 2

Cikgu: Ha Fernando, keputusan es-pi-em kamu ni cemerlang ni. Kamu cadang nak sambung belajar kat mana?

Fernando: Saya cadanglah cikgu, saya nak sambung kat Bahgdad la. Sana mantap-mantap woo!

Cikgu: Ok, baguslah tu, kat sana nanti jangan lupa kat cikgu, senang-senang pos lah kat cikgu ni serunding unta.

Fernando: Ok cikgu! Bereh boh!

Situasi 3

Makcik Alicia: Hey makcik Marie, ko tau tak, anak si Lindsay tu dah seminggu balik sini dari belajar  kat Andalusia tu…

Makcik Marie: La ye ke? Macamana dia sekarang? Sihat ke?

Makcik Alicia: Dia sihat je… Cuma tula…

Makcik Marie: Kenapa? Cube cer. Cube cer.

Makcik Alicia: Isy teruk dah dia sekarang, berjubah bertudung dah dia sekarang. Terpengaruh budaya Timur la tu. Isy tu la, aku cakap dah aritu, jangan hantar jauh-jauh, belajar kat politeknik Manchester ni aje…

Mungkin inilah yang pernah terjadi, sewaktu zaman kegemilangan ilmu di kalangan umat Islam, suatu ketika dahulu.

Bagaimana sekarang?

    Apakah hari ini, kita berharap untuk mengulangi semula kegemilangan Islam, sedangkan kita adalah golongan-golongan yang malas?
Adakah kita berharap Islam tertegak di muka bumi ini di tangan kita, peniru-peniru dalam peperiksaan, pengharap skop peperiksaan daripada pensyarah, golongan yang malas belajar dan berusaha???
Adakah?

(Aduh!! Kenapa macam ada benda jatuh atas kepala ni?)

Kita Adalah Muslim, Dan Muslim Itu Terbaik!

 Kita adalah Muslim. Maka sesuai dengan Islam yang kita pegang, kita harus menjadi yang terbaik.
Jika pelajar, pelajar yang terbaik.
Jika pekerja, pekerja yang terbaik.
Jika doktor, doktor yang terbaik.
Supaya manusia keseluruhannya, dapat melihat, bahawa agama Islam ini adalah yang terbaik!

Akhirnya, selamat menduduki peperiksaan.

Mungkin ada yang akan berkerut-kerut dahi, mengatakan,
apa kaitannya Islam ini dengan peperiksaan?

 Bukan ke peperiksaan ini dunia je?

Nah, cuba kalian bayangkan, jika kita semua (di APIUM khususnya) berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, seterusnya memegang posisi-posisi penting dalam negara ini, bahkan dunia.

 Ada yang menjadi doktor, ada jadi YB, menteri, Presiden, Setiausaha Agung PBB, Gabenor Bank Dunia.

 Dan semua kita ini membawa imej Islam yang sebenarnya.

 Apa yang akan terjadi?

 Antum fikirkan.

Bukankah dunia ini hanya sekadar ladang amal?

 Maka tidak bolehkah kejayaan kita dalam peperiksaan ini menjadi amal soleh kita, untuk menyebarkan kebaikan, menyebarkan Islam?

Kita bukan mencari dunia, kita mencari dunia untuk akhirat.

Maka lakukanlah yang terbaik dalam peperiksaan ini. Belajarlah bersungguh-sungguh. Ikhlas kerana Allah Taala.

 Semoga kita semua inilah, yang dapat membuka mata masyarakat, bahawa
ISLAM ADALAH YANG TERBAIK!!!

                                   *kepada ekstremis-ekstremis, pulanglah ke pangkal jalan.


4 comments:

  1. TP ad bg nasihat: "IKHLASLAH DLM MENUNTUT ILMU" :)

    ReplyDelete
  2. belajarlah bukan berjayalah kamu~

    ReplyDelete
  3. belajar lah kerana Allah bukan kerana dunia..

    ReplyDelete
  4. satu penulisan dakwah yg menarik...teruskan...
    ilmu & kejayaan...semuanya milik Allah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...