Social Icons

Pages

Tuesday 1 May 2012

Kita Selalu Sangka…




Sedar atau tidak, sepanjang hidup kita ini, dah banyak kali dah kita tersalah sangka.

   Masa kecik-kecik dulu, masa kita darjah 5 dan 6, sewaktu muka-muka semua masih comel dan montel lagi, sambil main beyblade dan crushgear waktu rehat, kita semua amat takut untuk menempuhi UPSR! 

  Haha mungkin sekarang kita semua boleh tergelak bila dengar nama tu,
tapi kalau diingat balik masa tu, bunyi ‘UPSR’ tu cukup gerun didengari. Kenapa? Kerana kita sangka UPSR tu la yang paling penting, yang akan menentukan kejayaan hidup kita.

  Jadi kita sanggup tolak tepi sebentar gasing berpaku, kereta dash, Yoyo berlampu, dan brick game kita untuk pergi tuisyen.

  Tapi bila dah masuk sekolah menengah, masuk form 1, baru kita sedar, laaa, takde la penting sangat pon rupenye UPSR ni…

  Bila kita dah masuk form 1, rupanya banyak lagi benda  yang lebih penting, tak kira la kita dapat score cemerlang mana pun dalam UPSR, bila dah masuk sekolah menengah, result tu dah takde guna dah, kita dan kawan-kawan kita yang lain sama taraf je.

  Lepas tu kita pon meningkat remaja, hinggalah masuk form 3, waktu muka sorang-sorang dah start naik jerawat (hahaha), suara masing-masing pun dah start bertukar jadi tak kiut dah, waktu tu kita rasa apa yang paling penting dalam hidup kita ialah PMR.

  Ya, kita rasa PMR la penentu cemerlang atau tidak kita di masa hadapan. Cikgu-cikgu semua cakap, kalau berjaya dalam PMR ni, kita boleh sambung belajar kat MRSM ataupun SBP. Jadi waktu tu, kita nampak PMR ni sangatlah besar dan penting.

  Kita sanggup kurangkan main-main dan sembang-sembang dengan member-member kita waktu prep petang dan malam (bagi yang duduk asrama la…) untuk hafal segala bagai nota-nota geografi, sejarah, kemahiran hidup, sains, dan lain-lain.

   Itu belum kira lagi ulang-alik pergi kelas tambahan yang cikgu-cikgu buat, di samping menjawab berkilo-kilo set-set soalan tahun-tahun lepas.dan tak lupa juga berulang alik pergi segala macam kem motivasi dan teknik menjawab peperiksaan.

  Akhirnya hari exam pon tiba, malam sebelum tu komfom dah tido lelap tak lelap je, memikirkan esok nak exam. Akhirnya selepas baca doa ramai-ramai kat luar dewan, kita pon melangkah masuk ke dalam dewan untuk menjawab PMR. Kita sangka itulah perjuangan hidup mati kita.

  Tapi bila dah keluar result, ada yang cemerlang, ada yang kurang. Yang cemerlang tu biasanya akan berhijrah keluar ke sekolah yang lebih baik. Manakala yang kurang tu faham-fahamlah kita, menyambung kembali pengajian di sekolah lama.

Kemudian bila kita dah masuk form 4, barulah timbul satu kesedaran,

“La, PMR ni takde la penting mana pon, balik-balik duduk sekolah lama jugak…”

Dan bagi yang telah berhijrah ke MRSM atau SBP;

“Takde la penting mana pon, buang tenaga je aku cuak cuak dulu. Kat sini pon lebih kurang je macam sekolah lama. Ada yang dapat markah lagi rendah dari aku pon boleh sambung kat sini, kalau tau baik aku score cukup-cukup makan je…” hehe

  Begitulah kita baru tersedar, PMR dulu bukanlah segala-galanya. Banyak lagi subjek-subjek yang jauh lebih susah yang terpaksa kita hadapi. Add Math, Kimia, Biologi, Fizik, Ekonomi, Perdagangan, Akaun, dan macam-macam lagi. Kita baru tersedar bahawa sebenarnya perjalanan kita tidak lah terhenti setakat berjaya atau tidaknya kita dalam PMR.

Jadi, kalau bukan UPSR, bukan PMR, dah tentulah SPM yang paling penting dalam hidup kita.

Ya itulah yang selalu dimomokkan di telinga kita, yang selalu didoktrinkan dalam pemikiran kita.

  Kita yang sewaktu itu di form 5, merupakan seorang abang senior yang penuh segak bergaya dengan janggut sejemput yang menjadi kegilaan junior-junior perempuan, ataupun seorang akak senior yang cun, yang mempunyai adik-adik angkat keliling pinggang (hahaha) merasakan bahawa SPM inilah penentu segala-galanya.

  Berjaya atau tidaknya kita dalam hidup ini adalah 100% ditentukan oleh keputusan SPM ini. Jadi kita,tidak lupa untuk mentelaah pelajaran. Dengan bilangan subjek yang semakin bertambah berbanding UPSR dan PMR, dan berkali-kali ganda jauh lebih susah, tentulah memerlukan usaha dan ketekunan yang tinggi.

  Ya memang letih untuk bersengkang mata saban malam mengulangkaji dan menghafal nota-nota yang diberikan, disampin menjawab berbuku-buku set soalan matematik tambahan, namun kita relakan kerana kita sangka, SPM ialah segala-galanya.

Meleset. Mungkin itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan sangkaan kita itu.

  Setelah selesai menerima keputusan SPM, berjaya melanjutkan pelajaran ke institute pengajian tinggi, baru kita sedar, yang keputusan cemerlang kita itu bukanlah segala-galanya.

  Baru kita sedar, takde orang pandang pon sebenarnya result tip-top kita tu… asal dapat masuk u, sudah. Ketika ini, seorang Ah Chong dengan keputusan 10A+ takde ape-ape perbezaan pon dengan teman sekuliahnya, Raju yang mendapat 7A 2B 1C.  Ketika ini, yang lebih dipandang ialah keaktifan dalam bidang kokurikulum, dan berbagai-bagai lagi…

  Dan begitulah ia berterusan sepanjang hidup kita, sama ada kita perasan ataupun tidak. Berhempas-pulas mengejar pointer empat rata (baca: 4 flat), sedangkan beberapa tahun kemudiannya, barulah kita menyedari bahawa yang lebih dipentingkan oleh majikan ialah ‘soft skill’, keterampilan dan daya kepimpinan yang ada dalam diri kita.

  Setelah kita berhempas pulas pula membina sifat-sifat dan kualiti yang disebutkan itu, barulah kita sedar itu semua kurang nilainya berbanding dengan apa yang dipanggil ‘cable’ atau ‘orang dalam’ untuk diambil bekerja.

Begitulah, dan begitulah. Kita menghabiskan hidup kita dengan bersangka-sangka. Sedangkan setelah masa
beredar, barulah kita menyedari, bahawa sangkaan kita itu ternyata meleset sama sekali.


Ok, Here Goes The Main Point

Dan pernah tak kita semua terfikir, bahawa begitulah yang akan berlaku nanti. Di SANA nanti.

Kita menghabiskan keseluruhan hidup kita, menyangka bahawa DUNIA itulah yang paling penting bagi kita.

Harta yang banyak. Dapat memiliki segala kemewahan dunia, kereta berjenama, segala jenis gajet-gajet elektronik, rumah yang tersergam megah di lereng bukit.

Pangkat yang besar. Disanjung dan dijunjung oleh orang bawahan, terkenal di seantero negara.

Wanita yang cantik. Berjaya memperisterikan seorang bekas ratu cantik dunia.

Dan berbagai-bagai lagi.

  Kemudian, setelah masa berlalu, tiba masanya untuk roh ini dicabut meninggalkan jasad, cuba bayangkan bagaimana perasaan kita ketika itu.

  Bayangkan bagaimana perasaan kita, bila mengetahui bahawa sangkaan kita selama ini nyata salah. Harta kekayaan dan pangkat ternyata bukan segala-galanya.

Bahkan sudah tidak berguna. Semua orang, miskin atau kaya, sama sahaja dalam pandangan Allah S.W.T.

Yang diambil kira ketika itu, hanyalah amal soleh kita semasa di dunia dahulu.

  Bahawa kita di dunia ini, hanya seperti seorang pengembara yang berehat sebentar di bawah teduhan pokok, buat mencari bekal meneruskan perjalanan.

  Tapi, apa yang terjadi, kita jatuh cinta dengan pokok itu, lupa mencari bekal. Hingga bila tiba saatnya untuk kita berangkat meneruskan perjalanan, baru kita tersentak, tersedar bahawa dalam kantung bekalan kita tidak ada apa-apa.
Kosong.

Bagaimana mungkin dapat kita meneruskan kembara kita dengan mudah?

  Akhir kata, dalam hidup kita ini, sudah banyak kita tersalah sangka. Jadi untuk kali ini, harapnya kita tidak tersalah lagi.

3 comments:

  1. Wah superb! Akhi maju nian dalam penulisan kreatif. Akhi bisa jadi penulis tegar dan menerbitkan sebuah buku tidak lama lagi :) Amin...

    ReplyDelete
  2. lho jangan begituin dong. Haza min fadhli rabbi...

    ReplyDelete
  3. so, jangan sangka cgpa 3.55 x berjaya dapat course Law..hehe
    sume nyer hanya sementara...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...