Social Icons

Pages

Saturday 9 March 2013

Sahabat Sorga

[kredit]



Kereta itu meluncur dengan kelajuan sederhana. Petang itu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, seperti hari-hari sebelumnya. Suasana redup, mentari bermain sembunyi-sembunyi disebalik awan kumulonimbus yang tebal itu. Tiada tanda-tanda hari akan hujan, melainkan di satu dua tempat di pedalaman Sabah dan Sarawak. Eh, macam ramalan cuaca pulak.



Emran menaikkan volume bunyi pemain radio keretanya. Suara Najwa Latif menyanyikan lagu ‘Sahabat’ berkumandang kuat, cuba bersaing dengan bunyi angin yang menderu-deru masuk melalui cermin tingkap kereta yang diturunkan. Suasana petang masih seperti tadi, redup dan nyaman.



Sekali-sekala, Emran melemparkan pandangan jauh ke tengah-tengah ladang sawit yang baru ditanam itu. Seakan-akan cuba menikmati ketenangan petang itu.

Haish, sejak sambung belajar ke universiti ni, waktu-waktu cuti macam ni je la pun nak bersiar-siar menikmati suasana kampung yang tenang macam ni. Kalau kat ibu kota tu, haram nak dapat. Petang-petang macam ni, bunyi hon kereta, lori, bas membingitkan telinga, mengalahkan bunyi kompang kenduri kahwin rumah Mak Itam.

Time-time
cuti macam ni la pun kalau nak merasa menghirup udara kampung yang segar dan bebas dari… Kebetulan keretanya melintasi sebuah lori Alam Flora yang sedang berhenti mengangkat sampah di bahu jalan.

Hah, ye la tu. Segar la sangat konon. Emran menempelak diri sendiri sambil tergesa-gesa menaikkan semula cermin tingkap. Suara Najwa Latif dah bertukar kasar dan garau, menjadi suara Serj Tankian melagukan Harakiri.

Itulah aktivitinya setiap kali berkesempatan pulang menjenguk kampung halaman. Menghabiskan minyak kereta ayahnya dengan berkeliling kampung saban petang. 
Sedang dia asyik memerhatikan sekumpulan biri-biri yang sedang cuba melintasi jalan, tiba-tiba pahanya merasa bergetar-getar. Panggilan masuk. Segera dia menurunkan volume pemain radio, lantas mencapai fon telinga yang tersangkut di leher bajunya. Panggilan diangkat.

Kedengaran suara dari sebelah sana talian lebih dahulu menyapa.

“Assalamualaikum Meran!!!”
Suara ceria riang ria kedengaran di fon telinganya.

“Ni Hao! Ni Shiao Shenme?”
Emran tersengih sendiri.

“Ek? Hello, ni siapa ek? Bukan ni no Meran ke?”

Suara itu kedengaran kalut dan gabra. Takkan boleh tersilap nombor kot. Ini zaman teknologi tinggi. Dail terus dari contact list kot, bukan main tekan satu-satu nombor dari buku catatan macam zaman kecik-kecik dulu.

“Ni Hao! Ni Shiao Shenme??? Ni Shi Ma lai xia ren? ...”

Emran meninggikan nada suara seakan-akan sedang marah. Habis semua perkataan-perkataan Mandarin yang pernah dia belajar dulu disebutnya. Mukanya dah bertukar merah padam menahan ketawa dari meletus.

“Sorry ah, so ni bukan no Meran ye? Aisehmen, sorry sorry…”

Semakin kaget suara itu kedengaran.

“You nak sorry you naik lori ma!!!”

Emran pura-pura marah diikuti dengan beberapa potong ayat yang dia sendiri pun dah tak faham maknanya. Tanpa dapat ditahan lagi, dia ketawa terbahak-bahak.

“Kurang pendidikan kau Meran!!! Berani kau kenakan aku! Aku ingat Ah Long mana la yang angkat tadi…”

“Hahahahaha…”
Ketawa Emran masih belum reda.

“…hahaha, padan muka kau Wan, ingat kau sorang je boleh prank orang?
Hahaha”

“Ceh, ni dulu Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan kau dapat berapa? Cikgu Salmah tak ajar ke? Tak menghayati rukun kesopanan dan kesusilaan betul la kau ni…”
Fazwan dah mula membebel.

“Hahaha. Kira ok la lagi tu aku cakap Mandarin. Kalau aku sembang Tagalog tadi tak ke pengsan kau…”
Tawanya masih bersisa.

“Wei, kot ye pun jawab la salam aku bagi tadi… jawab salam kan…”

“Ok ok ok… Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh!”
Cepat-cepat dia memotong sebelum dapat tazkirah Asar percuma.

“Ni apa hal kau call aku petang-petang ni Wan? Nak belanja makan Kentaki ke?”

“Haha Kentaki takde, tapak kaki aku ni ade!”

“Amboi, tak boleh bergurau senda sikit. Kurang kasih sayang betul la kau ni Wan.
Habis tu? Nak ajak lawan futsal? Tenis? Dam aji? Wau bulan? Konda kondi?”

“Takde la, eh esok kau free tak? Ingat nak ajak kau datang rumah aku pagi esok.”


Agak serius kedengaran suara Fazwan.

“Err… free je kot. Maklum la, aku kan tengah cuti ni. Kenapa?”

“Aku… Aku…”

“La cakap la cepat!”

“Aku… aku nak…”

“Nak apenye???”

“Aku nak kawin.”

“Apa???”

“Srreeeeeeetttttttttttt!!!!!!”

Kedua-dua kakinya serentak menekan brek dan clutch. Hampir-hampir keretanya terbabas masuk ke dalam parit dalam kawasan tanah Pak Usop itu. Mujurlah Emran sempat mengawal stereng sebelum menghentikan kereta di bahu jalan.

“Weh, kau kenapa Meran???”
Suara Fazwan bertanya kaget kembali menariknya ke alam realiti.

“Kau biar betul? Serius??? Nyaris-nyaris aku nak terbabas masuk parit join kerbau Pak Usop main air tau!”

“La, tengah drive ke? Apsal tak bagitau siang-siang? Takdela aku nak wat kau terkejut tadi…”

“Ni siang lagi la ni. Eh, kau seriyes ke ni Wan?”
Emran buat muka serius walaupun dia tahu bukannya Fazwan nampak dia pun.

“Hahaha aku bergurau je la Meran. Saje je nak ajak ko lepak-lepak rumah aku. Kenapa, tak lawak ke?”
Kali ini Fazwan pula yang tak larat menahan gelak.

“Tak lawak langsung.”

Dua-dua ketawa terbahak-bahak.

Talian diputuskan. Emran menggeleng-geleng sambil mengukir senyuman. Haish, Fazwan, Fazwan. Macam-macam la kau ni. Dia mengomel seorang diri.
Memang la kalau dah lama tak berjumpa tu, macam-macam benda yang nak disembangkan. Kadang-kadang tak cukup tanah nak gelak mengenangkan semula kenangan zaman-zaman sekolah dulu. 

Siapa tak kenal dia dengan Fazwan dulu. Member kamceng sejak form 1 lagi. Macam-macam diorang dah lalui bersama. Rapat mengalahkan adik-beradik lagi. Makan sama-sama, main sama-sama, ponteng prep sama-sama, fail exam add math pun sama-sama.

Tu belum nak dikira sama-sama sembunyi-sembunyi panjat pagar sebab nak pergi makan nasik lemak kat kedai Kak Cik lagi. Bahkan sampai tahap sama-sama bersaing secara sihat untuk tackle si Amani, penolong ketua pengawas yang cun-melecun tu masa tingkatan 5 dulu.

Senyum Emran makin melebar. Sekali sekala dia menggelengkan kepala. Memang betul la rindu giler zaman-zaman sekolah dulu. Sekarang, masing-masing dah tercampak ke tempat berbeza, dah mula sibuk dengan hal sendiri, urus hidup sendiri. Nak bertegur-sapa pun dah tak berapa nak sempat, kadang-kadang je sempat nak chat dalam fb.

Tinggallah kenangan-kenangan lama dulu jadi peneman waktu-waktu sunyi, waktu-waktu terdetik di hati nak belek-belek folder-folder gambar-gambar lama kat laptop. Senyum sorang-sorang macam orang kurang waras.

Waktu cuti-cuti macam ni je la pun kesempatan kalau nak berjumpa semula. Dah berapa lama ek dia dengan Fazwan dah tak jumpa? Dia mula mengira-ngira dengan jari.

Last jumpa dulu masa sama-sama pergi mandi air terjun. Zaman bila tu? Tu waktu cuti semester tahun lepas.

Mau dah dekat nak setahun dah tak jumpa. Masih hensem ke tak lagi Fazwan agaknya? Hehehe dia tertawa sendiri.

Kereta dihalakan semula menuju ke arah rumahnya. Matahari dah mula terbenam di sebalik belukar di hujung sana padang bola.

Kalau dulu dia berani kata yang dia memang dah masak dan faham dengan Fazwan luar dalam. Dia dah sampai maqam boleh menyelam isi hati Fazwan macam menyelam scuba tengok batu karang kat Pulau Tioman. Kiranya kalau Fazwan ada buat apa-apa masalah, cikgu kaunselor boleh terus tanya dia, takyah susah-susah nak jumpa Fazwan direct.

Itu dulu. Sekarang?

Entahlah, dia sendiri tak berani nak kata.

Sekali air bah, sekali pantai berubah.


***

Dua ekor kucing putih itu berlari-lari anak mengejar rama-rama berwarna-warni yang melayah rendah di atas padang rumput yang menghijau itu. Di sebelah sana pula kelihatan taman bunga terbentang luas. Luas, seluas mata memandang. Taman itu dipenuhi pelbagai jenis bunga. Tulip, orkid, mawar, anda sebutkan sahaja. Manakala di sebelah kiri pula kelihatan sekumpulan Panda montel sedang bersenang-senang baring sambil mengunyah pucuk-pucuk buluh.

Indah sungguh indah.

Aneh, sungguh aneh.

Lebih aneh lagi, tiba-tiba dia berlari laju merentasi padang rumput itu sehingga kakinya tidak lagi berpijak di bumi. Ya, dia mampu terbang! Perlahan-lahan dia melayang di udara merentasi kebun bunga yang luas nian itu. Haruman bunga-bunga semerbak mewangi ke atas. Nun di hujung sana, dia dapat melihat seekor paus biru melompat ke udara sebelum terbenam kembali ke dalam lautan meninggalkan gelombang air di permukaan.

Hairan tersangatlah hairan.

Sedang dia terbang bebas di udara, menikmati panorama serba indah itu, tiba-tiba entah dari mana sebuah meteor meluru laju ke arahnya. Belum sempat dia melarikan diri, meteor yang sedang marak membakar itu menghunjam tepat kearah kepalanya. Berguling-guling dia terjatuh di atas tanah. Sakit bukan kepalang.

“Bertuah punya anak! Dah nak pukul sepuluh pun taknak bangun-bangun lagi!!!”

Dia membuka mata perlahan-lahan. Sebelah tangannya mengusap-usap kepala yang terasa sakit. Kabur-kabur dia terlihat sosok tubuh seorang wanita pertengahan umur sedang bercekak pinggang sambil sebelah tangannya memegang bantal Angry Bird. Matanya kembali berat. Perlahan-lahan dia kembali menutupkan mata…

“Zaassss!!!”
Kelibat burung merah itu terbang merentasi bilik, tepat mengenai kepalanya. Balingan ibu jarang-jarang tersasar.

Emran tersentak bangun.

“Ceh, mimpi rupanya. Hampeh.”
Dia membebel sendirian.

“Sudah, cepat bangun! Asyik membuta je kerjanya!”
Ibunya mula mencapai bantal peluk miliknya. Amaran akhir supaya menyerah diri tanpa syarat.

Lambat-lambat dia bangun dari lantai biliknya. Kerlipan lampu dari telefon bimbitnya menarik perhatian. Malas dia mencapai sambil membuka screen lock.

11 Missed calls.

5 New messages.

Segera dia berlari melepasi ibunya ke bilik air.

Alamak Fazwan!!!

 
***

“Assalamualaikum… ooo Assalamualaikum…” Emran separuh melaung di hadapan tangga rumah Fazwan.

Salamnya masih belum bersahut.

“Cis kau Jebat, cepat kau turun dari istana Jebat! Ini kekandamu Tuah datang menuntut bela! Berani kau mendurhaka kepada baginda Sultan! Sungguh Melayu itu pantang sekali menderhaka Jebat!”
Tiba-tiba dia buat lawak klasik di depan rumah Fazwan.

Tiba-tiba salam bersambut. Kelihatan Pakcik Roslan, ayah Fazwan muncul di muka pintu.

“Waalaikummussalam. Ha kamu Meran. Kenapa kamu macam marah-marah ni? Fazwan ada cakap kamu nak datang pagi ini.”

“Err… takde pakcik. Ayam. Saya halau ayam ni ha tadi. Takut dia naik rumah melepas najis atas tangga nanti.”
Spontan dia menghulurkan tangan bersalaman dengan Pakcik Roslan.

“Sudah tu, mari naik. Lama bebenor kamu tak datang ke rumah pakcik ni.”
Pakcik Roslan mengiringnya masuk ke dalam rumah.

***


“Pergh, dah lama kot aku tak lepak bilik kau ni Wan. Teringat waktu lepas SPM dulu. Memang dah macam bilik kedua aku dah bilik kau ni. haha”

“Tu la kau, sibuk memanjang kat universiti tu. Kalah orang buat medik.”

“Eleh kau Wan, yang kau dah lama tak kontek tu apa hal?”

“Hahaha”
Sama-sama gelak.

Fazwan bergerak ke arah komputernya lantas menekan punat “On”.

Ek? Emran angkat kening sebelah.

“La, ko bersusah-payah ajak aku datang rumah ko ni sebab nak ajak repeat lawan PES ke?

“Takde lah.”

“Habis tu? Layan movie?

“Kau tengok je la Meran jap lagi.”

***


“So macamana? Apa yang kau rasa lepas tengok tu tadi?”

“Erk! Kau biar betul Wan. Kau tak tersilap pasang ke?”

“Nope.”
Sepatah Fazwan menjawab sambil mengukir senyuman.

Dia rasa lost sekejap. Rasa blur. Apasal tetiba Fazwan ajak dia datang lepak rumah dia? Tapi tu kira tak heran la sebab memang dia dah biasa sangat lepak rumah Fazwan dulu.

Apasal tiba-tiba Fazwan bagi dia tengok video tu? Angin takde, ribut takde. Tetiba je?

Fazwan bukak video Palestin. Video Gaza.

Video Syria.

Video Chechnya.

Iraq.

Kashmir.

Bosnia.

Last sekali video Malaysia.

“Err… ini… ini apa ni?”
Lambat-lambat dia bertanya.

“Ini sejarah.”

Ringkas jawapan Fazwan seakan-akan sengaja membuatnya tambah berteka-teki.

“Sejarah? Ini sejarah apa?”
keningnya makin berkerut.

“Ini Sejarah Kita.”

Senyuman di bibir Fazwan makin melebar.

 
Haish. Betul la, aku dah tak mampu faham Fazwan.
Dia dah berubah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...