Bas mendadak berhenti. Halmi yang sedikit tersengguk ke hadapan tersentak.
Segera dia melarikan pandangan ke luar tingkap. Mengecam suasana. Tiba-tiba dia
tersenyum sendirian.
“Ingat akhi, Islam ni, kalau berjuang kerana isu,
isu akan sejuk. Berjuang kerana semangat, semangat akan hilang. Berjuanglah
kerana faham.”
Begitulah
kurang lebih, kata-kata yang saya dengar dulu. Dulu, lama dulu, waktu saya
mula-mula belajar ber-akhi-akhi dengan orang. Lama, korang silap-silap tak
lahir lagi. Ewah.
Dari jauh, mendengar bunyi deburan ombak
menghempas pantai, seakan-akan rasa sayu pula. Ombak yang setia melaksanakan
tugasnya, berukhuwah dengan pasir-pasir di sepanjang pesisir pantai. Nun di
kejauhan, kelihatan beberapa buah bot nelayan sederhana besar sedang membelah
permukaan air.
Awal-awal pagi begini, sudah ada
nelayan-nelayan yang sanggup meninggalkan kehangatan rumah mereka, demi mencari
sesuap (ok tipu sangat la sesuap kan) rezeki buat anak-anak dan isteri.