Social Icons

Pages

Thursday 9 February 2012

AKU, DUNIA DAN AKHIRAT.





   
Tempoh hari  (sebenarnya, dah lama gak la…) sempat bersembang-sembang dengan salah seorang

sahabat baik saya, iaitu Akh M (of course la bukan nama sebenar, nama sebenar terpaksa dirahsiakan, takut

beliau riak, hahaha), saya agak suka bersembang dengan Akh M ni sebab dalam sembang-sembang kosong

kami, dengan tak dijangka-jangka ada aje terkeluar dari mulut Akh M ni analogi-analogi yang mampu

mengetuk dan mengopak pintu hati saya, malah kadang-kadang mampu membuat hati saya rasa dikejutkan

seperti disimbah dengan air batu di waktu Subuh hari Sabtu yang hening, fullamak… Mungkin ni la anugerah

yang dikurniakan Allah kepada Akh M ni… Uhibbukafillah ya Akh M…


ANALOGI: AKU, DUNIA DAN AKHIRAT

Hubungkait di antara kita, sebagai manusia, dengan dunia yang sedang kita berteduh di dalamnya, dan

akhirat destinasi sebenar kita, dapat dianalogikan seperti seorang lelaki, matahari dan bayang-bayang.

maaf, ni lukisan nenek ipar saya, hehehe


Ha, lelaki itu ialah kita, manusia, manakala bayang-bayang ialah dunia dan matahari sebagai akhirat. Seorang lelaki sedang berdiri dengan matahari di depannya, dan bayang-bayang di belakangnya.

Err… ada faham?
ok, ok saya bagi seminit fikir dulu…



belum lagi…




sabar, fikir dulu…



ha masa dah tamat… Faham dah analoginya?


Fine, begini.

   Hidup kita di dunia ini dapat diibaratkan seperti seorang lelaki kacak lagi berkumis nipis yang sedang

memakai Rayban di tengah sinaran mentari petang. Dan di belakang kita terbentuk bayang-bayang hasil

daripada sinaran cahaya mentari tadi yang tidak mampu menembusi tubuh gempal anda yang merupakan

objek legap, bukan lutsinar apatah lagi lutcahaya (sumber: Buku teks Sains darjah 3 Rajin)

   Jadi sebagaimana yang diberitahu tadi, matahari diumpamakan seperti akhirat, manakala dunia diumpamakan seperti bayang-bayang.

Jadi yang mana yang harus lelaki itu kejar dan rebut untuk mendapatkannya?

   Ya sudah semestinya matahari. Dan apabila lelaki itu mengorak langkah mengejar sang mentari, adakah

bayang-bayang akan ditinggalkannya? Adik-adik di kelas 3 rajin jawab TIDAK. Anda?

Bayang-bayang itu akan turut mengejarnya, tidak kira selaju mana langkah lelaki itu, bayang-bayang akan

tetap mengekorinya.

Sehinggalah apabila lelaki itu akhirnya berjaya berdiri tepat di bawah mentari, bayang-bayang itu akhirnya

berada tepat di bawah telapak kakinya.

hooray!

Apa pula akan jadi jika si lelaki itu mengambil keputusan untuk menanggalkan Rayban Petaling Streetnya itu

dan bergegas mengejar bayangannya sendiri?

Bayang-bayang itu malah semakin melarikan diri, semakin menjauh dan menjauh… Tidak kiralah selaju

mana si lelaki itu berlari, dia tidak akan pernah berhasil mengejar bayangannya sendiri…

Hinggalah akhirnya, apabila si lelaki itu telah kepenatan, berehat menghela nafas, sang mentari telah

sempurna menjalankan amanah Allah pada hari itu, tiba masa untuk berehat dan menghilangkan diri di

sebalik ufuk barat.

Namun bayang-bayang turut hilang, lenyap, sedangkan ia belum berhasil di kejar oleh si lelaki. Dan tinggallah

lelaki malang itu terpinga-pinga di dalam kegelapan, meraba-raba dalam kegelapan, tak ketemu jalan pulang.

Kesian….


Nah, begitulah hidup kita di muka bumi ini… andai yang kita kejar ialah akhirat, pasti dunia tak akan pernah selangkah pun menjauh dari kita, malah semakin mendekati hinggalah akhirnya ia di bawah telapak kaki kita sendiri…

Dan malanglah bagi pengejar bayang-bayang dunia, semakin dikejar semakin jauh lari, hingga akhirnya akhirat tiba, hilanglah dunia yang dikejar. Terpinga-pingalah para pengejar dunia dalam pekat bukat kegelapan dan kesesatan. Sedarlah mereka ketika itu mereka telah dipermain-mainkan oleh dunia yang tak kekal selamanya.

“Ya Allah, letakkanlah dunia dan seisinya, dalam genggaman tangan kami, bukan di dalam hati kami….”


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...