Social Icons

Pages

Saturday 4 February 2012

Prolog: Muqaddimah


Dengan Bismillah aku bertawakal,
semoga ini menjadi bekal,
bantu memberatkan timbangan amal,
agar di Sana tiada sesal....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Tujuan penubuhan blog ini ialah untuk menyebarkan kebaikan dan mempromosikannya,
Jika kita lihat hari ini, jahiliyah tanpa segan silu dipromosikan, dihiaskan dengan pelbagai hiasan yang indah mata memandang.
Hingga tak kurang mata-mata yang menjadi kelabu, keliru yang mana haq dan yang mana batil.





Jadi rugilah, sesiapa yang mengaku berada di puak kebaikan, namun malu untuk menyebarkannya, apatah lagi mempromosikannya. Seakan ianya perkara yang memalukan yang harus dibuat dengan muka merah padam.

  kejahatan yang terancang akan dapat mengalahkan kebaikan yang tidak terancang.
marilah bersama kami, menyebarkan kebaikan dan menghalau jahiliyah jauh-jauh, jauh hingga ke hujung kampung sana.



Sekian, semoga blog ini menjadi hujah buat saya di akhirat nanti, dan minta dijauhkan daripada menjadi hujah keatas saya.

akhi nawawi

1 comment:

  1. saya sedia membantu akh dalam mengembangkan ilmu... saya akan tlong share kan post2 akh...insyAllah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...