Social Icons

Pages

Saturday 18 February 2012

Saya Bukan Budak Baik, Saya Cuma Nak Jadi Baik.


saya nak jadi budak baik boleyy??

(amaran: post ini bakal menggunakan kata ganti nama saya, awak, kamu, kalian dll bertepatan dengan tajuk post ini. Bahkan, mungkin juga akan terkeluar ana, enta, enti, antum jika perlu J )

    Kalau ditanya kepada kita, bilakah waktu yang paling seronok sepanjang hidup kita, rata-rata, iaitu lebih kurang 99.32% akan menjawab masa REMAJA. Bagi mereka yang menjawab selain itu, ada 3 kemungkinan:

 1. Kurang waras

 2. Anda sedang bertungkus lumus menyiapkan homework/assignment anda yang kena hantar esok

 3. Anda sedang berada di dewan peperiksaan, sedang menjawab soalan keempat Add Math paper 2.

  Kalau ditanya kepada saya, jujur saya katakan, kehidupan kita di waktu remajalah yang akan mencorakkan siapa kita sewaktu dewasa nanti.

 Jika kita menghabiskan masa remaja kita dengan bertungkus lumus di bidang medic, hampir pastilah anda akan menghabiskan sisa-sisa hidup anda dewasa kelak dengan sehelai jubah putih dan steteskop (maaf, lupa mcmne ejaan dye) tersangkut di atas bahu.

   Begitu juga jika masa muda-mudi kita dihabiskan dengan merembat motor jiran sekampung, pastilah anda akan menghabiskan 10 tahun kehidupan anda akan datang dengan memegang jeriji besi sambil menyanyi-nyanyi menunggu terbenam matahari.

  Jujurnya, sekolah menengah merupakan tempat yang amat memberi bekas dalam mencorakkan siapa saya sekarang ini. Jangka masa 5 tahun itu amat berperanan dalam menentukan kehidupan saya sekarang ini, cara pemikiran saya, tutur bahasa saya dan hampir segala aspek-aspek lain…

  Jika tidak abang-abang senior memeras ugut saya supaya menghafal wirid selepas solat sewaktu di tingkatan 1, pastilah saya akan membesar sebagai seorang yang akan pura-pura sakit perut selepas solat lalu beredar keluar dari masjid dengan pantas.
 
   Kalaulah tidak guru sains saya memberi tunjuk ajar, pastilah saya sekarang akan ternganga takjub jika ditanya tentang penunu Bunsen.



   Namun, malang. Seribu kali malang. Tambah seribu kali lagi.


    Saya juga secara tidak langsung terdidik mengikut sistem pendidikan sekular di negara ini.
Corak pemikiran saya juga secara tidak langsung terkesan dengan sistem ini. Saya menjadi salah seorang daripada entah berapa puluh billion manusia lain di bumi ini, yang menyangka:

“Hidup ini hanyalah sekadar makan, tidur, belajar, bermain, bekerja, berkahwin, beranak mempunyai anak, tua lalu mati.”
zaman remaja memang seronok. hooraayyy!

Hanya setakat itu.


Kejayaan hidup hanya diukur pada beberapa abjad pada slip result peperiksaan.

Kepintaran ada pada piala-piala dan anugerah yang tersusun elok di dalam almari.

Bahagia wujud pada sebuah rumah banglo  tingkat, pada Mercedes mata belalang, pada isteri cun bak model.

Hanya itu.


Hidup saya telah banyak menyaksikan

Ya, dalam hidup saya, saya telah banyak menyaksikan.
Rakan-rakan yang terjatuh dalam jurang jahiliah.
Ada kerana cinta. Ada kerana kawan.
Ada kerana suka-suka.

Jadi secara tidak langsung, pemikiran saya terasuh sebegitu.

“Cukup-cukuplah jadi baik. Jadi skema ni time kecik-kecik je… sekarang kita dah remaja. Kena bebas…. Kena bla bla bla….”

“Tak couple tak cool la bro… takde orang nak jaga kau…”

Ringkasnya, sewaktu di bangku sekolah ini, saya lebih banyak menyaksikan insan-insan yang  bertransformasi menjadi lebih buruk. Berlari menjauh dari kebaikan kearah jahiliah.|
Tidak dinafikan, saya juga mula melangkah kearah itu.



Kesedaran Bermula.

  Hari ini biar kita bicara dengan kebenaran. Hati ke hati. Ceh…

   5 tahun itu telah berlalu. Dan saya kini telah melangkah ke gerbang menara gading, walaupun setakat ini saya belum lagi terjumpa di sini, mana-mana menara dengan gading di atasnya.
 
  Peringkat kehidupan ini, biasanya kita lebih bebas menentukan hidup sendiri.
  Bebas.
  Tiada yang akan menghalang. Tiada siapa akan peduli.


Saya?

 Alhamdulillah, Allah izin, saya dicampakkan ke pelusuk bumi ini. Dengan suasana yang Alhamdulillah, masih terjaga.

 Disini saya tersedar dari mimpi panjang saya. Dari khayalan-khayalan dunia saya.

 Jujurnya, saya sangat bersyukur ditempatkan di sini. Bersama sahabat-sahabat ‘pelik’.

 Kenapa saya kata pelik?

 Kerana mereka berbeza. Mungkin korang boleh kata tidak normal. Jika definisi ‘normal’ yang korang maksudkan mengikut takrif dunia hari ini.


Mereka Adalah Orang Yang Mengajak Ke Arah Kebaikan.


 Mereka adalah segelintir orang yang faham.


 Faham dengan penyakit masyarakat hari ini, dengan mimpi-mimpi yang sedang mengulit tidur masyarakat hari ini.

 Mereka mengajak untuk mengasak, merempuh arus jahiliah yang mengalir deras, menghayutkan mereka-mereka yang malas berenang.

Di sinilah saya tersedar. Kebaikan itu adalah baik. Cool. Stylo. Menjadi orang baik itu adalah Macho. Hensem. Tough.

 Mereka mengajak saya untuk berpegang pada kebenaran.

“Kebenaran itu adalah benar jika dalam 100 orang, kesemuanya mengatakan ia benar.”

“Kebenaran itu juga benar, jika dalam 100 orang, 30 mengatakan ianya salah.”


“Kebenaran itu masih benar, jikan dalam 100 orang, 50 mengatakan ianya salah.”


“Dan kebenaran tetap akan benar, jika dalam 100 orang, semua mengatakan ianya adalah salah.”



Di sini, saya jumpa dengan lebih ramai orang, yang cuba keluar dari lumpur jahiliah. Cuba membersihkan semula diri. 


Ada yang mempunyai masa silam yang penuh kotor, namun tanpa putus asa terus cuba memperbaiki diri. Menjadi lebih baik. Dan mengajak orang lain sekali.

Di sini, saya rasa tersedar.



Jadi, Saya Nak Ajak Anda Sekali. Boleh?
   


Inilah tujuan sebenar saya tulis panjang-panjang berkajang-kajang ni .

kalau awak tak baca yang ni , rugi je la saya tulis dari atas tadi...


Memang, saya bukanlah orang baik, untuk mengajak awak jadi baik. Tapi saya sedang cuba kearah itu. 


Kalau awak nak tunggu saya jadi betul-betul baik Cik Minah, Cik Peah, Abang Mamat, Pakcik Johan, memang sampai awak semua bercucu nanti lah saya masih belum jadi betul-betul baik. 

 Jadi apa kata awak ikut saya. Lepas tu kita jadi baik sama-sama. 

Awak pernah belajar peribahasa Bagai Aur Dengan Tebing kan? Nah. (Buku teks KBSM Tahun 1 Anggur)

Apa kata saya jadi aur, awak jadi tebing. Apa? Taknak?

 Okey okey, saya yang jadi tebing, awak jadi aur. Lepas tu kita akan saling bantu-membantu untuk jadi lebih baik, baru cepat sikit. 

Sambil tu, kita ajak tebing-tebing lain join kita, biar ramai-ramai, baru seronok. Okey???

Awak, saya tengah cakap ngan awak kot… Awak, la yang tengah baca ni la… Ha Awak, Betul!
Eleh senyum-senyum pulak :-P


Awak, kita takleh tangguh-tangguh. Kena sekarang jugak.

Kenapa?
La jangan la tanya sampai kerut-kerut dahi macam tu…

Sebabnya. Saya umpamakan kebaikan ni macam gerabak kereta api.

 Sekarang ni keretapi ni sedang berhenti kat stesen kita. 

 Dan orang-orang di dalamnya ajak kita, sesiapa yang mahukan kebaikan, untuk naik.

 Selepas beberapa ketika, keretapi ini akan berlepas.

 Saya nak naik, sebab saya tak tahu lepas ni ada lagi tak gerabak lain yang singgah untuk tumpangkan kita. 

Saya juga tak pasti, sama ada saya sempat lagi tak untuk tunggu gerabak yang seterusnya.

Tu yang saya ajak awak sekali tu.

 Saya sangat sangat sangat sangat harap awak naik sekali. Sebab nanti di perhentian terakhir, best sangat…

 Tapi kalau awak taknak naik, saya takleh paksa. Saya tak mampu nak tarik cuping telinga awak ,paksa awak naik. 

 Saya cuma mampu picit hidung awak dan kata: “Awak, jom naik sekali ngan saya. please....?”

 Tapi kalau awak taknak naik, jangan salahkan saya pulak nanti, kalau awak tak dapat apa yang saya dapat.

 Jangan awak nak kata saya lupe member plak, saya dah ajak kan…

“Nak tak???”



awak, sudi tak awak naik ramai-ramai ngan kami?

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...