Social Icons

Pages

Tuesday 1 May 2012

Hohoho Awas! Saya Telah Kembali…




   Haha rasanya dah hampir 4,231 jam saya tidak menulis di ruangan ini (ok, fakta tu hentam je..), mungkin ada peminat-peminat pembaca yang tertanya-tanya, kenapa saya tak update, broadband kena potong kah, kena kencing manis kah,lupa password blog kah, melancong ke Selatan Sudan kah, dan berbagai-bagai lagi persoalan yang bermain di minda. Maaf, bajet kejap. Huhu

  Baiklah, saya akan tampil member penjelasan, sebelum pihak-pihak media arus perdana yang lain mula membuat sebarang spekulasi liar, haha sekali lagi.
 
  Sebenarnya saya tidak ke mana-mana, jadi desas-desus yang mengatakan saya berangkat ke Filipina untuk menjejaki semula saudara kandung saya itu tidak benar sama sekali! Hoho.

  Saya masih di Malaysia,
di sebuah rumah di pinggir desa yang beralamat #$%^*(*&^%$#$%^&*&^%$*, Malaysia. Ya, Cuma entah kenapa, kebelakangan ini saya rasa amat lemah-longlai, tidak bermaya, lemah semangat dan berbagai-bagai sindrom lagi untuk mengupdate laman titikblog (blogspot) ini.

  Baiklah, di bawah sinaran rembulan ini, biarlah saya berterus-terang… hati ke hati bak kata orang. Huhu.

    Sebenarnya entah kenapa, mengapa dan bagaimana, siapa, apa dan di mana, sudah terbenam jauh di dalam lipatan chromosome dan DNA saya, bahawa saya tidak berminat untuk menulis, jauh sekali untuk memberi nasihat dan kata-kata hikmat, di waktu saya merasa amat bawah (baca: down). Saya lebih memilih untuk menonton siaran berita Tamil, berbanding menarikan jari-jemari yang berlemak berotot saya ini di atas papan kekunci komputer riba, untuk mengepost post-post baru di blog, sewaktu saya merasa down.
 
  Jadi, sudah terang lagi bersuluh lampu picit, bahawa semenjak-dua menjak ini, saya telah mengalami ke-down-nan yang agak serius, lebih serius daripada calon SPM yang sedang menyelesaikan soalan matematik tambahan bernombor 3(a) berkenaan geometri.
Rasa down ini:

  Mungkin akibat terlalu banyak melakukan maksiat mata, mulut, hidung, hati dan limpa. (Astaghfirullahal’azim)

   Mungkin disebabkan sudah lama tidak berjumpa, bergaul mesra, dan menerima nasihat daripada sahabat-sahabat power rangers di APIUM.

  Mungkin juga merupakan sebab akibat daripada kekurangan tadabbur Al-Quran, solat sunat dan lain-lain lagi amal soleh yang sering dicuaikan.

   Atau mungkin juga disebabkan sudah lama tidak bersila bersama-sama sahabat di dalam sebuah bulatan, dan bergembira bersama.

Mungkin, mungkin dan mungkin. Semuanya mungkin.
Jadi itulah alasan saya. Harap diterima. Hehe

 
   Cuti sepanjang 6 bulan ini ( untuk makluman yang tak tahu,saya sedang menempuh cuti panjang sehingga awal September nanti), memang amat mencabar.

   Jika anda kata, bermalam di gurun di Afrika, sambil bertemankan singa-singa liar dan dubuk itu mencabar, lebih mencabar lagi bermalam di rumah, dengan bertemankan perkara-perkara lagha, televisyen (Astro bagi tengok free semua channel dia weyyy!!!), internet, facebook dan bergiga-gigabite movie-movie dan berpuluh-puluh episode Runningman yang tersimpan dalam cakera keras saya ini.
  
   Jika anda kata dicampak di tengah-tengah lautan Atlantik yang membeku itu, tanpa sebarang pertolongan, apatah lagi life boat dan life jacket itu sudah cukup mencabar, saya rasa jauh lebih mencabar dicampakkan di tengah-tengah lautan jahiliah yang mencengkam ini, tanpa bimbingan, pantauan dan teguran daripada guru-guru dan sahabat-sahabat.
       Dan jika anda kata, ditinggalkan di tengah-tengah hutan tebal di Sarawak, hanya berbekalkan sebatang mancis basah, dan sebilah pisau pencukur berkarat itu sudah cukup menggugah jiwa, lebih dahsyat lagi ditinggalkan di tengah-tengah kenikmatan dunia dan segala perhiasannya ini.

Ok,ok cukup dengan segala hiperbola dan balaghah di situ.

Insya Allah, saya akan cuba untuk lebih komitmen dan berdedikasi untuk terus menulis di blog ini selepas ini. Insya Allah. Minta didoakan untuk itu.


Kerana bagi saya, penulisan ini mungkin dapat menjadi saham akhirat saya nanti.

Ketika ditimbang amal soleh saya yang sudah pasti sarat dengan perkara-perkara lagha dan maksiat itu, mungkin akan datang pahala berkat daripada ada antara kalian yang mungkin mengamalkan serba sedikit nasihat dan ilmu yang tidak seberapa yang saya tulis di dalam blog ini, untuk membantu memberatkan timbangan amal baik saya pula. Siapa tahu?

   Mungkin selepas ini, siapa tahu kita boleh bertukar-tukar idea, berkongsi sinopsis novel dan buku yang baru dibaca (dalam perancangan) malah mungkin juga berkongsi resepi memasak Siakap 3 Rasa yang menggiurkan itu. Mungkin.

   Ok ok, cukup. Saya faham. Baik saya berhenti di sini. Sebelum ada yang tanpa segan-silu menumpahkan isi perut berupa hidangan KFC snack plate yang baru disantap si atas papan kekunci laptop masing-masing.

  Baiklah, cukup setakat ini sahaja saya membebel, diaharapkan agar kita semua dapat terus simpan-dalam-sentuhan (baca: keep in touch) di dalam blog ini pada masa-masa akan datang.

Jazakumullaha Khairan Katsira.

Assalamualaikumwarahmatullah.

 
*jika blog ini kembali sepi, mungkin itu tandanya saya kembali down, minta jasa baik kalian supaya cepat-cepat mendoakan saya agar dapat kembali naik.

4 comments:

  1. welcome back akh...
    kalau dah 'jatuh' xyah segan dgn luka tuh sbb orang lain pon pernah jatuh gak...sume nyer terpulang kat kita nak cari ubat cepat/lambat utk pulihkan luka tue...

    ReplyDelete
  2. sibuk sikit 2 3 hari ni... :-0

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...