Social Icons

Pages

Tuesday 26 June 2012

Game Yang Memang Agak Tarbawi


Game Yang Memang Agak Tarbawi

 
ehem ehem, test test test…

Assalamualaikum W.B.T,

Saya yakin, kebanyakan, atau mungkin saya boleh kata majoriti, atau mungkin lebih tepat lagi 82.31% pembaca belog senget ini, pernah menjadi seorang fasilitator.


Apa itu fasilitator? Tanya anda kaget.

Maka nyatalah disini anda bukan termasuk di dalam golongan 82.31% tersebut. Hahahantu.


   Bagi mereka yang pernah menjadi seorang fasi, kemungkinan besar simptom-simptom di bawah ini pernah terjadi kepada anda:


1. Sedang anda memberikan pengisian penuh berapi lagi bertenaga, kelihatan beberapa orang, tak, sebenarnya beberapa puluh orang adek-adek  mula menutup-nutup mulut mereka dengan tangan dan kaki, sambil mengeluarkan bunyi “Huarghhhhh!”


2.  Kelihatan adek-adek mula mencuri-curi pandang kearah jam besar yang tergantung di sudut kanan dewan (jika ada), ataupun kearah jam tangan seploh hinggit pasar malam mereka. Atau lebih parah, kearah jam tangan anda!


3. Ataupun muka adek-adek tersebut, sudah tidak kelihatan lagi, bahkan sudah tersembunyi di sebalik kerusi-kerusi, ataupun bahu sahabat-sahabat mereka.


4. Bahkan, worst case scenario, adek-adek tersebut menangis dan meronta-ronta ingin pulang melihatkan wajah serius dan renungan tajam akak-akak dan dahi berkerut-kerut abang-abang fasi. Ahaha


Tidak! Bukan!

Bukan pengisian penuh emosi anda itu tidak bagus!

Bukan tayangan video Palestin anda itu kurang mengesankan!

Bukan berwajah serius dan tegas anda itu salah!

Bukan. Bukan. Bukan.


   Maka tahulah kita di situ bahawa adek-adek fasi anda tersebut sudah keletihan, hilang fokus, bosan dan sebagainya.

    Aduhai. Anda pura-pura tidak tahu menahu pula. Bukankah itu anda yang selalu cover-cover mengantuk di dalam dewan kuliah itu?

   Bukankah anda yang curi-curi makan gula-gula sewaktu pensyarah sedang mengajar, bimbang dilihat, dan seterusnya di-pow oleh rakan-rakan anda itu?

Haha.

Maka di sini, kami datang menawarkan penyelesaian.

   Selit-selitkanlah sedikit permainan-permainan menarik di dalam program ini-sangat-serius anda itu.

   Supaya dapatlah kiranya menghilangkan bosan di hati mereka, dan merapatkan dan memisahkan jurang diantara anda dengan mereka, sehingga terdetik di hati mereka
“hek eleh, akak ni, nampak tadi macam serius giler, kalah warden penjara, rupanya boleh tahan jugak lepak dengan akak ni. Syukew syukew syukew!” haha


    Namun alangkah lebih baiknya, jika game yang dimainkan itu, bukan sekadar untuk bergelak ketawa riang ria raya, bahkan turut mempunyai mesej-mesej murni, yang bisa mengesankan hati.

Bukan sekadar game biasa-biasa aja.

Tapi game yang memang agak tarbawi.

Maka di sinilah kami, untuk menawarkannya. Haha sekali lagi.

Buat permulaan ini, biarlah satu dahulu. Biarlah.


Game 1: Taaruf Super Saiya
(kamus kartel: taaruf=perkenalan)

   Atau mungkin jika bagi muslimat, lebih manis namanya ditukar kepada Taaruf Sailor Moon atau yang sewaktu dengannya.


Latar Belakang Permainan:

-Sesuai dimainkan, di petang-petang yang panas, sewaktu hari pertama program. Ye la nak berkenalan kan, takkan hari terakhir pulak kot?

-Boleh dilakukan kepada adik-adik fasi untuk saling berkenal-kenalan, bahkan boleh juga dimainkan sesame anda dan sahabat-sahabat, atau juga sesame ahli bulatan “keluarga” anda.

 
Tahap Kesusahan:

-Boleh diselaraskan, mudah, sederhana, super saiya, mengikut sejauh mana mereka telah saling kenal-mengenali.

-Contohnya, bagi adek-adek yang belum saling mengenali, bolehlah menggunakan level ‘mudah’. Namun bagi mereka-mereka yang bermulut laser mengatakan “ala abang, kami dah lama kenal la, nak berkenalan buat apa lagi?” maka padanlah dikenakan level ‘super saiya’ kepada mereka.

    Atau bagi anda sesama ahli se’keluarga’, yang sudah mengaku mengenali satu sama lain luar dalam, atau mengatakan “Taaruf? Ah please… ktorang group ‘keluarga’  ***** ni dah taaruf kulit ke tulang okey…” maka layaklah tahap ‘dewa kaiyo’ untuk mereka.


Alatan:

-Surat khabar lama, pen dan kertas A4 yang digunting atau dikerat berbentuk kad mengikut bilangan ahli kumpulan, atau macam saya yang takde gunting ni, siat pakai tangan pon boleyh!


Cara permainan:

1. Pertamanya, bahagikan semua peserta kepada beberapa kumpulan kecil 7-10 orang setiap kumpulan.


2. Edarkan kepada setiap ahli kumpulan sekeping kertas yang telah digunting tadi. Pen pakai pen sendiri la! Banyak cantek semua nak support! Haha.


3. Arahkan kepada setiap ahli untuk menulis di dalam kad tersebut, maklumat peribadi mereka. Di peringkat inilah masa untuk kita menyelaraskan ‘level’ kesusahan permainan ini.
-nama penuh, umur, kelas, asal dari mana, mungkin sesuai bagi tahap ‘mudah’.

-nama penuh ibu bapa, tarikh lahir, makanan kegemaran, pekerjaan bapa, bilangan adik-beradik dan cita-cita untuk tahap ‘sederhana’

-manakala bagi tahap ‘super saiya’ ataupun ‘sailormoon terbilang’ mungkin sesuai menggunakan  nama sekolah rendah/tadika, keputusan UPSR, PMR dan SPM, No telefon, nama datuk, nama kucing, nama adik-beradik dan alamat rumah.

-dan bagi mereka yang mengaku telah bertaaruf kulit ke tulang tersebut, wajar dikenakan tahap ‘dewa kaiyo’ dengan no kad pengenalan, nama bapa, datuk, moyang sehingga tujuh keturunan, no telefon emak, ayah, moyang (jika ada), nama jiran sebelah kiri rumah, nama anak bongsu ketua kampong dan lain-lain yang dirasakan sesuai dan wajar.

*pesanan: anda juga digalakkan bermain sekali.

AMARAN KERAS:

Jangan sama-sekali menggunakan no pin ATM Bank Islam, atau mana-mana bank, sebagai maklumat peribadi. Ini untuk mengelakkan anda menangis tak berhenti-henti hingga ke pertengahan semester.


4. Pungut kembali kad-kad tersebut. Kemudian beri ahli kumpulan anda sedikit masa untuk saling berkenal-kenalan sesama mereka. Ingat, sekejap sahaja!


5. Setelah tamat masa yang diberikan. Edarkan sekeping surat khabar lama kepada setiap seorang. Arahkan mereka untuk kepal-kepalkan surat khabar tersebut sepadat-padatnya, atau mengikut cita rasa mereka sehingga menjadi bentuk bulat, petak mahupun silinder.
   Bagi permainan yang ber’level’kan ‘super saiya’ dan ke atas, adalah amat digalakkan surat khabar lama tersebut digantikan dengan buah kelapa, kulit durian, ataupun batu-bata, untuk kesan sampingan yang lebih mengesankan jiwa dan kalbu.


6. Anda, cabut satu kad daripada kad-kad tersebut, baca salah satu butirannya, dan arahkan salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut, untuk menekanya.

Contoh:

“Daud Chernobyll! (atau sekadar menunjuk kearah individu yang dimaksudkan) Siapa dia umur 19 tahun, asal Pulau Ketam? Cepat!”

Ataupun

“ Kamaruddin Zanki!  014 321 0987, no telefon sape??? Cepat!”

“Amalina Nordin Ahmad, 3A 2B 5D, result SPM sape? Cepat enti, cepat!”

“Hah kau (sambil menunjuk), no 32, flat seri Andaman, siapa?”

“Adibah binti Mat Zain, 017 422 4332, ni no Maxis moyang sape?”

Dan begitulah seterusnya.


7. Dalam masa hanya beberapa saat yang telah ditetapkan, contohnya 4.83 saat, jika individu yang ditanya tersebut gagal untuk menjawab, ataupun jawapannya tidak tepat, maka kesemua ahli kumpulan tersebut dikehendaki membaling, dengan gaya masing-masing, gumpalan surat khabar lama (atau kulit durian dan batu bata, hahaha)  tadi kearah yang tersalah jawab tadi.

   Namun, jika ternyata beliau berjaya menjawab dengan tepat dan lancar, maka hendaklah setiap ahli kumpulan tersebut membaling ke arah yang bertanya tersebut pula. (jika anda yang bertanya tadi, maka andalah yang menjadi mangsanya)

Amaran
: (berhati-hati, jangan membaling mengikut  emosi, sebaliknya balinglah dengan penuh kasih-sayang dan simpati kepada sahabat anda)


8. Beri kad tersebut kepada ahli yang lain pula, ulang langkah 6 dan 7.


9. Ulang dan ulang dan ulang langkah 8.

 
10. Main sampai lebam. Hahaha.

 
Amacam? Ada faham? Kalau ada faham itu kasi jatuh juga lu punya kepala.
jatuh.


Oppss opps opss sebelum itu terlupa saya nak ingatkan:

AMARAN SUPER KERAS:

    Untuk pengetahuan saudara, game ini hanya dimainkan oleh ahli-ahli kumpulan yang sama jantinanya. Dilarang keras bermain permainan ini sekiranya ahli kumpulan tersebut bercampur di antara muslimin dan muslimat, ikhwah dan akhawat.
   Hal ini adalah bagi mengelakkan game tersebut bertukar arah 180 darjah, menjadi pesta bertukar-tukar no telefon dan usha-mengusha satu sama lain. Jika ini yang terjadi, maka ha si abang dan akak fasi, anda terpaksa menanggung akibat dan konsekuensinya nanti. Ahahaha.


    Usai permainan tersebut, dan adik-adik kembali bertenaga, ceria dan bersinar-sinar mata. Maka bolehlah anda menerangkan pengajaran-pengajaran penting daripada aktiviti tersebut. Kerana, ya seperti kita semua tahu, kita sebagai Muslim Super, tidak akan melakukan sesuatu tanpa ada tujuannya.


Pengajaran:

1. Terangkanlah kepada adik-adik dengan mata yang bergenang terharu, akan peri pentingnya Ukhuwah dan Silaturrahim yang terbina, dan ianya tidak dapat tidak, akan hanya mampu dibina setelah proses berkenalan yang panjang. Maka anda pun mengungkapkanlah tema “Tak Kenal Maka Ta’aruf” itu.

2. Dan jika yang bermain itu adalah anda-anda daripada ‘keluarga’ anda itu, maka ambillah kesempatan ini untuk memuhasabah diri, betapa kita masih belum benar-benar mengenali, peribadi sahabat kita tersebut. Maka tidak hairanlah, jika ada tindak-tanduknya yang gagal kita fahami, lantas menyebabkan salah faham dan sebagainya.


Itu sahaja untuk kali ini. Apa tunggu lagi? Selamat bermain!


*pesanan penaja: cuba-pada-kamu punya- sendiri- risiko (baca: try at you own risk) kami tidak bertanggungjawab di atas kejadia-kejadian patah tulang, sengal-sengal sendi dan sebagainya, akibat bermain permainan ini. Hihi.

5 comments:

  1. “hek eleh, akak ni, nampak tadi macam serius giler, kalah warden penjara, rupanya boleh tahan jugak lepak dengan akak ni. Syukew syukew syukew!” haha

    HAHA

    ah tips yg berguna sempena kemasukan hadek hadek junior july nanti
    jazakallah akh :)

    sila kongsi lagi banyk game :)

    ReplyDelete
  2. haha. insya Allah jika berkesempatan.

    *letih wo menaip. haha

    ReplyDelete
  3. ^__^ jenjalan smbil follow..

    baca entri kat sini jgk..

    ReplyDelete
  4. kocak nian akhi ni..terima kasih..saya nak coba sore ni dengan adek2 saya.salam ukhuwah from indonesia

    ReplyDelete
  5. Jzkk tghgodek2 idea utk selingan dlm usrah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...